"Da-dda.." Kedua-dua belah pipi Adrian dipegang oleh Kayra.

"Amboi! jumpa daddy terus senyum, ye? Tadi dengan mommy bukan main badmood.." Inara melabuhkan duduk disebelah Adrian.

"Mestilah. Princess daddy kan manja dengan daddy dia.." Adrian mencium segenap wajah Kayra yang sedang tersengih tersebut.

"Kayra dah mandi ke?" Tanya Adrian kepada isterinya. Inara menggelengkan kepala.

Terus dia tersenyum gatal, "Kalau macam tu jom kita mandi sekali.."

"Jom."





MALAM yang agak meriah di rumah agam Tan Sri Irshad. Semua anak-beranak keluarga itu berkumpul di situ kerana terdapat majlis makan malam disertakan juga dengan BBQ.

"Abang, mana Kayra?" Tanya Inara

"Ada dekat depan tengah main dengan Uncle Paus dia.."

Inara tersenyum.

"Nak tak?" Daging barbeque disua ke mulut suaminya. Adrian tidak membantah malah suapan daripada Inara itu diterima dengan bangga. Bangga ah bini suap.

Kau ada? Tak ada..

Firdaus menjeling dua orang kanak-kanak dihadapannya itu. Seorang tengah gigit alat kawalan jauh, seorang lagi tengah hisap jari.

Dia datang sini untuk makan, bukannya untuk jaga dua orang budak buas ni..

"Bagi dua sebab kenapa tak tidur lagi." Jelingan tajam diberi kepada dua budak dihadapannya itu. Aku nak makan! Kau faham tak?!

"Pausss.."

"Eh bukan!! Paus tu yang dalam laut. Ini Firdaus. Daus!" Ujar Firdaus sambil menepuk-nepuk dadanya kepada Rizqin yang sedang bermain dengan alat kawal jauh.

Apa tak kena budak ni?

Rizqin dan Kayra memang rapat dengannya. Entahlah! Dia tak minta pun rapat dengan dua orang budak ni?!

Nasib baik anak member. Sayang lah juga..

"Paus.."

"Ha suka hati kau lah budak. Paus ke jerung ke.."

"Apa marah-marah anak aku ni.." Irham terus dukung Rizqin. Firdaus dijeling.

Firdaus membalas jelingan Irham kembali, "Eh tak marah. Sayang.."

Dari dulu lagi mereka berdua memang tidak ngam. Huh!

"Uncle Paus buli Rizqin ke?" Tanya Irham kepada anaknya.

"Eleh. Rizqin, cuba pilih.. Nak dengan uncle paus ke dengan papa hodoh ni?"

"Paus.." Rizqin terus menghulurkan tangannya kepada Firdaus dihadapan.

Irham menjeling Firdaus yang sudah tersenyum bangga. Huwaaa! Sayang, anak kita tak nak dengan abang..

Sarra yang berada di dapur itu didekati, "Abang ni kenapa?"

His Eternal Love Where stories live. Discover now