"Ouhh gituww."

"Aigoo semaklah hidup aku lepas ni." gumam dian.

"Haa khairul dengan hakim kamu boleh duduk dekat meja belakang tu." Cikgu nazim mengarahkan khairul dan hakim untuk duduk dimeja yang berada di tengah bahagian belakang sekali.

"Saya duduk mana cikgu? Soal ayyan.

"Kamu ayyan duduk sebelah dian." arah cikgu nazim. Ayyan akur dan perlahan menghampiri meja dian dan sara.

"WAIT WHATTTT??? Jerit dian.

"Apa nak bantahlah tu, takde cikgu nak ayyan duduk sebelah dian jugak baru ayyan boleh tolong tengok-tengokkan kamu."

"Aduhh cikgu kalau ayyan duduk sebelah saya abistu sara ni cikgu nak campak mana?

"Sara kamu bagi ayyan duduk situ kamu pindah gi duduk sebelah nik." Mendengar kata ii cikgu nazim mata nik mula bercahaya.

Gila tak bercahaya duduk sebelah crush tuu.

"Bisinglah kau ni dian duduk jelah. Kalau kau taknak sangat duduk sebelah ayyan tu bagi aku duduk sebelah dia." Kata isya aka ketua geng gediks.

Mendengar kata-kata isya Ayyan lantas membuat muka kesiannya kepada dian."Daripada duduk sebelah si isya ni baik aku duduk sebelah dian, kalau aku duduk sebelah isya aku risau dia apa-apakan aku nanti." Monolog ayyan dalam hati.

Dian hanya memalau pandangan ayyan "Kau nak sangat ambik jelah aku tak kesah pun." Dian menolak ayyan kearah batrisya yang sudah tersengih memandang ayyan.

"SUDAH-SUDAH...Cikgu nak ayyan duduk sebelah dian jugak muktamat. NO EXCUSE."

Akhirnya dian hanya pasrah dengan arahan cikgu nazim, dia dah malas nak bertekak dengan cikgu nazim.

KRINGGG!!! KRINGGG!!!

Bunyi loceng menandakan rehat bagi pelajar menengah atas. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin untuk membeli makanan.

Sesampainya dian dan kawan-kawannya di kantin, kelihatan ramai pelajar yang sudah pun beratur membeli makanan.

"Aduhh panjang gilak barisan kalau macam ni memang tak makanlah kita." Naura mengeluh berat.

"Alaa kacang je ni, biar aku uruskan." Dian memanggil seorang pengawas junior yang bertugas dikawasan kantin itu.

"Hoi budak pergi beli makanan kat aku, aku nak dalam masa 5 minit semua makanan yang aku order dah ada depan mata aku." Arah dian. Pengawas junior tadi mengangguk takut dan lantas membeli makanan yang disuruh dian.

Selang beberapa minit pengawas junior tadi kembali dengan sedulang makanan di tangannya.

"Perh mantap ahh dik patut ahh kau jadi pengawas, laju buat kerja." Puji Sara.

"Tu ahh...Thanks erkk." Kata dian kepada pengawas junior itu. Dia mengangguk dan pergi.

"YEAHH MAKANN!! Dian lantas mengambil nasi goreng yang dibeli tadi. Baru sahaja dia hendak menyuap nasi goreng itu kedalam mulutnya tiba-tiba ada seseorang menarik pinggan nasi gorengnya.

Dian dengan marah memandang ke arah manusia yang berani mengacau waktu makannya.

"Ishh Danish rayyan." gumamnya.

"kau ni dah kenapa si*l!? Tengking dian. Keadaan di kantin mulai menjadi sunyi. Semua mata tertuju kearah mereka.

"Sorrylah kacau kau makan btw kau tak sepatutnya buli budak junior tu lagipun dia pengawas yang tengah bertugas kau tak sepatutnya ganggu waktu tugas dia dengan suruh dia buat macam-mcam untuk kau." kata ayyan dengan nada yang lembut.

"Peduli apa aku, budak tu pun tak kata apa-apa pun ann." Dian mengambil kembali pinggan nasi goreng yang ditangan ayyan lalu mencampaknya tepat ke muka ayyan. Dian memberikan senyuman sinisnya dan berlalu pergi.

"Aduhh kalau aku tau jadi macam ni, aku biar dia makan dulu baru aku tegur dia." Monolog ayyan.

"Ayyan you ok tak ni? Meh i lap muka you tu." Ucap batrisya yang tiba-tiba berada disebelahnya.

"Ehh takpelah aku boleh lap sendiri." Ayyan lantas pergi meninggalkan kawasan kantin itu.

"Ish tak guna punya dian kau buli bf aku, kau tunggulah pembalasan dari aku dian." Monolog batrisya.

Batrisya berjalan menghampiri kawan-kawannya yang sedang makan dan mereka mula berbisik sesama sendiri.

"Perhh plan kau memang the bestlah." kata bella sambil memuji-muji isya.

"Tengoklah sape punya idea." Balas isya.

"Tapi kau yakin ke plan ni akan berjaya?  Soal ecah

"Haah dulu punya plan pun tak berjaya." sampuk ika pula.

"Alaa korang ikut je aku yakin mesti jadi punya plan kali ni." Isya tersenyum sendiri sambil memikirkan plannya.

*sorry kalau bosan, aku tak reti buat novel :)

SCHOOL 17Where stories live. Discover now