S.E.B.I.C.M.5️⃣

Začať od začiatku
                                    

"MAK!! MAK!! MAK AKU!! KENAPA KORANG BUNUH MAK AKU?! KENAPA?! Kenapa?! KENAPA!! MAK BANGUN MAK!! RIZAL PERLUKAN MAK!! RIZAL SAYANGKAN MAK!! MAK BANGUN LA!! MAK!!" meraung raung Rizal diatas lantai bilik itu tanpa henti.

Malah lelaki tadi hanya tersenyum sinis. Kemudian dia mendekati Rizal. Bahu Rizal disentuh perlahan, namun lekas lekas ditepis oleh Rizal. Dia tersenyum sinis.

"Kau tak dengar ke apa yang mak kau cakap tadi? Dia cakap 'Lepaskan anak aku!' dan dia tak cakap pula yang 'Lepaskan aku dan anak aku!' "

Rizal menatap tajam wajah lelaki itu. Tapi ada dia kesah? Setakat budak mentah macam ni, apa yang dia boleh buat? Omelnya dalam hati.

"Kau pergi dari sini!! KAU PERGI!! AKU TAK NAK TENGOK MUKA ORANG YANG BUNUH MAK AKU!! PERGI!! AKU KATA PERGI!!"

BUKKK

"Argh!" Rizal mengerang perlahan sambil menahan rasa senak diperutnya.

"Shoun... Kau ni... Kesian budak ni. Mak dia dah la baru je mati"

"Dia ni kurang ajar bos! Nak mampus awal kot rasanya" balas lelaki bernama Shoun itu.

"Takpe takpe. Dia tak sengaja tinggi suara dengan aku, untuk sekarang ni aku maafkan. Aku nak kau angkat dia bawa berkumpul dengan budak budak yang nak lawan dengan Ace. Aku nak dia mati kena bunuh dengan budak budak Ace kat situ."

"Baik bos" lantas dia menarik kasar tangan Rizal. Sekali lagi Rizal meronta ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku la sial!! Kau nak bawa aku pergi mana ni, hah?! Lepaskan aku!!"

"Bising la kau ni"

PAKK!!

Shoun memekul kuat belakang leher Rizal sehingga dia pengsan.

"Diam pun. Memekak je kerja."

Kereta audi hitam itu mula bergerak meninggalkan kawasan rumah usang Rizal.

🧡🧡🧡🧡🧡

Laura memerhati kesemua anak buahnya yang bersiap sedia dengan pelbagai senjata dikiri dan kanan badan mereka.

Matanya beralih pula kearah Leonard yang sedang berpeluk tubuh dikeretanya. Nasib baik luka pada badan Leonard hanya kesan torehan dan 2 das tembakan yang terkena pada bahu serta lengan kanan lelaki tegap itu.

Tapi kesemua luka itu langsung tidak menjejaskan semangat mafia Leonard yang selalu ingin bertarung dalam setiap pertempuran. Buktinya, dia masih berdiri teguh disebelah Laura.

Matanya bergerak pula kearah Light dan seorang anak buahnya yang berada tidak jauh darinya. Kepala mula menggeleng perlahan, tangan pula naik memicit kepala yang terasa sedikit pening.

"Aaaaku budak girl yang pantang menyerah~

...takkan berundur sebelum berjaya~..."

Dengan riang sekali Light bernyanyi dan menggelek bontotnya.

"Ketua gelek lagi ketua, ewahh! Eiii haa, gelek gelek" sorak seorang anak buah Light sambil memegang telefon bimbit milik ketuanya. Bontotnya juga digoyangkan ke kiri dan kanan. Mengikut rentak lagu tiktok di telefon itu.

Kesemua anak buah Laura mengemam bibir mereka agar tidak mengeluarkan sebarang suara.

Laura yang tidak tahan dengan lagu yang dinyanyikan mengeluarkan pistol yang terselit di belakangnya dan dihalakan ke langit malam.

BANGG

"MAK KAU HIJAU!!" Light melatah.

"Asal? Kau jeles mak kau takde kaler?" Sinis Laura kemudian berlalu ke dalam kereta Lamborgini Aventador miliknya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now