07 | asy to the resque

5.3K 705 343
                                    

"cinta itu, sakit."

— seven

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

— seven.

—————————————————————————

[ ❤️‍🩹 ]

Izz menguak tombol pintu rumahnya kasar. tanpa menguturkan  apa apa, dia meluru ke bilik tidurnya. dihempas beg sekolah ke atas katil sebelum melipat lengan baju sekolah.

Izz melonggarkan tali leher yang dililit kemas di leher sebelum turut melemparkannya di atas lantai. hati Izz berkecamuk. rambut panjang miliknya diramas berulang kali, diikuti dengan beberapa dengusan yang keluar dari bibir.

dia mundar mandir, memikirkan kata kata Aya tadi di sekolah.

mengingatkannya semula, Izz menjerit.

"APABENDA SIA AKU NI, TERANG TERANG AYA TU TAK SUKA AKU  KENAPA NAK KENA—"

"KAU NI KENAPA SYAMIL TERPUSING PUSING, KAU TU PUSING PUSING PENING KEPALA AKU SYAMIL!" sampuk Asy seusai memerhati anaknya di pintu bilik. Izz berhenti melangkah.

"eh, pa. bila masa pa ada dekat situ?" soalnya, sedikit malu apabila mendapati tindakannya disedari oleh Asy.

"sejak kau terpusing pusing macam orang bangang tadi. kau kenapa?" balasnya sambil melangkah masuk. kedua dua tangannya menyeluk poket seluar, menuju ke arah anak terunanya. dia duduk di atas katil, memerhati Izz.

Izz diam. sedang berdebat dengan hatinya sendiri. Asy yang melihat mula tersenyum kecil.

"ni pasal perempuan yang datang haritu kan?" soalnya. Izz menoleh.

"mana papa tau?"

"aku tahu la. takkanla kau muka macamni sebab kucing jiran beranak." Asy menjulingkan matanya. ditarik lembut tangan Izz untuk turut duduk di sebelahnya.

"so, kenapa? ada benda jadi ke? korang gaduh ek?" tanya si ayah sekali lagi. Izz mengangguk perlahan.

"bukan gaduh..cuma...ada salah faham sikit. tapi entahla Aya tu, Izz buat tu salah, buat ni salah." luah si anak.

"Aya nama budak tu? comel." puji Asy. Izz menjeling.

"Izz bagitahu mama."

"eh, jangan. aku tido luar karang." kata Asy, mengundang tawa si anak. Izz menghembus nafas berat.

"cinta tu..complicated kan? kenapa kita kena jatuh cinta? Izz tak mintak pun nak suka Aya. entah apa yang ada dekat dia pun Izz taktahu. beban betul perasaan ni. kan best kalau Izz takde perasaan dekat perempuan." ungkap Izz tiba tiba.

"hish, kau nak jadi gay ke?"

"bukan macamtu! astarghfirullahalazim, papa ni!" satu tamparan agak kuat dihadiahkan ke paha Asy. Asy mengaduh, menggosok gosok tempat itu.

"dahtu! kau ni cerita sekerat sekerat, cuba cerita penuh. dari A sampai Z. dari 1 sampai 10. Alif sampai Ya. Wahidun sampai Asyarotun." balas Asy, mula duduk bersila atas katil. Izz mengetap bibir.

"tapi..kalau Izz cerita, papa janji jangan marah?" tanya dia.

"kenapa kena marah? cerita pun tak lagi." Asy menjongketkan kening. Izz menelan air liurnya pahit.

"sebab..Izz pernah cuba meniru dulu."

"meniru?" soal si ayah.

"ya." balasnya pendek.

"subjek apa kau meniru? seni?"

"mana ada orang tiru seni. apa papa mengarut ni?"

"eh, takde ek? aku dulu tengok lukisan Sya je. tu yang A seni." ujar Asy perlahan. Izz tergelak.

"kenapa kau meniru?" tenang sahaja Asy menyoal Izz. tiada sebarang reaksi marah, kecewa, atau apa apa. Izz pelik.

"papa tak marah ke?"

"lah, buat apa nak marah. at least kau jujur dengan papa." tuturnya. Izz tersenyum kecil.

