SEASON 2 PART 31

579 38 0
                                    

Di Mansion Tansri Kamal.

"Kau sini", Farhab menarik Tabby yang tadi sedang sedap terbaring di atas katil sambil di jaga oleh Datin Rosmah.

"Apa ni Farhan , perlahan lahan lah ! Tabby tu tak sihat!", marah Datin Rosmah.

"Kau dengar sini! Sekarang ni aku nak kau pergi bagitahu Humaira yang kau tak ngandung kan anak aku! now!", paksa Farhan.

"Apa you ni ! I pregnant kan anak you! I tak ada masa nak tipu lah Farhan!", jerit Tabby.

"You jangan sampai I paksa You gugurkan kandungan ni !",

"Astaghfirullahalazim Farhan , stop it. Budak dalam kandungan tu tak salah!",

"Yang salah nya kita", ujar Tansri Kamal.

"Yes abah , it's ur fault too!", marah Farhan. kalau nak diikutkan hati memang Farhan rasa nak bunuh semua yang buatkan dia rasa serabut sekarang ni.

Fikiran nya bercelaru. Dia hanya mahu kan Humaira. Tapi apa kan daya , Humaira sendiri dah benci dan rasa jijik untuk berjumpa dengan nya. Bukan sahaja jumpa , malah nak pandang pun sudah benci.

"Kalau abah and daddy tak tamakkan harta dan kuasa , tak ada jadi macam ni!", tengking Farhan lagi.

"Sudah Farhan", pujuk Datin Rosmah.

"Mummy tahu tak , Farhan tak pernah cintakan seorang perempuan sampai macam ni sekali. Pada mulanya memang Farhan main main dengan dia. Tapi setelah lama dia dengan Farhan , Farhan makin sayang dia and takut kehilangan dia. Tapi Farhan sendiri punca dia tinggalkan Farhan. Jahat betul Farhan", kata Farhan sambil teresak-esak.

"Dia cuma seorang wanita yang berhak dicintai dan disayangi. Farhan sepatutnya lindungi dia ,  dan cintakan dia seorang. Tapi apa Farhan yang buat? Farhan tidur dengan perempuan ni sampai lupa Humaira !",

Tabby hanya terdiam. Baru sekarang , masing-masing sedar akan kesalahan masing masing.

"Farhan terlampau sayangkan dia tapi Farhan gagal. Farhan gagal buktikan tu semua. Farhan dah hilang dia mummy. Farhan dah hilang orang yang buatkan Farhan sedar diri Farhan ni siapa. Orang pertama yang lembutkan hati Farhan untuk belajar mencintai. Farhan dah hilang bidadari syurga Farhan mummy", Farhan menangis teresak esak sambil ter sujud di atas karpet.

Tabby mengalir kan air mata juga.

"Maafkan I ", ujar nya sambil memandang ke arah Farhan.

"Kau tak boleh nak ubah apa apa sekarang. Terlalu lambat dah Tabby",

"I tak kisah kalau You taknak bertanggungjawab atas budak ni. Cukup yang you percaya budak ni anak you je. I tak kisah", ujar Tabby.

Timbul rasa kasihan pada anak dalam kandungan tu. Farhan rasa bersalah.

"I tunggu sampai budak ni lahir , if budak dalam kandungan ni anak I. I akan jaga. Tapi kalau bukan anak I , u yang i akan bunuh", ugut Farhan.

Tabby hanya mampu terdiam. Bende betul, bahawa anak dalam kandungan nya itu sememangnya anak Farhab dan Tabby.

evil-doerWhere stories live. Discover now