"Oh,  yeke?  Hehehehhe. Sorry tak perasan" haa si Gopal ni pun satu bodo bodo jugak.

'Bila masa siakk Ejen Leon cakap kumpulan teras lain lain?  Setahu aku, Ejen Leon cerita pasal Teras tekno ada tiga orang je.. ' getus hati Fang geram. Entah kenapa dia dapat rasakan aura tak baik dengan ejen-ejen muda yang lain ni.

"Tidak,  Gopal.  Setiap pasukan yang lengkap,  terdiri daripada campuran setiap teras.  Neuro, Kombat, Inviso dan Tekno.  Kamu semua akan berkerjasama dalam kumpulan untuk selesaikan misi yang diberikan"  terang Ejen Geetha pula.

"Eeeehhhhhh..... Nanti dulu. Kalau setiap misi ada 3 kumpulan,  maknanya kami yang Tekno ni kena buat misi tu berkali kali kee?? " tanya Khai dengan muka tak percaya mendapat 'Gasp' daripada Ali dan Bulat.

"Hahh? ?? Kena buat misi banyak kali??  Tidakkk.. Hakkhakkk.. Hakk.. "

"Nani?!!Kuruslah saya nanti!! " rungut Bulat pula.

Tiga ejen tekno tu dah jatuh tersendu mengenangkan nasib diri mereka. Memanglah mereka pakar teknologi,  tapi kebanyakan Ejen Tekno ni agak lack in skill berlawan dan aktiviti yang  memerlukan tenaga.  Sebab tulah mereka mencipta gajet yang boleh membantu dalam misi. Diorang bukan jenis jenis badan tough,  stamina setinggi Gunung Everest macam teras Kombat tu!

Yang Ejen Fit tu lain macam lahh.. Nama pun Fit!

Ejen Geetha hanya tersenyum melihat gelagat anak didiknya itu. 

"Kamu semua jangan risau.  Kami akan cuba dapatkan bantuan ejen-ejen MATA yang lain.  Jadi kamu bertiga tak adalah penat sangat " ujar Ejen Geetha lagi tapi tidak dapat meredakan kegusaran di hati ketiga tiga Ejen Tekno mereka.

"Berbalik kepada kelas hari ni. Disebabkan kekurangan ejen,  kita tak boleh buat latihan berkumpulan.  Jadi,   Kamu semua akan berpecah mengikut teras dan dilatih oleh mentor masing masing.  Faham semua? "

"Faham,  Ejen Leon! " jawab mereka hampir serentak.

" Pelajar baru boleh ikut rakan-rakan sekelas kamu ke kelas masing-masing. "

"Baik Ejen Leon! "

"Bersurai semua" .

Nampaknya masing-masing dah keluar dari briefing room dan mula bergerak ke kelas masing-masing.  Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Gopal juga ingin beredar .

"Ermm.. Awak Yaya kan? " tiba tiba Iman menegur mereka. Yaya menoleh.

"Nak pergi kelas sama-sama? " tanyanya lagi.  Yaya tersenyum gembira.

"Wahh,  boleh jugak! "

Dan di sinilah bermulanya kisah pertemuan dua bidadari syurga . Aceeeewahh~

"Fang!  Fang! "

Satu suara memanggil menyebabkan tuan punya nama menoleh.  Kelihatan Moon yang tengah melambai, Zass dan Rudy tak jauh dari mereka.

"Jomlah pergi kelas sama-sama! " ujarnya ceria. Fang baru nak membalas namun tiba tiba dihalang Ochobot.

"Tak apalah.  Korang pergilah dulu.  Kitorang datang kejap lagi " kata suara estetik Ochobot kepada mereka semua.  Boboiboy,  Yaya,  Fang,  Ying  dan Gopal dah memandang pelik robot bulat tu.  Dah kenapa??

"Ouhh,  kalau macam tu okey!  Kitorang pergi dulu.  Jangan lambat sangat tau! " pesan Moon sebelum mereka semua bergerak ke kelas.

" Korang jom ikut aku" arah Ochobot perlahan sambil menarik tangan Boboiboy supaya mengikutnya.  Mereka hanya berpandangan sesama sendiri tapi tak membantah kata kata Ochobot.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now