S.E.B.I.C.M.2️⃣

Start from the beginning
                                    

"Yelah yelah. Tapi kenapa dia tak bincang sendiri dengan papa dan mama? Perlu ke bincang dengan kamu?"

"Ehh abang ni! Yang nak kahwin tu anak kita, bukan abang. Mesti la nak kena bincang dengan Zaf. Takkan la nak bincang dengan abang pulak? Haishh dia ni"

"Iyelah Zahara ku sayang"kata Datuk Afzan dengan meleret.

"Zafran naik dulu ye ma, pa? Assalamualaikum syurgaku sekalian, selamat malam"Zafran menyalami tangan tangan mama papanya lalu berjalan ke bilik.

Semasa menaiki tangga dia terserempak dengan abangnya, Raja Amran Zamri. Zamri tersengih sengih memandang adik lelaki pertamanya.

"Kau ni asal long? Sengih sengih macam kera nak pisang ni, kenapa?"Zafran memandang abangnya atas bawah atas bawah.

Pap!!

Zamri menumbuk kuat bahu Zafran.

"Adik aku nak kahwin bhai. Tak sabar nak makan nasi minyak kau, padan la selama ni single je, rupanya hati dah berpunya" Zamri ketawa.

"Sakit la gila! Kau tumbuk bahu aku ni kenapa?! Kau ni kan kalau tak sibuk memang tak sah kan?!" Bahu yang terasa sakit digosok perlahan.

"Hah kahwin? Sape nak kahwin? Along nak kahwin lagi ke? Dengan sape?"soal satu suara dari belakang.

Serentak mereka berdua berpaling ke belakang. Muka Raja Amar Zamirul terpapar di mata mereka berdua.

"Ehh apa pulak along? Ni haa angah nak kahwin dengan crush dia"

"Betul ke angah? Cantik ke perempuan tu? Achik nak try boleh?"

"Kau nak mati ni. Dah lama hidup kan?"Zafran menumbuk tangan kanan ke tangan kiri.

"Hehe tak tak gurau je, ngah. Eee angah ni garang la, along. Macam hakak baju kuning"terus Zamirul menyorok di belakang Zamri. Zamri pula berpeluk tubuh sambil memandang ke arah Zafran.

"Dah la wehh, achik gurau je. Tak larinya crush kau tu"Zamri menolak perlahan bahu Zafran. Spontan Zafran dan Zamirul berhenti daripada mengelilingi Zamri.

"Haah la angah. Lain la kalau achik ni lagi hensem dari angah"Zamirul membuat hair flip. Ingin menyerlahkan kehensemannya.

"Kau ni kan!"

"MAMA!! TOLONG ACHIK!!"berdesup Zamirul berlari ke arah mamanya yang berada diruang tamu.

Manakala Zafran masih lagi teguh berdiri di tempat tadi.

"Tau takut" gumamnya perlahan lalu berpaling ke belakang. Muka Zamri yang tersenyum, membuatkan dahi Zafran berkerut.

"Dah kenapa?"

"Takde apa lah. Kau nak masuk bilikkan? Silakan, aku nak turun lepak dengan mama papa. Bye"

Zafran hanya memerhati pemergian Zamri ke ruang tamu lalu melangkah naik ke biliknya berada di tingkat 2.

Zafran hanya memerhati pemergian Zamri ke ruang tamu lalu melangkah naik ke biliknya berada di tingkat 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memboloskan diri ke dalam bilik, dia merebahkan diri ke atas katil. Kepalanya teringatkan Laura beberapa tahun lepas.

Flashback

"Perlu ke kau pergi Perth?"

"Asal? Kau tak nak aku pergi?"

"Takde la kalau kau pergi Perth, aku kat sini nak gaduh dengan sape?"

"Abang Zamri dengan Zamirul kan ada? Kau gaduh la dengan dorang"

"Gaduh dengan dorang lain. Gaduh dengan kau lain"jawab Zafran perlahan. Laura tersenyum, tangannya naik ke atas bahu Zafran.

"Aku pergi kejap jelah. Nanti aku datang la sini balik, okay?"

"Janji?"Zafran mengangkat jari keliking.

"Janji"lalu jari itu bercantum dengan jari keliking milik Laura.

End flashback

"Laura, kau tak kenal aku ke?"mindanya teringat peristiwa dia terlanggar Laura dipejabat Tengku Hamdan. Hampir hampir saja dia tidak mengenali wajah gadis pujaannya. Banyak yang berubah pada penampilan gadis itu.

Matanya merenung siling putih sehingga terlelap. Ada dengkuran halus yang keluar dari bibirnya. Penat mungkin.

---------

Jangan lupa vote n comment 😉✌🏻

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now