"Sorry, I mean Widya"

Ayra mengangguk dan menghulur senyum. Yaya, nampak macam mereka sudah kenal lama.

"Haah, saya lah yang duduk dia tadi. Kenapa ye?"  Serentak itu, tangannya di tarik lalu fail-fail yang dipegang gadis itu bertukar tangan. Ayra terkaku ditempatnya, bersama timbunan fail di tangan.

Ambil kesempatan ke apa dia ni?

"Sorry. I dengan Yaya, kitorang sepupu.I bagitahu dia yang I tak datang kelas, tapi I datang juga lupa  nak cakap. Tadi dia kata dia tumpang you kan? Ha, tak pe . Dia naik dengan I je. Baru dapat berita nenek kitorang masuk hospital sakit jantung, so kitorang rushing nak ke sana. You know, takut tak sempat...I perasan you dalam kelas tadi, tu yang I minta tolong. Maaflah kalau menyusahkan. Tapi, boleh tak you tolong hantar fail ni ke pejabat Madam Faridah? Tadi dia minta tolong I tapi..."

"It's okay, it's okay. Saya boleh tolong. Ni terus ke hospital ke? Take care tau. Stay strong. Kalau nak minta tolong apa-apa, minta nombor saya kat widya" bahu gadis itu diusap sebentar. Sebelum sama-sama berbalas senyuman dan kelibat itu mula berlalu hilang dari pandangan.
Baru tersedar mereka tidak sempat bertanyakan nama masing-masing.

Kaki mula melangkah berlalu ke tingkat atas menempatkan pejabat para pensyarah. Perut berkeroncong ditahan seketika. Mata melilau mencari nama Madam Faridah yang di carinya. Kemudian, telinga menangkap suara yang agak familiar pada pendengaran. Leher dipanjangkan menjenguk ke dalam satu bilik tertutup dan tanda nama di hadapannya.

Dr. Faridah Ahmad Daud

Keningnya terjungkit serta-merta. Puas cari, dekat depan mata aje rupanya. Telinga yang berbalut tudung didekatkan pada muka pintu. Mencuri dengar perbualan tegang di antara dua manusia di dalam.

"She support to be away from you. Why is this happened?"

"Well, It's not my fault. I told you she's not ready for going outside yet. Sekarang, kami dah bertembung. I can see her mind playing something when she saw me. She remembers something, but didn't tell anyone" suara Madam Faridah tidak kurang kerasnya.

Rasa ingin tahu kian menebal. Siapakah lelaki yang bersama dengan Madam Faridah di dalam. Suara garau itu memang dekat dengan pendengarannya.

"It's been four years. Berapa lama lagi nak kurung dia? She suffer a lot masa duduk dengan family dia. We're married. Takkan nak buat dia macam perempuan simpanan pula? She'll be more curious" Ayra kaku di tempatnya. Tangan menggenggam erat tombol pintu.

Farhan?

"Farhan, I faham you marah, risau and takut. Tapi, you tak boleh focus on yourself sahaja. Kami semua risaukan dia, kami pun ada cara kami sendiri. I changed my career pun untuk dia juga. Mungkin, ada hikmah kenapa tiba-tiba kami bertemu semula"

"Apa hikmahnya?" Suara lelaki itu bagai tertahan dicelah gigi.

"I..."

Klak!

Tanpa sengaja dia memusing tombol itu. Dua manusia itu berpaling ke belakang. Tepat ke arahnya. Ayra mengetap bibirnya perlahan. Sengihan di beri buat suaminya dan pensyarahnya di situ.

"Ayra!" Farhan bangun. Berjalan mendekati isterinya. Kakinya bagai terpasak kukuh di lantai saat Farhan berdiri di hadapannya. Tangan kekar itu bergerak mengambil separuh dari timbunan fail di tangannya.

"Maaf Madam, saya ter...buka pintu. Lupa nak ketuk" tangan naik menggaru kening sendiri. Mesti kantoi overheard perbualan orang.

"Tak apa. Eh, bukan tadi saya suruh Sarah ke yang bawa naik fail ni semua?" Wanita itu menyoal. Usai meletakkan lebihan Fail tadi di aras rak, Ayra membalas semula.

"Sarah ada emergency tadi. Kitorang terserempak. Saya tolong dia bawa fail-fail ni" balasnya senada. Kekok pula apabila di tenung dalam oleh pensyarahnya yang statik di kerusi itu. Farhan di jeling dari belakang. Kelihatan lelaki itu mengumam sesuatu pada Madam Faridah di hadapan. Madam Faridah pula mengangguk faham.

"This is my wife, Ayra. Ayra, this is mama friend. She use to be my family personal doctor when I was teen" Ayra di tarik merapat ke arahnya.

"Yes, I kenal. She's my student" ringkas sahaja balasan yang di beri Madam Faridah. Takut pula dia melihat mata itu tajam menikam anak matanya.

"Err, maaf ganggu madam. Saya, balik dulu ....ye? Terima kasih" tangan di hulur bersalaman. Usai, tangannya terus di tarik perlahan membontoti Farhan yang tergesa-gesa ingin keluar dari pejabat sejuk beku, sebeku tuan punya pejabat ini.

Tak pernah dia melihat Madam Faridah begitu serius seperti tadi. Seram jadinya.

TBC

1182 words🕊️

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now