"How old are you?"

"13!"

Yeosang mengerutkan keningnya ke atas, tidak juga sampai hati hendak menghalau budak-budak.

Akhirnya Yeosang keluar dan menolong gadis kecil itu mencari kucingnya yang menyorok di sebuah pondok terbiar.



*****



Plop! Wooyoung melontarkan dirinya ke atas kerusi di hadapan meja setelah masuk ke stesen polis ini dari pintu masuk.

"Ughh, penatnya.." Keluh Wooyoung lalu menutupkan matanya. Pagi hari ini agak sibuk di kawasan jagaan mereka.




'Tergempar! Mayat dijumpai berdekatan sebuah bangunan terbiar, identiti mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana wajahnya telah dikerat. Nampaknya ini seperti satu kes pembunuhan.'  Itulah apa yang Wooyoung dengar sebelum tenaga kerja di stesen ini segera ke tempat kejadian.

Wooyoung hanya menjaga parameter namun dia sempat memasuki ke dalam kawasan tempat dimana mayat dijumpai dan melihat rupa mayat tersebut. Ngeri.

Seonghwa juga berada di sana sebagai detektif yang bertugas. Dia mencatat dan memerhatikan kawasan kejadian. Skuad dia akan menyiasat kes ini mungkin, fikir Wooyoung pada masa itu.

Dan... Punca sebenar mayat tersebut dikerat wajahnya sehingga menampakkan organ dalaman adalah kerana wajahnya cair.

Adakah hanya itu sahaja sebabnya?

Motif apa pembunuh mayat tersebut mengerat wajah orang yang malang itu?

"DNA."

Yeosang bersuara, membuat Wooyoung terjaga dari berfikir yang boleh membuatkan dia terlelap.

Yeosang, yang duduk bersebelahan Wooyoung juga menyandar ke badan kerusi dan berada dalam posisi santai. Yeosang memandang ke siling sebelum menoleh ke arah Wooyoung.

"Maksud kau?" Balas Wooyoung, tahu yang Yeosang maksudkan pasal kes pagi tadi, tapi apa maksud dia dengan dna?

Yeosang duduk tegak dan memusingkan kerusinya ke arah Wooyoung.

"Kalau pembunuh tu tak mahu mangsa dikenal pasti, dia boleh ja kerat semua badan ke apa atau benda lain. Ni dia kerat wajah mangsa SELEPAS wajah mangsa melecur teruk. Dan kalau dah melecur teruk begitu memang mangsa tak akan dapat dikenal pasti, tapi cuba kau fikir kenapa dia double usaha nak halang polis dari tahu identiti mangsa?" Yeosang bercakap seperti dia yakin sungguh tentang sesuatu dan jawapannya.

Wooyoung hanya mengerutkan kening mendengar perkara mengarut yang Yeosang beritahu.

"Ini hanya pendapat aku, tapi aku rasa yang mungkin identiti pembunuh itu akan terbongkar kalau dia tak kerat sampai hilang muka mangsa tu."

Wooyoung membulatkan matanya, sedar dan mula faham apa yang Yeosang maksudkan.

"Maksud kau... pembunuh tu ada kesan lecur juga?"

Yeosang mengganggukkan kepalanya, lalu menyilangkan tangan, "Well, tak ada guna juga kita siasat sebab bukan dalam bidang kita." Yeosang menaikkan bahu.

Wooyoung hanya meng-hmm kan perkara yang Yeosang katakan. Betul juga, lagipun perkara begini di bawah kuasa skuad siasatan jenayah berat, perkara ini mengingatkan Wooyoung kepada Detektif Seonghwa.

kreakkk... Pintu dikuak buka.

Seorang wanita yang berusia keluar daripada pejabat kecilnya, dia ialah ketua bagi stesen polis kawasan ini. Ketua kepada Yeosang dan Wooyoung. Wanita itu mempunyai rambut pendek hampir seperti lelaki dan figura yang kecil, menunjukkan yang bukan hanya lelaki sahaja boleh menjadi ketua.  Wanita tersebut membawa keluar beberapa kertas kerja sambil membacanya. Nampaknya mereka akan ada kerja baharu.

Wooyoung dan Yeosang serta lima orang lain pegawai polis di stesen ini menolehkan kepala dan memerhatikan pergerakan ketua mereka yang bergerak ke hadapan tempat masuk stesen polis ini untuk menghadap mereka semua.

"Hari ni.." Ketua mereka menyelak kertas kerja sambil mengeluh kecil, "Ibu pejabat bagi dua kes orang hilang untuk kita kendalikan buat sementara. "

"Huh? Bukan tu tugas skuad Siasatan Jenayah ke?" Seorang pegawai polis lelaki bersuara sementara yang lain diam, mereka semua agak penat kerana kes jenayah yang berlambak kebelakangan ini.

Ketua mereka juga mengeluh berat, dia menyelak rambutnya kebelakang lalu bercekak pinggang, "Ya, betul tu tapi saya dengar bulan ni kes diorang meningkat sampai terpaksa tolak tepi sikit dan bagi dekat skuad dari balai polis daerah lain, dan kita juga kena tempias. So kalau tak suka berkhidmat untuk negara, serahkan badge kamu dan pistol dekat pejabat saya."  Ketua mereka kedengaran seperti memahami keadaan di balai polis utama dan menjadi tegas kepada stesen di bawah jagaan.

Yeosang menaikkan tangannya, memberi signal untuk menanyakan sesuatu. 

"Ya Yeosang?" 

"Is it because of me.. that they push some of the cases here?"

Ketua mereka senyum, ianya bukan senyuman ikhlas dari perasaan gembira, namun ianya daripada atas dasar simpati.

"Ya. Bekas detektif Kang Yeosang."

Pada hari Yeosang dipindahkan ke sini. tiada siapa tahu kenapa, dan sebab dia diturunkan pangkat oleh orang atasan.




******



Selepas ketua mereka mengedarkan fail kes orang hilang itu kepada setiap seorang, ketua mereka menugaskan Yeosang, Wooyoung dan dua orang lagi untuk fokus kepada dua kes itu dan yang lain akan menguruskan hal stesen polis di sini jika mereka berempat berada di luar kawasan.

Apabila membaca nama mangsa yang dilaporkan hilang, Wooyoung dan Yeosang membulatkan mata.

Fail yang setebal hanya tiga helaian kertas itu jatuh ke lantai daripada tangan Wooyoung.

Yeosang pula menutup mulutnya yang separa ternganga semasa membaca muka surat pertama.

Peluh sejuk mengalir dari dahi.

Jarum jam berpusing, 

tik, tik, tik.

"Tak mungkin.."

Wooyoung dan Yeosang menoleh dan memandangan satu sama lain.

"Moon Hwari, mangsa...?!"

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now