Keadaan Adrian yang sudah kusut dan comot itu terus membuatkan Datin Aaliyah bertindak memeluk anak sulungnya itu.

"Apa yang Ad nak buat ni, ibu.." Rintih Adrian sebelum merehatkan kepalanya dibahu si ibu.

"Anak ibu kuat, menantu ibu pun kuat! Sabar, sayang.." Pujuk Datin Aaliyah dengan tangisan yang ditahan.

Sungguh.. Ini merupakan kali pertama dia lihat keadaan Adrian yang amat tidak terurus sejak bergelar ibu kepada lelaki itu.

"Daddy tahu Inara kuat.. Adrian bawa bersabar, nak.." Ujar Tan Sri Irshad lalu bahu menantunya itu ditepuk. Puan Sri Frida disebelah juga turut mengusap bahu menantu kesayangannya itu.

Hajah Khadijah yang sedari tadi hanya berdiri kaku itu mula melangkah ke arah Adrian dan tubuh cucunya itu dipeluk erat..

"Dah nak masuk 2 jam, nenek." Ujar Adrian dengan suara yang bergetar.

Bahu Adrian diusap olehnya supaya cucunya itu lebih bertenang.

"Adrian.." Kesedihan yang dialaminya kini bertukar dengan api kemarahan apabila suara lembut milik Anis menegurnya.

"Keluar." Nadanya tegang, bening kemarahan terpancar di mukanya. Wajahnya pula langsung tidak diangkat, tidak mahu melihat Anis langsung.

"Anis.. Anis nak minta maaf. Anis tak sengaja, tolonglah maafkan Anis."  Ujar Anis tergagap-gagap.

Adrian terus mengangkat mukanya dan matanya naik menikam tajam mata Anis yang sedang memandangnya dengan wajah yang bersalah.

"Berhambus aku kata!" Terhinjut bahu Anis apabila dijerkah oleh Adrian.

Datin Aaliyah disebelah cuba menarik Adrian agar kembali duduk namun Adrian tidak mengendahkan.

"Kau suka?" Menggigil Adrian mengutarakan pertanyaan tersebut.

Tangannya dikepal cuba untuk mengawal kemarahan kerana dia tahu, tangannya tidak akan teragak-agak untuk naik ke muka gadis dihadapannya itu..

Anis menundukkan kepalanya takut untuk bertentang mata dengan Adrian yang dikawal oleh kemarahan..

"Aku tanya ni. Kau suka tengok isteri aku sekarang dalam bilik bedah?"

"Anis— Anis tak ada niat.. Anis berani sumpah Anis tak ada niat nak cederakan Inara." Terhinjut-hinjut bahu Anis menangis ingin meminta belas kasihan daripada Adrian yang seakan-akan membencinya.

"Bullshit!" Amuk Adrian berang apabila Anis masih tidak mahu mengaku. Wajahnya kemerahan disebabkan perasaan amarah yang ditahan dari tadi.

"Adrian, cuba beritahu apa yang jadi sebenarnya ni?" Dato' Khuzairi yang sedari dari tadi hanya mendiamkan diri akhirnya mencelah.

"Kalau ayah nak tahu, perempuan ni!" Jari telunjuk ditunding ke arah Anis yang sedang menunduk menangis..

"Perempuan ni yang tolak Inara, perempuan ni!"

"Ya Allah, Anis! Apa yang kamu cuba buat ni?!"  Hajah Khadijah bersuara tinggi.

"Anis tak sengaja, nek.." Sedaya upaya dia cuba membela dirinya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now