Hajah Khadijah tidak membantah lantas dia menyambur huluran tangan cucu menantu yang tidak diiktiraf itu.

"Nara naik atas dulu."

Hajah Khadijah menganggukkan kepalanya. Aduhai...



INARA turun ke tingkat bawah ingin membasahkan tekaknya dengan segelas air kosong. Jam di dinding dikerling olehnya. Sudah masuk pukul 12 malam. Kepala dijengukkan sedikit ke arah dapur. Lampu dapur masih terbuka dan terang benderang.

Sama ada Anis atau Hajah Khadijah..

"Nak masuk ke tak?" Bibirnya digigit.

Beberapa minit dia berdiri tegak disitu berfikir sama ada mahu masuk atau tidak. Ah lantaklah!

Dengan lafaz basmallah dia masuk ke ruang dapur. Terkejut dibuatnya dengan kelibat Hajah Khadijah yang sedang bertinggung di Kitchen Island itu. Sudahlah berselubung dalam kain sembahyang. Huh! Kus semangat..

"Nenek tak boleh tidur ke?" Sengaja dia beramah mesra.

"Hmm.. Tak boleh." Seperti biasa, nada yang digunakan Hajah Khadijah masih dingin mambuatkan Inara melepaskan keluhan kecil.

Sebuah mug berwarna putih diambil dan dia mula mengisi air sejuk dengannya kemudian dia duduk disebelah Hajah Khadijah.

Air di dalam mug itu diteguk, "Kamu tak payah nak sorokkan lah daripada nenek."

Tersedak Inara dibuatnya.. Sorok apa?

"Maksud nenek?" Dia bangun dari duduknya dan kemudian langkah dibawa ke arah singki. Mug yang digunakan tadi dicuci dan diletakkan di atas kabinet.

"Nenek ni lagi banyak makan garam daripada kamu. Kalau letak nenek kat tengah-tengah laut, memang nenek boleh bezakan yang mana ikan paus dan yang mana jerung.."

Inara mencebikkan bibir.. Eleh! Budak tadika pun boleh beza..

"Sini!" Ajak Hajah Khadijah kepada Inara yang masih berdiri statik dihadapan singki.

Inara terus mengambil tempat disebelah Hajah Khadijah.

Makin terkejut dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja Hajah Khadijah menyentuh dan mengusap perutnya yang dilapisi baju tidur itu.

"Erm ada lah dalam 6 minggu macam tu." Hajah Khadijah sembunyikan senyum. Riak wajahnya dikawal ketat sebaik mungkin. Dia tidak mahu menunjukkan yang dia gembira..

"Apa yang 6 minggu ni, nenek?" Berkerut dahinya memandang orang tua dihadapan. Gilo ko?

"Kamu mengandung takkan tak tahu?"

"Hah? Betul ke?" Wajahnya menunjukkan bertapa terujanya dia sekarang.

"Takkan lah tak perasan Inara oi.. Dah berapa bulan tak datang haid?"

"Erk— Dua bulan kut.. Eh tapi tak pelik pun sebab kitaran haid Nara memang tak teratur." Dia seakan tidak percaya bahawa dalam perutnya itu telah wujud satu nyawa.

"Esok ajak Adrian pergi klinik untuk pemeriksaan."

"Baik. Nara naik atas dulu!" Tangan Hajah Khadijah dicium dan dia terus naik ke biliknya dengan teruja..

His Eternal Love Where stories live. Discover now