001

21 1 0
                                    

happyread.

Setelah dua tahun peristiwa itu menimpa hidup aku, aku tekad untuk tinggal jauh daripada tempat aku dulu. Aku tak mahu menjadi kejaran tiap bayang lelaki tak guna itu.

Aku tak mampu untuk hadap semuanya. Semua harapan aku punah begitu sahaja. Bahkan bukan sekali aku melihat orang orang yang aku sayangi itu mati. Sudah dua kali.

Mengingatkan tentang semua itu membuatkan hati aku sakit. Begitu sakit bahkan aku sendiri tidak bisa menahannya, pasti air mata akan mengalir keluar. Aku perempuan yang lemah. Sangat lemah!

*

*

*

Aku berjalan menuju ke satu salon. Di sini tempat aku bekerja sekarang. Aku mahu lupakan segala galanya di belakang, jadi aku mulakan hidup yang baru. Di tempat baru.

"Hai Wendy. Goodmorning!" Jane menyapa.

Aku sekadar senyum kecil kemudian mengangguk. Aku tak sombong cuma sudah terbiasa beriak datar seperti ini. Mungkin trauma dengan kejadian kejadian lalu...

"Harini sebenarnya kita ada tetamu istimewa tau!" Jane berkata.

Aku hanya mendengar.

Jane adalah orang yang menjumpai aku ketika aku hampir membunuh diri di jambatan besar. Aku tahu aku gila, tapi kau tak rasa bagaimana perasaan kehilangan keluarga, dan lihat mereka mati dengan cara sadis di depan mata.

Jane memahami aku. Dan aku suka dengan layanannya. Dia sentiasa memberi aku motivasi.

KringKring. Bunyi lonceng pada pintu membuatkan kami berdua menoleh. Seorang perempuan yang memakai dress berwarna merah terang, dan hanya sebatas ke peha sahaja.

Aku hanya memandang. Perempuan itu membuka kaca mata hitamnya. Kemudian dengan kasut hitam yang sedikit tinggi itu dia berjalan menuju ke arah Jane.

"I want to cut my hair into a short one." perempuan itu berkata. Jane mengangguk kemudian mempersilakan perempuan untuk duduk. Dengan kaki di silang, dia melihat wajahnya yang cantik itu di cermin.

Aku abaikan, aku memulai kerja kerjaku.












Kota Itali

Sebuah kota yang memang menjadi kegemaran semua orang untuk ke sini. Siapa sahaja akan menolak? Tempat yang indah dan menyenangkan, memang sesuai selera pelancong.

Aku daripada Australia, lari ke Itali. Ya, jauh. Kerana untuk memulakan sebuah hidup yang baharu, aku harus pergi jauh dari tempat yang penuh kegelapan bagiku.

"Masih terfikir pasal dia?" tanya Jane. Dia memberi satu kon aiskrim kepada aku.

Aku mengambilnya. Dia? Heh, tiada masa buat aku mengingati orang yang hampir memusnahkan hidup aku. Yang telah membunuh datuk dan nenek aku.

Mengapa orang itu tidak di serahkan saja kepada polis? Aku mahu lihat dia meringkuk dalam penjara. Rasakan tiap seksa, biar dia rasa seperit apa orang yang dia bunuh.

"dalam sejuta tahun sekali pun. aku dah tak nak jumpa dia."

Aku tekad. Benar benar tekad.

Jane hanya mendiamkan diri. Faham dengan perasaan aku. Jane juga sama seperti aku. Tiada keluarga dan tempat sandaran....hanya meneruskan hidup kerana memikirkan tentang berharganya hidup dia ini.

Aku sadar aku tak patut berbuat suatu keputusan bodoh, mahu bunuh diri? Memang bodoh. Sangat bodoh.

Aku menghela nafas panjang. Aku tidak tau apa bakal terjadi pada diri aku jikalau aku tiada Jane di sisi. Apa yang meragui diri aku adalah bila aku mulai merasai seperti di perhati.

Ya, di perhati.

Tiap langkah.

Aku seolah olah terus di perhati.

Dan aku curiga jikalau itu adalah Dave yang datang mahu membunuh aku juga.

...TO BE CONTINUE

26.✓, MINEWhere stories live. Discover now