S.E.B.I.C.M.1️⃣6️⃣

Start from the beginning
                                    

"Welcome to the hell!!" Jerit susuk tubuh itu dengan tangan yang didepakan.

Leonard yang ingin maju ke hadapan terbantut tatkala badannya dihalang oleh tangan halus milik Lourist.

"Use your brain stupid. Takkan kau nak serang dia membabi buta, the idiot?" Sinis Lourist membuatkan Leonard berdecit geram.

"Why stop him? Hey idiot! Come and get me." Dia melaungkan suranya kearah Leonard.

Sekali lagi Lourist menahan tubuh Leonard apabila lelaki itu berganjak ke hadapan.

"Kau dah kenapa sial?!" Bentak Leonard.

"Kau nak mampus awal ke bangang? Ingat kita datang sini sebab nak cari maklumat pasal leader diorang bukannya buat pertumpahan darah yang sia sia stupid! Kalau kau tak boleh kawal marah kau, get out! I can handle it with my boys."

Lourist berkata tenang namun dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa dia mahu memenggal kepala lelaki itu.

Leonard mengancing ketat giginya sehingga mengeluarkan bunyi berkeriuk. Kesan dari perlagaan gigi atas dan bawah miliknya. Cuba untuk menenangkan diri. Teknik pernafasan in and out turut digunakannya.

"Okay. I'm done."

"Good." Balas Lourist.

"Come. Fight. Me. Crazy." Cabar lelaki itu sambil mengeluarkan pedang samurai miliknya.

"Use your brain, idiot."

"Stop calling me idiot before i cut your neck."

"Do i care?" Lourist menjelingkan matanya keatas tanda menyampah dengan ugutan Leonard.

Tanpa menghiraukan Lourist, Leonard mengeluarkan pisau belati dan bersedia untuk menyerang dan mengelak serangan.

Pertarungan antara lelaki bertopeng hitam dan lelaki bertopeng putih menjadi sengit apabila kelihatan seperti tiada langsung ruang untuk mereka membantu Leonard.

Semua pergerakkan antara mereka berdua begitu cepat dan lincah. Sama ada menyerang mahupun mengelak serangan sehingga salah satu pisau milik Leonard menembusi peha lelaki bertopeng putih.

Membuatkan lelaki itu jatuh melutut dengan sebelah kaki. Pedang samurai dicacakkan pada lantai untuk membantunya berdiri.

Pedang itu kemudiannya dihayunkan ke kiri dan kanan secara rambang untuk membelah tubuh Leonard. Tapi malang tidak berbau apabila Leonard lebih tangkas dengan mencucukkan pisaunya pada perut lelaki itu sebelum menendang pisau itu sehingga menembus masuk ke dalam perut lawannya.

Lelaki tadi terbaring menggelupur sebelum diam tertaku dan tidak bernyawa.

Baju lelaki itu dirobekkan dengan pisau di tangan kanan sebelum dia mengukirkan hasil karya agung miliknya.

At 0200. On 12.8. Next week. FIGHT WITH US!

Leonard tersenyum bangga dengan hasil karyanya. Lalu dia pergi meninggalkan bar itu. Namun langkahnya terhenti apabila dihalang oleh seorang lelaki berbangsa cina dalam lingkungan 50an itu.

Lelaki itu menghalang Leonard sambil bercekak pinggang. Dah la musnahkan tempat aku, ada hati nak keluar tak payah pampasan. Aku report polis nanti!

Leonard menjongketkan kening sebagai menyoal kenapa.

"Pay all of this." Balasnya.

"Easy. Lourist." Kata Leonard.

Lourist bergerak laju kearah bonet kereta bersama 4 orang lelaki untuk mengangkat beberapa beg hitam berisi ribuan duit ganti rugi untuk kedai itu.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now