prologue

26 3 0
                                    

happyread.

Orang kata kalau benci nanti suka.
Tapi sekarang tidak lagi.
Kalau suka nanti benci.

Itulah yang terjadi kepada Wendy.




Pov-Wendy.

Aku ingatkan antara pertemuan aku dengan dia semuanya bahagia tetapi tidak. Aku salah. Aku tak patut jumpa dengan dia. Tidak!

Aku sangka dia adalah lelaki yang bakal melindungi aku tapi aku tidak.... ternyata aku salah. Dia bukan pelindung tapi pembunuh.

"Pergi! Jangan ganggu aku pembunuh! Argh!"

Aku bagaikan hilang kewarasan akal. Aku tidak sangka akan semuanya yang jadi begitu cepat. Selepas ini apa pula?

Bagaikan sebuah permainan yang di mainkan sesuka hati. Di buang sesuka hati bahkan di perguna sesuka hati.

Aku percayakan dia tapi dia membuatkan kepercayaan aku hancur terhadapnya !

*

*

*

Aku berlari mendekati tubuh yang berlumuran darah. Tidak. Ini bukan apa yang jadi, katakan ini bukan apa yang jadi!

"Saya minta maaf Wendy..." suara itu membuatkan aku menoleh.

Aku memandangnya dengan mata yang sudah berair. Kecewa yang teramat bila aku bertentang mata dengannya.

"Kenapa awak sanggup buat macamni? Kenapa? Kenapa awak sanggup buat macamni?!" aku bagaikan orang gila.

Orang yang aku sayangi, yang telah menjagaku, yang menjadi orang tua kedua aku....kini tewas di tangan Dave Jersen.

Lelaki yang aku cintai. Aku sayangi bahkan aku sanjungi. Tapi dia pengkhianat !

Aku tak mampu bergerak kerana tubuh aku kaku. Aku hendak lari tapi aku tak boleh bergerak, seketika itu, aku jatuh rebah ke lantai. Pandangan aku mulai gelap. Mungkin ini adalah masa aku turut sama mereka semua dia alam sana?

© author syaa

26.✓, MINEWhere stories live. Discover now