S.E.B.I.C.M.1️⃣3️⃣

Start from the beginning
                                    

Telefon dikeluarkan dari poket seluar lalu di on kan. Aplikasi al quran dicari dan ditekan. Bacaan bismillah meniti di bibirnya sebelum mula membaca yasin.

----

"Laura?"

Laura menoleh ke kiri dan kanan. Mencari suara yang memanggil namanya.

Tiada.

"Laura?"

Mommy? Ni kan suara mommy.

"Mommy?! Mommy ke tu?! Mommy kat mana mommy?!" Jerit Laura. Air matanya lebat mengalir.

Kemudian natanya menangkap satu susk tubuh yang dikenalinya. Pantas dia berlari mendapatkan susuk tubuh itu sambil memanggilnya.

Namun, semakin laju dia berlari kearah itu, semakin jauh figura itu pergi.

"Mommy!! Tunggu Laura mommy!! Laura nak ikut mommy!!" Larian Laura terhenti. Tercungap cungap dia menarik nafas.

Figura yang dipanggil 'mommy' hanya tersenyum kepada Laura. Akan tetapi wajahnya kelihatan sedih. Air mata juga turut mengalir.

"Mommy, kenapa mommy nangis? Lau-Laura ada buat salah ke?" Dia cuba mendekati lagi.

"Bangun Laura. Bangun. Semua tunggu Laura." Balas figura itu.

"Bangun? Laura tak tidur pun la mommy. Kenapa Laura nak kena bangun?" Soalnya terpinga pinga.

"Bangun Laura. Laura perlu bangun. Laura kena bangun. Semua tunggu Laura."

Figura itu pun pergi meninggalkan Laura. Semakin lama, semakin jauh. Laura cuba untuk mengejar tetapi kakinya seperti telah digam oleh sesuatu.

"Mommy!! Mommy tunggu!! Mommy!! Tunggu Laura mommy!! Mommyy!!" Jerit Laura.

----

Tit tit tit tit tit tit

Zafran yang sedang khusyuk membaca al waqiah setelah habis membaca yasin itu terhenti apabila mesin electrocardiograph itu mengeluarkan bunyi yang berpanjangan.

"Laura?! Laura?! Doktor!! Doktor!!"

Butang hijau pada bahagian atas katil ditekan berkali kali.

Beberapa minit kemudian, beberapa orang jururawat datang bersama seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat Laura.

"Encik, sila keluar dulu." Kata seorang jururawat wanita.

Zafran hanya menurut dan memerhati di sebalik cermin lut sinar di wad Laura. Hatinya berdoa supaya Laura baik baik sahaja.

"Zafran! Kenapa?" Soal Tengku Hamdan apabila melihat Zafran yang sedang gelisah diluar wad.

Ben, Bella, Fariqi dan juga kedua ibu bapa Zafran semua menanti jawapan dari Zafran.

Zafran hanya menggeleng sebagai jawapan.

"Zaf tak tahu uncle. Tadi Zaf cuma bacakan yasin dan al waqiah untuk Laura, lepastu tiber tiber je mesin kat sebelah Laura tu bunyi kuat. Sekarang doktor tengah periksa keadaan Laura." Jelas Zafran.

Tengku Hamdan dan yang lain hanya mampu terdiam. Hanya doa yang mampu mereka ucapkan dalam hati.

Setelah 2 jam menunggu akhirnya seorang doktor dan beberapa orang jururawat keluar dari wad Laura.

Tengku Hamdan yang sabar menunggu terus mendapatkan doktor itu.

"Macam mana dengan Laura?"

"Alhamdulillah dia dah sedar." Doktor itu tersenyum.

Senua memanjatkan rasa syukur terhadap Ilahi kerana menyedarkan Laura yang sudah hampir seminggu terlantar di hospital.

"Boleh kami masuk?" Soal Datin Zahara.

Doktor itu mengangguk dan tersenyum.

"Boleh tapi jangan sampai menganggu pesakit. Dia perlu rehat yang secukupnya."

"Baik doktor. Terima kasih." Ucap Tengku Hamdan sebelum masuk ke dalam wad itu.

Doktor itu hanya tersenyum dan mengangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

Laura yang sedang merenung siling wad, terganggu apabila Tengku Hamdan datang menyapanya.

"Laura." Panggil Tengku Hamdan.

Dahi Laura berkerut seribu.

"Laura, sakit lagi ke? Nak apa apa tak? Daddy tolong ambilkan."

Yang lain hanya menjadi pemerhati. Zafran hanya tersenyum memandang Laura.

"Daddy? Awak semua ni siapa? Kenapa panggil saya Laura?"

Semua tercegang dengan soalan Laura.

"Laura tak kenal daddy?" Soal Tengku Hamdan.

Laura menggeleng.

"Aku? Kenal aku tak? Aku Bella." Kata Bella.

Juga menggeleng.

"Ingat aku? Aku Ben."

"Tak! Aku tak tau dan aku tak kenal! Pergi!! Pergi keluar! Sekarang!! Argh!!"

Laura memegang kepalanya yang berbalut apabila terasa ia berdenyut kuat.

Doktor yang merawat Laura tadi terus masuk ke dalam wad pesakitnya apabila terdengar jeritan dari Laura.

Mereka semua keluar dari wad apabila menerima arahan dari doktor itu.

------

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk komen banyak banyak dan vote tau!!

See you next chapter!! 😘😘

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now