Dan serta merta senyuman lebar dibibir Inara terbentuk. Dia gembira kerana budak lelaki itu masih mengingati dia.

"Betul lah tu, uncle hensem.."

"Ayash, apa main dekat orang tu." Tegur seorang wanita. Mungkin ibu kepada budak lelaki dihadapannya itu.

"Mama, ni lah uncle hensem dengan aunty parrot tu.." Bersungguh budak lelaki yang diberikan nama Ayash itu berkata.

"Ayash! Erm- maaflah.. Anak saya ni dari beberapa bulan lepas lagi bercerita tentang uncle hensem dengan aunty parrot. Selalu juga dia datang sini semata-mata nak cari kamu berdua."

"Kenapa Ayash cari kita orang pula?" Tanya Adrian kepada budak lelaki yang bernama Ayash tersebut.

"Ayash rasa bersalah sebab berebut aiskrim dengan aunty parrot." Dengar sahaja nama yang digelarkan oleh Ayash kepada Inara membuatkan Adrian tergelak kecil.

Aunty parrot? Pffft..

"Kenapa Ayash nak rasa bersalah?" Inara yang sedari tadi hanya berdiam diri akhirnya menundukkan sikit tubuhnya menyamai paras ketinggian Ayash.

"Sebab Ayash berebut aiskrim dengan aunty.. Mama cakap mungkin aunty mengandung dan teringin nak makan aiskrim masa tu." Riak wajah Inara yang tersenyum tadi terus berubah kelat.

"Tak apa." Wajah cuba dimaniskan untuk menutup kesedihannya.

Adrian yang perasan akan riak wajah Inara yang berubah terus menukar topik, "Nama uncle, Adrian.. Yang awak panggil aunty parrot tu Inara.."

"Haa dengar tu Ayash! Pandai-pandai je bagi orang lain nama samaran."

"Ye, mama.. Ayash faham."

"Erm nama awak pula apa?" Tanya Inara kepada si mama kepada Ayash.

"Yana." Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Inara. Huluran disambut dan Inara tersenyum.

Adrian merapatkan bibirnya ke telinga Inara untuk berbisik, "You berbual lah dengan dia. I nak ambil tikar dalam kereta.."

Inara menganggukkan kepala.

"Ayash nak teman uncle tak?" Tanya Adrian kepada Ayash yang sedang menjilat aiskrim coklat ditangan.

"Nak!!!" Teruja dia dibuatnya.

Hilang sahaja kelibat dua orang tersebut, Inara dan Yana masing-masing duduk di atas sebuah bangku yang terdekat.

"Saya tengok awak macam tak sihat je." Ujar Yana.

"I'm okay.. Cuma emosi je yang kurang stabil." Inara tersenyum memandang Yana dihadapannya.

"I'm sorry kalau menyibuk.. Tapi, maafkan Ayash sebab keterlanjuran kata dia tadi.." Inara memandang Yana dengan wajah yang berkerut. Kenapa tiba-tiba..

"Saya tahu awak mungkin baru lepas kehilangan. Saya pernah lalui benda ni.." Tak semena-mena tubir mata Inara kembali bergenang. Adakah dia terlampau menunjukkan kesedihannya?

"Ayash tak salah pun, Yana. Cuma saya sahaja yang tak pandai kawal emosi." Tangisannya ditahan.

"No, Inara.. Awak memang patut bersedih, tetapi jangan terlalu layankan perasaan sedih tu." Tangan Inara diambil dan digenggam lembut.

"Cuba awak fikirkan balik apa yang awak hilang dengan apa yang awak masih ada sekarang." Tegur Yana membuatkan Inara seakan-akan tersedar dari lena.

Dia..

Dia kehilangan bayi di dalam kandungannya, tetapi dia masih mempunyai seorang suami yang sabar dengan perangainya.

Adrian layan dia tak ubah seperti permaisuri. Sentiasa sabar walaupun apa yang diterima hanyalah reaksi yang bersahaja.

"Awak faham kan maksud saya?" Tangan Inara yang masih berada di dalam genggamannya itu diusap lembut.

"Thanks, Yana.." Tidak menunggu lama dia memeluk tubuh wanita yang baru sahaja dikenalinya beberapa minit lalu.

"Saya balik dulu. Suami saya dah balik dari kerja waktu macam ni.." Jam di pergelengan tangan ditilik oleh Yana. Sudah pukul 5 petang.

"Terima kasih sebab dah bukakan mata saya, Yana.."

"Tak ada masalah.. Kalau ada apa-apa awak boleh telefon saya." Sempat mereka bertukar nombor telefon.

Hilang sahaja kelibat Yana, Inara terus termenung. Pelukan dibahunya membuatkan dia terus memandang ke sebelah.

"Jarang betul lah wife I rapat dengan orang lain dalam masa beberapa minit ni." Usik Adrian membuatkan Inara tersenyum tipis.

"Mana ada.. You je yang tak pernah nampak I rapat dengan orang lain." Inara terus bangun dari duduknya dan dia terus melangkah ke arah tikar yang sudah dihampar oleh Adrian dihadapan tasik.

Adrian terkebil-kebil di atas kerusi batu tersebut. Jari-jemarinya diangkat dan dia mula mengira berapa patah perkataan yang disebut oleh Inara tadi.

"Mana.ada. You. je. yang. tak. pernah. nampak. I. rapat. dengan. orang. lain." Ulangnya perlahan sambil mengira.

"13 patah perkataan?" Adrian terus mengoyakkan senyuman lebar. Ayat yang paling panjang Inara sebut selepas dari kejadian hari tu..

Tak menunggu lama, dia terus melabuhkan duduk disebelah Inara yang sudah bersimpuh di atas tikar tersebut.

"Suka tak?" Tanya Adrian membuatkan Inara tersenyum.

"Suka.."

Wajah Inara yang masih tersenyum itu ditenung lama. Seperti sudah lama dia tidak lihat Inara tersenyum manis begitu.

"Tengok-tengok kenapa?"

"Nothing. I suka tengok you senyum.." Inara mengabaikan Adrian yang bermulut manis itu. Sekeping sandwich diambil dan digigit. Dia cuba untuk mengendahkan Adrian yang sedang galak merenungnya.

"Special for you, love.."

His Eternal Love Where stories live. Discover now