S.E.B.I.C.M. 7️⃣

Start from the beginning
                                    

"Laura, ak-aku boleh explain. Please?"

"Sampai macam ni sekali kau marah aku? Sudah la, Amir! Kalau aku tahu, sumpah aku takkan datang." Laju kaki Laura meninggalkan kedai itu menuju ke keretanya.

Zafran mendengus geram kearah Melissa sebelum mengejar Laura yang semakin menjauh.

"Laura! Laura tunggu la!" Tangan Laura ditarik kasar.

Laura melibas tangan Zafran kebelakang lalu tubuh Zafran disandarkan dikereta yang diparkir sebelah kereta Laura.

Zafran mengerang kesakitan.

"Jangan. Ikut. Aku."

Setelah itu, tubuh Zafran ditolak menjauhinya sehingga jatuh tersungkur. Laju saja dia memasuki kereta dan meninggalkan Zafran.

Zafran pula mengurut perlahan bahu yang terasa seperti terseliuh.

Fariqi yang kebetulan ingin berjumpa dengan Zafran, berhenti berjalan ketika matanya melihat Zafran yang terduduk diatas kawasan pejalan kaki. Segera dia mendekati lelaki itu.

"Zaf? Pahal kau landing kat sini ni?"

Mata Fariqi menyelak sedikit baju Zafran yang menutupi bahu lelaki itu. Ada kesan lebam. Tangannya naik menyentuh bahu itu. Zafran mengerang kesakitan.

"Jom, aku bawa pergi hospital. Mana tau retak ke apa ke."

Zafran menggeleng perlahan.

"Takpe, aku okay."

"Takde. Ni bukan permintaan, tapi ni arahan. Jom aku bawa."

Nak tak nak. Terpaksa juga la dia ikut Fariqi ke hospital.

"Yelah. Tapi kau tolong bagitahu si Melissa tu balik. Lepastu jangan datang kedai aku lagi. Aku tunggu dalam kereta kau."

Fariqi mengangguk faham, kemudian berlalu ke dalam kedai Zafran. Zafran pula hanya menunggu di kereta Fariqi.

Setelah beberapa minit, mata Zafran menangkap kelibat Melissa keluar dari kedai dengan muka tidak puas hati. Setelah itu, kelibat Fariqi pula yang berjalan kearahnya.

Sebaik sahaja memasuki kereta, Fariqi terus menghidupkan enjin dan bertolak ke hospital.

🤍🤍🤍🤍🤍

"Hah?! Retak?!" Soal Fariqi.

"Iya. Dekat sini kita boleh lihat dengan jelas ada sedikit retakkan di bahagian tulang bahunya. Mungkin kerana hentakkan yang kuat." Jelas doktor itu lagi.

Fariqi memandang Zafran dengan riak tidak percaya. Bapak kuat si Laura ni. Omel Fariqi. Dia menggeleng perlahan. Zafran hanya menjeling, seperti faham akan maksud pandangan Zafran.

💚💚💚💚💚

Bunyi loceng yang ditekan bertalu talu membuatkan Datin Zahara mendengus kecil.

"Siapa pulak yang tekan loceng berkali kali tu?! Tak reti nak sabar ke?" Bebelnya sambil berjalan mendekati pintu utama.

Jelas riak terkejut dimukanya apabila dia melihat Zafran yang balik dengan bahu yang bersimen. Fariqi pula selamba mendekati mak sedaranya dan bersalam.

"Ni kenapa dengan Zafran ni, Fariqi? Dengan bersimen bagai?"

"Takde apa la mama. Zaf okay je." Balas Zafran malas.

"Okay apanya kalau sampai bersimen bagai ni?"

"Takde la aunty, dia jatuh tadi, lepastu bahu tu terhentak kuat dekat lantai. Tu yang sampai retak tu." Bohong Fariqi.

Papp!!

Datin Zahara menampar bahu Zafran yang sebelah lagi. Fariqi hanya tersengih.

"Aduh, mama! Sakit la."

"Siapa suruh tak hati hati? Hah? Saja je kan! Nak buat mama risau. Ni nasib baik retak je, kalau patah macam mana?"

"Mama, I'm okay mama. Don't worry sangat la, Zaf okay. Ni mama masak apa? Zaf lapar la, nak makan." Pancing Zafran untuk menukar topik.

"Mama masak nasi ayam hari ni. Kamu makan sini la Fariqi."

"Boleh je aunty."

"Eleh kau. Bab makan nombor satu kan?"

"Ehh biar la. Dah makan free. Siapa tak nak?"

"Hey! Sudah la! Pasal makan pun gaduh ke? Dari kecil sampai besar tak berubah ubah perangai." Marah Datin Zahara kemudian dia berlalu ke dapur.

Fariqi dan Zafran beradu pandangan. Tengok siapa yang kelip dulu. Akhirnya, Zafran yang berkelip dulu.

"Ceh! Lawan kelip mata pun kalah. Patut la kena libas sikit je dah retak." Sindir Fariqi dengan muka berlagak.

"Suka hati kau la. Dari layan kau, baik aku makan." Dia menuju ke meja dapur meninggalkan Fariqi seorang diri di ruang tamu.

"Hek eleh! Malu ler tiuw." Ejek Fariqi.

"AKU DENGAR LA KAMBING!" Laung Zafran dari dapur.

"Fullamak! Telinga lintah betul la dia ni." Gumamnya perlahan sambil berjalan ke dapur.

💝💝💝💝💝

Tut tut tut

"The number you have dial.."

Tut tut tut

"The number y..."

Iphone yang digenggam dilemparkan keatas katil dengan rasa geram.

Daripada petang hingga ke malam dia mendail nombor Laura dan selama itu la ia memasuki peti suara.

"Mana kau ni, Laura?" Soalnya kepada diri sendiri.

Dia merindui gadis itu. Lebih seminggu dia menunggu untuk berjumpa dengan gadis itu, apabila berjumpa lain pula yang jadi.

Mindanya kembali kejadian petang tadi. Jelas dimatanya riak wajah kecewa yang milik Laura.

"Argh!! Melissa punya pasal la ni!" Marahnya.

Badan dibaringkan diatas katil lalu dia menutup mata. Perlahan lahan dia terlena.

--------

Small cornflakes antara Laura dan Melissa dah start!! 🤭🤭

Enjoy your reads!! 😇😉

Jangan lupa vote dan komen banyak banyak tau!! 👌🏻👌🏻

See you next chapter!! 👋🏻👋🏻

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now