Ternaik sebelah kening Adrian. Banyak duit Firdaus beli kucing ni?

"Hi Jibake." Adrian melayankan sahaja Kayra. Tersenyum lebar Kayra dibuatnya apabila daddy nya turut mengusap kepala Jibake.

"Love.. Tak suka lah nama kucing ni," rungut Adrian kepada Inara disebelahnya. Dalam banyak-banyak nama, Jibake juga yang Firdaus namakan!

Inara mengoyakkan senyum apabila terpandang wajah tidak puas hati Adrian, "Manalah tahu, abang.."

"Princess.. Kita panggil Jib, ye?"

"Jib?"

"Yup, Najibake.. Tu kan nama full Jibake. So, kita panggil Jib." Suka hati dia sahaja tambah Najib di depan.

Kayra mengangguk laju, "Let's go, Jib.."

"Daddy so stinky! Busuk!" Kutuk Kayra kepada daddy nya. Adrian menayang riak tidak puas hati. Haa! Yang tu Firdaus juga la tu yang ajar!

Telefon dikeluarkan kemudian dia menelefon Firdaus. Memang nak kena mamat sorang ni! Semua benda pelik-pelik dia ajar anak aku.

INARA yang berada di atas katil itu dihampiri kemudian dia daratkan sebuah ciuman di bibir Inara

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.





INARA yang berada di atas katil itu dihampiri kemudian dia daratkan sebuah ciuman di bibir Inara.

"Abang. Nanti Kayra nampak lah!" Inara menegur suaminya.

"Tak apa. Dia tengah main dengan Jib kat bawah.."

"Abang.. Abang nak baby lagi tak?" Tanya Inara tiba-tiba.

Adrian menggelengkan kepala, "Abang tak sanggup dah tengok sayang bertarung nyawa dalam bilik bersalin."

"Apa lah abang ni. Biasalah tu.." Inara mengusap rahang Adrian.

"Tengok sayang tahan sakit macam tu pun buat abang sakit. Abang tak sanggup dah tengok sayang macam tu." Tangan Inara digenggam lalu dikucup olehnya beberapa kali.

"Abang tak kesian ke dekat Kayra main sorang-sorang? Rizqin pun dah ada adik tau.."

Adrian menundukkan kepala, memang lah dia mahu anak lagi. Tapi untuk lihat isterinya kesakitan bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka, dia tak sanggup..

"Nak buat macam mana. Kalau dah tertulis ajal sayang masa bersalin, kita kena redha lah.." Ujar Inara lembut sambil tersenyum tipis. Tangannya mengusap pipi Adrian perlahan.

"Again, love? Kenapa sayang selalu cakap soal ni dengan abang? Abang tak suka la," rungut Adrian dengan wajah tegang. Tak suka betul cakap soal ni..

His Eternal Love Kde žijí příběhy. Začni objevovat