Bibirnya ternaik sedikit mengukir senyuman. Tiba-tiba bahagia bila bercakap tentang isterinya.

"Thats enough. Kau datang sini sebab nak cakap pasal kerja kan?" kata Aaryan setelah lama berdiam diri.

"No, its okay. You baliklah. Teman isteri. I'm sorry sebab ganggu cuti you."

"Projek ni?"

Naira tergelak kecil. Boleh pula dia tanya pasal projek? Isteri dekat rumah tu entah-entah dah get ready batang penyapu dekat tangan.

"I duduk sini lama Aaryan. Bila-bila pun kita boleh bincang," ujar gadis itu. Aaryan mengangguk faham.

"Btw, this is for you. Datanglah nanti. Our wedding reception," kata Aaryan sebelum menghulurkan satu kad jemputan.

"Thank you. Boleh I jumpa pengganti I sekali. She must be pretty, right?"

"Yes, she is," jawab Aaryan sebelum mereka berdua tergelak kecil.

Kali pertama mereka dipertemukan sebagai pasangan bahagia. Kali kedua mereka dipertemukan sebagai kawan biasa.

Nama jodoh kita yang sebenar sudah tertulis indah di Luh Mahfuz. Ikhlaskan seseorang yang bukan ditakdirkan untuk diri kita.

Rancangan Tuhan lebih indah dari yang kita sangkakan. Perginya beribu orang tidak membawa makna. Kerana Allah hadirkan seseorang yang mampu membimbing kita hingga ke syurgaNya.

Dalam diam Naira merenung lama nama yang tertulis diatas kad jemputan itu. Perasaan sebak cuba ditahan.

"That should be me, Aaryan....."



Irish menjeling tajam wajah abang keduanya. Hampir tiga jam dia menemani lelaki itu mencari tuxedo yang sesuai untuk majlis bersanding kakaknya nanti.

"Angah, lambat lagi ke?" Irish merungut.

"Ish sabarlah. Angah nak warna hitam. Branded punya," marah Izzreen pula. Semalam beria-ria cakap nak teman. Harini merungut macam budak kecil pula.

"Itulah, lain kali bila orang suruh tempah awal tu, buat. Ni nak tangguh-tangguh. Kan dah kelam kabut," bebel Irish. Sengaja menyakitkan hati abangnya.

"My god Irish Arabella! Ni mesti terikut-ikut perangai mummy kan? Membebel dua puluh empat jam," fitnah Izzreen. Naik runsing dia dengan gadis itu. Bukannya mahu menolong, malah disakitkan hati aku ni lagi.

Tersedak Puan Nurin dekat rumah. Izzreen punya perangai memang minta penampar. Eloklah tu mengata ibu sendiri.

"Hilanglah nama angah dekat tapak kaki mummy," ejek Irish.

Berkerut dahi Izzreen cuba memproses ayat yang dilontarkan oleh adiknya. Sejak bila mereka ada ukir nama dekat tapak kaki Puan Nurin?

"Kita ada tulis nama dekat tapak kaki mummy ke?" tanya Izzreen curiga.

Irish mengemam bibirnya kuat. Menahan diri dari terus mencarut. Wajah abangnya dipandang sambil tersenyum kelat.

"Syurga dibawah tapak kaki?"

"Ibu," laju sahaja Izzreen menjawab.

"So?"

Lama Izzreen berdiam diri sebelum memandang wajah adiknya dengan senyuman teruja. Mulutnya ditekup tanda tidak percaya.

"Oh nama yang Ara maksudkan tu, tempat kita dekat syurga lah kan?" soal Izzreen.

"Iya," balas Irish perlahan. Malu bila ramai yang memerhatikan dia dengan Izzreen. Mana taknya, dah abang dia lompat terkinja-kinja ditengah mall itu.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now