S.E.B.I.C.M.5️⃣

Start from the beginning
                                    

Leonard memandang sekilas mereka berdua, lalu menggeleng perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Leonard memandang sekilas mereka berdua, lalu menggeleng perlahan.

"Haihh, Light kau punya bangang tu simpan untuk anak cucu sikit. Jangan nak melantak untuk diri kau sorang je" lalu dia memboloskan diri ke dalam lamborgini dibahagian pemandu.

"Heh!! Jeles la tu takde tiktok!" Dengus Light.

"TERCEGAT APA LAGI?! MASUK LA!!" Jerit Laura dari tingkap keretanya.

Pantas anak buahnya yang lain berlari masuk ke dalam alphard hitam yang dikhaskan untuk kegunaan mereka. Termasuk juga dengan Light.

Kereta alphard itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah rehat lalu menuju ke destinasi untuk pertempuran mereka.

💚💚💚💚💚

Hampir sejam perjalanan mereka, akhirnya tiba juga ditempat untuk menumpahkan darah masing masing.

"Bergerak ke tempat masing masing" arah Laura melalui earbuds yang dipakai di telinga kanannya.

Light dan Leonard diarahkan untuk melawan anak anak buah Henry. Manakala dia bergerak ke arah satu lorong yang sunyi sepi dan gelap gelita.

Senyuman sinis Laura terukir disebalik topeng muka yang dipakainya, sebaik sahaja dia melihat wajah Henry yang tajam memandang kearahnya.

Sedikit pun dia tidak gentar dengan pandangan itu. Malah dia berasa geli hati dengan wajah Henry. Dia sedikit membongkok lalu kedua belah tangannya ditongkatkan diatas lututnya sendiri.

"Uit!! Cik abang nak bunuh saya ke?" Ejek Laura.

Berombak dada Henry apabila diejek Laura. Ego lelakinya terasa seperti dipijak pijak dan tercabar.

"Memang!! Memang aku nak bunuh kau!! Sebab kau dah bunuh adik aku!!"

PAPP

Laura menepuk tangannya sendiri dan ketawa. Entah mengapa dia terasa seperti lucu dengan kata kata Henry.

"Henry? Henry ke tu? Alahai comelnya. Kau marah ke aku bunuh Tiger? Ala tak best la macam ni. Tiger bunuh anak buah aku, takde pun aku nak bising macam kau?"

"Aku tak nak cakap banyak dengan kau Ace. Yang aku tau aku nak bunuh kau"

Tanpa membuang masa dia terus mengeluarkan pisau yang terselit dikiri kanan poketnya lalu menerkam kearah Laura.

Laura hanya mengelak dan menepis serangan Henry. Pertarungan mereka masih awal jadi dia ingin bermain dahulu dengan Henry, baru bunuh.

Setelah beberapa minit, Henry mula lelah. Dia berhenti sambil menarik nafas lalu berdecit kecil.

"Penat ke cik abang sayang? Meh la, Kekanda ku sayang! Adinda mu disini baru je panaskan badan tadi!!" Jerit Laura walaupun jarak mereka takde la jauh mana.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now