"untung mama, dapat suami macam papa. cool." puji Izz.

"gila kau, macam macam aku lalui  nak menikah dengan mak kau tau." Izz melepaskan tawanya perlahan.

"yela, yela. back to the topic, papa tanya kenapa Izz meniru kan? sebab..Izz nak mengorat si Aya tu." jelasnya beberapa ketika.

"kau dah kenapa? orang lain bagi bunga ke, confess ke, beli hadiah ke, yang kau, mengorat awek pakai cara pelik pelik." Asy menjeling anak tunggalnya. dibetulkan sekejap posisi badan di atas katil supaya lebih selesa.

"ala, macamni. Aya tu..dia pandai gila dalam sejarah. Izz rasa paling teruk dia pernah score pun 90. taktau dia makan apa, atau dia pakai ilmu apa. datang pulak dekat Izz ni yang bodoh sejarah. jadinya, Izz pun..try la umpan Aya tu. tapi, sumpah pa! Izz takde pun meniru dia. Izz cuma pakai alasan 'meniru' tu sekadar topik nak borak dengan dia."

"beberapa hari yang lepas, perangai Aya jadi pelik. lepas dia datang rumah kita, setiap kali quiz sejarah, dia akan snap jawapan dia lepastu letak dalam group whatsapp kitorang. mula mula Izz biar jela, maybe sebab dia dah tergerak hati nak tolong kitorang sebab selama ni Izz memang kacau dia pakai alasan nak jawapan sejarah tu je. tapi dia jadi makin pelik. dia non-stop hantar jawapan." sambungnya dalam sekali nafas. Asy yang sudah berminat dengan drama Izz mula mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"lah, bukan tu ke yang kau nak?" soal Asy.

"memangla..tapi..sebabtu, Izz dengan dia gaduh harini. rupa rupanya, dia takut Izz cerita pasal bapak dia yang abusive tu, and yang dia datang tidur rumah kita dekat semua orang. Izz marah la. lepastu papa tau dia cakap apa? dia cakap Izz tak layak nak betulkan dia, sebab Izz ni cuma lelaki bodoh yang takboleh nak pass sejarah." kata Izz panjang lebar.

"dia kata macamtu?"

Izz mengetap bibir lalu mengangguk perlahan. terpamer reaksi kecewa di mukanya.

"Izz tahu la Izz tak pandai..tapi..Izz pun ada perasaan jugak." ujar lelaki itu lagi. Asy diam.

"Izz, perempuan tu memang macamtu. tapi, papa rasa Aya tak maksudkan apa yang dia cakap tu. mungkin..dia hanya bertindak mengikut emosi dia?" dia cuba memujuk. Izz terkedu.

"betul ke?"

"ye, kau tak percaya aku ke? papa hidup lama lagi dari kau, and papa experience banyak lagi masalah. tau tak dulu ada seorang lelaki ni nama dia Nas—" Asy terhenti. fikirannya terbayang insiden yang terjadi 10 tahun yang lepas.

Nas. dah lama tak dengar dia.

agak agak, apa jadi dekat dia ek?

Izz yang melihat papanya tiba tiba diam mula hairan.

"Nas? siapa?" soal jejaka itu. Asy tersentak, merenung wajah Izz sekilas sebelum menggeleng.

"takde siapa. ha, pasal Aya tu. tak payah fikirkan sangat la. esok esok, baikla tu." pantas Asy menukar topik. Izz mengulum bibir bawah, memikirkan apa yang dikatakan oleh Asy tadi.

"mungkin.." tuturnya perlahan. Asy tersenyum.

"kalau kau nak, papa tolong." ungkap si ayah tiba tiba. Izz mengangkat muka, kembali bertemu dengan mata nakal Asy.

"maksud papa?"

Asy tersenyum licik.

"papa tolong satukan kau, dengan si Aya tu."

________________________________

tak masalahnya takde sorang ke terfikir apa jadi dekat Lia dengan Nas? ayok..

p/s: sorry update lambat :(

sejarah | [izzaya] حيث تعيش القصص. اكتشف الآن