S.E.B.I.C.M.1️⃣2️⃣

Start from the beginning
                                    

"Tapi rumah rehat tu daddy--"

"Bella, don't worry. Korang jangan risau, daddy tau apa daddy buat. Daddy cuma nak korang pastikan yang pihak polis takkan jumpa apa apa pun yang bakal mencurigakan. Ingat. Tak ada satu pun kumpulan mafia yang sah disisi undang undang, kalau tersilap langkah kita bakal diambil tindakan. Yang lain, serahkan pada daddy. Trust me."

Bahu kembar itu ditepuk perlahan sebelum memasuki ke dalam wad Laura.

Ben dan Bella saling berpandangan sebelum berjalan maauk ke dalam wad itu.

End flashback

Tengku Hamdan menarik nafas dengan mata tertutup kemudian melepaskannya serentak dengan membuka mata. Kepala diangjukkan perlahan.

"Okay. Jagakan Laura untuk daddy, Bella."

"Baik daddy."

Mereka berdua keluar dari wad meninggalkan Bella seorang diri menjaga Laura.

Kerusi yang kosong itu diduduki lalu tangannya meraih tangan Laura. Kata kata doktor beberapa hari yang lalu kembali berlegar legar di ruang minda Bella.

Flashback

"Keadaan dia sangat kritikal. Itu sahaja yang saya dapat katakan kepada Tengku. Risiko untuk dia akan mengalami koma dalam jangka masa panjang agak besar, Tengku." Kata doktor itu.

Zapp

Bagaikan dada ditusuk pedang, rasa sakit mula mencengkam dada Tengku Hamdan.

"Argh!"

"Daddy!" Pantas Ben menyambut tubuh lelaki itu dari jatuh ke bawah.

Bella tergamam melihat keadaan Tengku Hamdan.

"Tengku okay?" Soal doktor itu. Jelas riak risau menghiasi wajah lelaki itu.

Tengku Hamdan mengangguk perlahan.

"Saya okay. Boleh saya melawat anak saya?"

"Boleh. Takde masalah, cuma jangan sampai menganggu pesakit. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Doktor itu terus berlalu setelah berpamitan.

End flashback.

"Laura."

Air mata yang mengalir, disapu pantas.

"Sampai bila kau nak stay macam ni? Kau tak kesian kat kitorang ke? Semalam Zafran datang jenguk kau tau tak? Dia cakap hari ni dia nak datang lagi. Dia datang nak tengok future wife dia. Kau bangun la Laura. Aku rindu nak gaduh dengan kau."

Kepalanya disembamkan keatas lengan kecil milik Laura. Tersedu sedan dia menangis.

Setitis air mata mengalir dari celahan mata Laura.

Aku minta maaf, Bella.

💕💕💕💕💕

Ting!!

Bunyi dentingan dari gelas kaca yang dilagakan antara satu sama lain. Gelas yang berisi wine perisa anggur itu didekatkan pada bibir lalu diteguk rakus.

"Ahh... Scarlet. Tak sangka aku, perfect rancangan kau." Kata seorang lelaki.

Wanita bernama Scarlet itu hanya tersenyum sinis sebelum menuang air syaitan itu lalu diteguk rakus untuk meraikan kemenangannya.

"Well this is Scarlet. Salah dia juga sebab berani rampas Zafran dari aku."

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum sinis.

"Kau tak perlukan lelaki macam dia, Scarlet. Aku ada untuk kau."

"Kau? Aku tak nak kau, aku nak Zafran." Balasnya selamba.

Lelaki itu menjeling meluat. Zafran Zafran Zafran. Tak habis habis dengan lelaki sial tu. Omelnya.

"Btw, kenapa kau nak aku cederakan Laura, Jay?"

Soalan Scarlet mengundang senyuman sinis lelaki bergelar Jay itu.

"Sebab aku nak seksa bapak dia."

"Kenapa?"

"Sebab bapak dia dah bunuh mama dengan papa aku."

"Okay, faham. Dendam lama?"

Bahu diangkat serentak.

"Maybe."

"Maybe kepala hontak kau!! Dendam lama la tu bangang!"

"Kalau dah tau kenapa tanya lagi anjing?"

"Biasa la perempuan. Suka tanya benda yang dia dah tau." Sampuk satu suara.

Serentak mereka berdua berpaling kearah suara itu.

Seorang lelaki yang memakai hoodie hitam sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar menghiasi mata mereka.

"Ray." Gumam mereka berdua serentak.

"Ingat. Aku nak korang seksa dia, bukan bunuh. Ada banyak lagi yang aku buat dekat jantan tua tu." Kata lelaki yang digelarkan Ray. Wajahnya membeku seperti selalu.

Mereka berdua mengangguk faham.

--------

Enjoy your reads!! 😘😘

Jangan lupa untuk vote dan komen banyak banyak tau!! ☺️☺️

See you next chapter!! 👋🏻👋🏻

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now