Bab 1 : Hari Pertama

16 0 0
                                        

Hari ini merupakan hari pertama Liya bekerja di company barunya. Nervous juga sampai lupa nak makan breakfast sebelum pergi kerja.

"Liya, ada nasi goreng ni mak masak. Kenapa tak makan dulu..?"

"Eh.. Sorry mak. Liya tak perasan. Tapi dah dekat jam 8 ni, Liya kena pergi kerja cepat." jawab Liya sambil menuju ke pintu utama dengan cemas.

"Haih.. Kamu ni." keluh ibunya.

Sudah jadi kebiasaan. Ada saja karenah Liya jika ada hari pentingnya.

Hari pertama SPM dulu, Liya terlupa membawa semua keperluannya kerana terlalu nervous. Syukur ayahnya sempat singgahkan sebelum mula peperiksaan. Mahu saja Liya menangis ketika itu.

"Mak, Liya pergi dulu!!" jerit Liya.

______________________________________

7.55 pagi, office

"S-selamat pagi.. Saya mula kerja hari ni. Boleh panggil saya Liya. Harap dapat berkenalan dengan semua dengan baik.."

Semua pandangan tertumpu pada Liya. Liya cuma mampu melontarkan senyuman untuk menyembunyikan rasa gentarnya.

"Hai!! Saya Mia selamat berkenalan~" muncul seorang wanita berpakaian ketat dan sendat di hadapannya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Senyumannya yang manis menimbulkan lesung pipit di kedua belah pipi mampu menarik perhatian siapa saja lelaki yang melihat. Comel... sangat comel. Liya membalas salam dengar terburu-buru.

"Lepas ni hang out dengan Mia je okey?"

"Eh.. Oh.. Okey. Haha.." jawab Liya teragak-agak.

Kenapa aku rasa tak sedap hati ni..haha..

"Mia sayang, dah lupakan saya ke?? Lepasni dah taknak hang out dengan saya lagi??" datang lagi seorang lelaki berkemeja oren terang mendekati mereka.

"Mestilah tak. Bby selalu di hati saya.. Muah." balas Mia sambil memuncungkan bibirnya.

Tolonglah hidup aku di sini sepanjang bekerja baik-baik saja..

Liya melontarkan senyuman pahit.

______________________________________

Selepas beberapa jam di tempat kerja baru, Liya mula menyesuaikan diri. Namun, kebahagiaan tidak berkekalan selamanya. Perut Liya mula terasa sakit yang teramat.

Alahai, buat hal lah pulak perut aku ni sekarang..

Liya menahan dan tidak melayan rasa sakit itu. Kalau dibiarkan lama-lama okeylah tu, fikirnya.

"Hei budak baru. Bagi dokumen ni kat bos di tingkat 5 sekarang." arah salah satu rakan kerjanya dengan selamba.

Hah? Dia fikir aku ni hamba ke dekat sini??

Terlalu malas untuk memulakan sebarang argument dengan perutnya yang terlalu sakit itu, Liya hanya menurut kata. Diambilnya dokumen itu lalu segera menuju ke lif untuk pergi ke tingkat 5.

Setiap langkah, semakin terasa sakit perut Liya. Pandangannya mula kabur, jalannya sudah tidak lurus lagi.

Bukk!!!

Akhirnya, tubuh Liya jatuh rebah ke muka bumi.

______________________________________

Hm..? Aku dekat mana ni?

Perlahan-lahan mata Liya terbuka luas. Dia sedang terbaring di katil hospital.

"OH MY GOODNESS! Hari pertama aku bekerja, aku kena pergi ke tempat kerja sekarang!!" Liya terus bangun dari katil tanpa mengendahkan sekelilingnya.

Tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Liya terus berhenti daripada bangun dari katil dan menoleh ke arah orang tersebut.

Seorang lelaki berkemeja putih dengan rambut yang disisir kemas dan teratur sedang duduk di tepi katil. Lelaki tersebut memandang ke arahnya dengan wajah yang agak risau.

Bersambung...

SemPurNaWhere stories live. Discover now