3 - Cyberhuman

229 28 10
                                    

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

LELAKI tua itu terbaling jauh ke belakang apabila daya yoyo terkena pada dadanya. Dalam masa yang sama, bola kecil berupa bom itu meletup menyebabkan Viktor dan Danish terguling ke kiri lalu pengsan.

   "Alamak, Viktor!" Ali menarik yoyonya semula. Lupa pula dia kewujudan bom kecil tersebut. Pengsan pula member. Nasib baik bom itu meletup dalam kadar yang kecil sahaja.
 
   "Hahaha... nampaknya kau bukan Cyberhuman yang biasa." Lelaki tua itu tergelak bercampur batuk-batuk kecilnya. Dia   cuba bangun menggunakan tongkat sambil tangannya memegang dada. "Tetapi sama sahaja. Kurang ajar dan serang menggunakan kuasa."
 
   "Tapi, aku hairan... kenapa kau selamatkan mereka? Bukankah mereka manusia." Lelaki itu tiba-tiba membaling tongkat ke arah Viktor dan Danish yang terbaring itu. Belum sempat Ali ke arah mereka, siapa sangka tongkat itu bertukar menjadi penjara kayu yang mengurung mereka.

   Iman, Khai dan Moon juga terdiam. Mereka pun tertanya mengapa Ali bertindak sedemikian. Padahal mereka... manusia kot. Tengoklah kekejaman yang lelaki ini baru sahaja lakukan.

   "Salah ke?" Ali menjawab, selamba.
 
   Satu sengihan terukir pada wajah lelaki tua itu. "Kalau kau nak aku lepaskan mereka berdua. Kau kena lawan dengan aku dulu." Nampaknya lelaki ini seperti memberi tawaran. Terselit bebola kecil bom di antara celah jarinya.

   "Baru kau tahu siapa Analogman sebenarnya."

   "Aduh!" Ali menggosok belakang kepalanya. Dia menoleh ke bawah, mendapati kapal terbang kertas tiba di kakinya. Baru sampai mesej Bakar? Dia siap pergi dapur lagi.
 
   Comot juga terbang mengintai mesej yang diterima Ali.
 
   Kau kena berhati-hati. IRIS itu penyebab kau banyak hilang tenaga. Makin banyak kau guna, makin banyak kau hilang. Sebab itulah ada sebelum ini, kau pengsan dekat sekolah.

- Bakar

   Ali mengerutkan dahi. Namun, dia laju  mengambil pensel. Nanti kalau tidak balas, silap-silap pak ciknya terkeluar air liur basi pula. Lagi-lagi sekarang ini sejuk dibuai angin malam. Tulisan pada kertas ajaib itu hilang saat mata pensel terkena padanya.

   Eh, padanlah saya selalu rasa penat bila guna k̶u̶a̶s̶a̶ IRIS. Tapi kenapa uncle tak cerita semua ini? Ayah pun tak pernah cerita kalau guna banyak sangat, jadi penat.               

- Ali

   Setelah selesai menulis, Ali melipat semula kapal terbang kertas itu kemudian menerbangkannya ke luar tingkap. Pandai-pandailah kapal terbang itu cari rumah Bakar. Jangan masuk rumah jiran sebelah sudahlah.

CyberHuman (EA) Where stories live. Discover now