"Alright mummy. Pergi dulu... Assalamualaikum."

***

Zayra mengemas beg nya. Sebuah lagi beg di campak ke atas lantai, "fuh... tu lah kau Zayra. Shopping lagi banyak-banyak dekat sini. Kan dah banyak baju nak bawa balik."

"Kau kenapa Zayra?" Soal Sarah. Kawan barunya, "ini haa... banyak betul barang. Eh kau betul ke nak ikut aku tukar sekali kolej?" Sarah mengangguk.

"Haah... dengan cara ni je aku boleh balik Malaysia. Aku tak nak duduk sini dengan ayah tiri aku. Tak suka."

"Kan mama kau ada." Ujar Zayra, "bukannya dia selalu dekat rumah." Sarah berpeluk tubuh sambil dia bersandar di pintu.

"Okaylah kalau macamtu."

"Esok kita balik... huwaa tak sabar!" Zayra menepuk tangan teruja, "ha dah tau nak balik. Apa lagi? Tidurlah awal!"

"Ta—"

"No... malam ini tiada filem hindustan. Nanti kau tidur lambat, esok bangun pun lambat. Dah aku nak tidur." Sarah menutup pintu bilik Zayra.

Zayra mengeluh perlahan, "takpe Zayra. Malam ni je kau puasa dari tengok filem hindustan. Malam ni je! Kalau kau tengok malam ni, kau tidur lambat confirm. Lepastu nanti bangun lambat. Haish flight dahlah awal pagi esok."

Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Tangan digagau mencari telefon yang mungkin sudah bertindih dengan bantal yang berselerak di atas katil.

Memang spesies Zayra, tidur mesti bantal banyak supaya mengepung dirinya. Maklumlah penakut tahap dewa. Tapi gatal lagi nak tengok cerita hantu.

Capai sahaja telefonnya, dia membuka aplikasi whatsapp. Kerutan di dahi terbentuk apabila dia mendapat mesej daripada abangnya.

My Precious Brother

Flight pukul berapa?

Me

enam pagi. Nak amik ke? hehe kalau nak amik, aku bawa member sekali.

My Precious Brother

tak

Zayra mengeluh perlahan. Tak amik, dah tu kenapa mesej tanya? Bagi fake hope je lebih. Benci betul! Dahlah boyfriend pun takde, sendu je dia punya whatsapp tu.

Macam dia juga sendunya.

My Precious Brother

sape kwn kau? lelaki or prmpn? mna jmpa? latar blkg keluarga dia dah tau?

Zayra tersengih. Typical abang dia yang sulung ini, sesiapa sahaja kawannya. Pasti si abang akan menyiasat latar belakang keluarga dan di mana mereka berjumpa.

Jika latar belakang keluarganya kurang baik, maaf. Ziyad tidak izinkan untuk berkawan. "Eceh... tiap-tiap hari cakap tak sayang aku. Tapi ini, eleh. Ego je lebih abang aku ni."

Me

she's Malaysian. Ayah tiri dia orang sini. Family dia baik sebab ayah tiri dia ketua hakim dekat mahkamah sini.

My Precious Brother

her biological father?

Me

Ayah kandung dia CEO syarikat Oasis Trading dekat Malaysia. Nama dia sarah. she's cute and pretty. single jugak. kalau kau nak try.. boleh jer.

My Precious Brother

Go to sleep Zayra.

Zayra mengoyak senyum, "hish rasa diri ni dah taken pula bila ada abang macam ni hm..." Dia menutup telefonnya lalu di letak semula di atas katil.

Dia memeluk Encik Ed, "tuan yang beli kau ni. Sombong tau tak? Haish Encik Ed Encik Ed, kenapa lah abang aku tu ego eh? Tapi, ego-ego pun masa nak pujuk aku dia beli kau."

Patung beruang itu di peluk ketat, "kau jangan nakal-nakal dalam flight nanti. Kalau tak, aku campak kau keluar."

Patung beruang itu di letak di kepala katil, dia merebahkan tubuhnya. Kepala di selesakan di bantal, "Hm... abang Ziyad nak tak dengan Sarah eh?"

Dia tersenyum lalu dia pun tertidur.

***

Sampai sahaja mereka berdua di tanah air, Zayra dan Sarah memandang KLIA itu dengan pandangan yang teruja. Sudah lama tidak balik!

"Kau betul eh ni nak ikut aku tukar universiti sekali." Sarah mengangguk, "yaa! Lagipun, aku nak duduk dengan papa aku. Sejak mama dengan papa bercerai, aku tak dapat jumpa papa aku."

Selesai mereka meletakkan beg bagasi mereka di dalam troli, mereka menolak troli tersebut sambil berbual kosong. "Babe, aku nak pergi tandas. Kau jalan dulu okay?"

"Okay! Jangan lama-lama." Gadis itu hanya melihat kawan baiknya itu sudah melangkah jauh darinya. "Minum coffee pun macam bagus. Hm.."

Matanya melilau mencari cafe di airport itu. "Got you!"

Baru dia hendak berjalan...

Buk!

Sarah memegang kepalanya sambil mengaduh sakit. "Aku langgar dinding ke?" Soalnya sendiri. Berkerut dahinya menahan sakit.

Dia perlahan-lahan berdiri semula. "Kau buta ke?"

Gulp!

Bukan dinding yang dia langgar! Tapi orang! Ouh tidak!

To Be Continued

To Be Continued

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
Ziyad Hayderحيث تعيش القصص. اكتشف الآن