Pintu biliknya ditutup sekali lagi. Baru sahaja kakinya ingin melangkah di satu anak tangga, dia tertoleh ke arah pintu bilik utama.

Entah apa yang merasuknya, pintu bilik utama yang sering menjadi tempat rehat Adrian dan Inara dibuka.

Dia melangkah satu persatu dengan perlahan dan kemudian kakinya terhenti di sebuah almari pakaian. Tidak menunggu lama, almari itu dibuka dan terpamparlah baju-baju berjenama yang semestinya milik Inara.

Jari dan matanya galak membelek baju-baju yang tergantung dan tersusun cantik di almari itu sebelum ia berhenti di sebuah busana mewah berwarna putih.

Dia kenal baju ini..

Baju kahwin Inara.

Busana putih salju itu dikeluarkan dari almari tersebut dan dia mula sarungkan ke tubuhnya. Badannya dihadapkan ke arah cermin dan dia tersenyum lebar.

Sesekali dia berpusing dengan senyuman yang kian melebar.

Alangkah indah jika dia yang pakai baju ini dan bukannya Inara. Tubuh ditilik dengan wajah yang sangat puas.

Lamunan dan senyumannya automatik mati apabila susuk tubuh Inara yang berdiri di hadapan muka pintu sedang merenungnya dengan bias muka yang tidak percaya.

"Apa yang you buat ni, Anis?" Tubuh Anis cuba didekati namun perempuan dihadapannya itu dengan pantas menolaknya.

Akibatnya, tubuhnya terhempas kuat ke almari besar itu. Inara mendesis kesakitan. Perutnya yang masih kempis itu dipegang.

Dengan berani, pergelangan tangan Anis yang masih tersarung busana putih itu terus dicengkam kuat dan tubuh Anis ditarik menghala ke arah tangga.

"Lepaslah!" Bentak Anis sambil cuba untuk merungkaikan pegangan Inara.

"Kau ni dah melebih, kau tahu tak? Siapa beri kebenaran untuk kau masuk bilik aku dan suami aku?" Marah Inara apabila mereka berhenti betul-betul di hadapan tangga.

"Apa masalah kau?! Aku tak cari pasal dengan kau! Jadi boleh kau tinggalkan aku?!" Marah Anis lalu bahu Inara ditolak kasar.

Nasib Inara baik kerana dia sempat mengimbangkan badan. Tangan berpaut pada palang tangga disebelahnya dan dia memandang Anis tajam.

"Tak cari pasal? Hei! Yang kau masuk tadi bilik aku dan baju yang kau pakai sekarang baju aku tau? Kau sedar tak diri kau tu siapa?" Bahu Anis ditolak pula membuatkan gadis polos dihadapannya itu mendengus geram.

"Kalau kau nak tahu sangat, aku memang cintakan Adrian! Betul lah apa yang kau agak selama ni! Kalau boleh, aku nak kau dengan Adrian berpisah!" Luah Anis geram. Jarinya dihala ke arah bahu Inara dan dicucuk-cucuk disitu.

Inara menepis jari Anis yang mencucuk bahunya kasar, "Hei perempuan! Kau sedar lah diri kau tu siapa. Kau tu hanya perempuan kampung yang tumpang kasih sayang dari nenek suami aku!"

Ppang!

Terteleng wajah Inara apabila menerima tamparan yang agak kuat daripada Anis yang seperti kerasukan.

"Kenapa? Terasa? Kalau bukan sebab nenek, tak mungkin kau boleh tinggal di sini." Darah yang mula mengalir di hujung bibir dikesat.

"Kalau kau tak muncul dalam hidup Adrian, aku mungkin dah jadi isteri dia! Nenek dah berjanji untuk jodohkan aku dengan Adrian!" Nada yang digunakan Anis kian meninggi.

Wajah Anis dipandang dan pipinya yang mula membengkak itu dipegang kejap.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Raut muka yang memancarkan bening kemarahan itu bertukar lembut.

"Kau dah tahu Adrian tu suami aku, jadi berhentilah Anis.. Aku merayu sangat dengan kau. Jangan kacau rumahtangga kami." Suara Inara bertukar lembut seiring dengan wajahnya yang sudah kembali neutral.

Dia sedar yang perkara tidak akan selesai jika api bertemu api.

"Kau tahu apa? Aku dah lama simpan perasaan pada Adrian! Masa kecil Adrian dah janji nak kahwin dengan aku." Ujar Anis membuatkan Inara rasa seperti hendak menghamburkan tawa.

Adakah perempuan dihadapan dia ini sudah hilang akal dan kewarasan?

"Aku tahu kau sayangkan, Adrian.. Tapi, cinta tak semestinya memiliki kan?" Pujuk Inara.

"Nenek tahu.. Tapi cinta tak semestinya memiliki kan?"

Suara Hajah Khadijah tempoh hari seakan terngiang-ngian dalam mindanya.

Tak..

Mereka salah. Kenapa mencintai kalau tidak boleh memiliki? Jadi, dia seharusnya memiliki cintanya jika dia telah mengambil keputusan untuk mencintai.

"Atau.. Kita boleh bermadu? Aku- Aku sanggup berkongsi Adrian dengan kau asalkan aku tak berpisah dengan dia. Aku merayu." Ujar Inara lembut. Bahu Anis dipegang olehnya. Mata bertembung dengan mata.

Agak perit untuk dia utarakan ayat tersebut. Hakikatnya, dia tak rela bermadu. Tak sanggup.

Anis tersenyum sinis dan sesekali mulutnya itu menghamburkan gelak membuatkan bulu roma Inara berdiri tegak. Pegangan di bahu Anis terus dilepaskan.

"Aku keluar dulu." Baru sahaja Inara mahu menuruni satu anak tangga, lengannya direnggut oleh Anis dengan kuat membuatkan dia berpaling semula ke arah perempuan tersebut.

"Semua ni sebab anak dalam kandungan kau kan?" Mata Anis turun memandang perut Inara.

"Macam.. mana kau tahu?" Soal Inara gugup. Pandangan mata Anis yang menikam wajahnya itu kelihatan amat menyeramkan.

"Macam mana aku tahu pun itu bukan urusan kau.. Jawab aku sekarang, semua ni sebab budak ni kan? Kau tak nak lepaskan Adrian sebab ada budak ni kan?" Cengkaman dikuatkan membuat Inara mendesis kesakitan.

"Apa kau ni Anis? Sakitlah!"

"Jawablah!"

"Kalau aku tak mengandung pun, aku takkan sesekali minta cerai pada Adrian. Never!" Bentak Inara apabila Anis masih menguatkan pegangan pada lengannya.

"Lepaslah! Anis tolonglah! Lepaskan aku..." Rayu Inara.

Dengan sedaya upaya dia cuba merungkaikan pegangan Anis pada lengannya itu.

"Kalau budak ni tak ada?" Tanya Anis membuatkan mata Inara terus naik memandang seraut wajah polos tetapi menakutkan itu.

"Ma- maksud kau?" Inara menggigil ketakutan. Jangan kata...

Dan serentak itu pegangan pada lengan Inara dilepaskan dan bahu wanita dihadapannya itu ditolak kuat.

Badan Inara yang sudah terbaring lemah di anak tangga terakhir itu dipandang dengan senyuman yang tersangat puas.

Dia puas lihat Inara yang sudah terkulai lemah di bawah sana. Senyuman kemenangan ditayangkan olehnya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now