"El pandu je kereta, jangan berhenti, dan kalau boleh elakkan lalu tempat sunyi. Sekejap lagi anggota ayah sampai," pesan Superintenden Aminuddin.
Namun Elrah sedar, sebelum sampai ke rumah, dia perlu melalui jalan yang agak gelap dan sunyi. Tambahan pula, tangki minyak keretanya perlu diisi.
"Tak boleh, Ayah... El kena isi minyak dekat petrol pump," jawab Elrah, cuba menahan panik.
"Pastikan stesen minyak tu ada orang, dan tunggu di situ sampai ayah dan anggota sampai," jelas pesanan dari Superintenden Aminuddin dan dari tadi rancangan itu sudah berada dalam kepala Elrah.
Tak sanggup Elrah nak meneruskan perjalanan dengan melalui jalan yang sunyi itu bersendirian, dia memberi isyarat untuk membelok masuk ke stesen minyak terdekat. Melalui cermin sisi, dia memerhatikan kereta yang mengekorinya tadi terus berlalu, tidak ikut memasuki stesen minyak.
"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, Kau lindungi aku dari perkara buruk." Hati Elrah terasa lega melihat beberapa orang lain di stesen minyak itu. Dia cepat-cepat keluar untuk mengisi minyak, lalu kembali ke dalam kereta sambil menunggu ketibaan ayahnya.
Elrah mengambil sekotak susu dan sebungkus roti berperisa coklat dari dashboard, cuba menenangkan dirinya sambil mengunyah perlahan-lahan roti tersebut. Tapi ketenangannya hilang tiba-tiba apabila seseorang mengetuk tingkap keretanya dari luar. Jantungnya hampir luruh.
"Elrah!" Dia menoleh dan melihat wajah ayahnya di luar tingkap. Elrah segera keluar dari kereta dan memeluk erat ayahnya, air mata lega menitis di pipi.
"El okey tak?" selepas meleraikan pelukan, Superintenden Aminuddin menatap wajah anak tunggalnya dengan penuh kebimbangan.
Tak tentu arah dirinya apabila mendengar suara anaknya mengigil meminta pertolongan di talian, jangan cakap dia, isterinya juga hampir turut serta untuk mengambil Elrah. Tetapi Superintenden Aminuddin membantah kerana sudah lewat malam.
"El okey, ayah," jawab Elrah sambil tersenyum, tenang setelah melihat wajah ayahnya.
"Lega hati ayah tengok El tak apa-apa. Ayah panggil pegawai bertugas untuk ambil keterangan El, ya? El nampak tak nombor plat kereta yang ikut El tadi?" Superintenden Aminuddin bertanya sambil memerhati wajah anaknya dengan serius.
Elrah mengangguk. Sebagai anak Superintenden Aminuddin, mustahil dia membiarkan kereta itu lepas begitu sahaja tanpa mencatat apa-apa maklumat penting.
"Lepas ni mama nak keluarkan peraturan baru," Puan Farida bersuara, sambil menatap anaknya. Elrah, yang sedang menyuap nasi goreng, segera menoleh.
"Peraturan apa, ma?" soalnya sambil mengerutkan dahi.
"Lepas ni, kalau ada urusan luar bandar atau kerja lewat malam, El mesti pergi dengan Meen," Puan Farida mengeluarkan arahan.
Elrah terus menepuk dahinya. Dia sudah dapat mengagak, mesti kerana insiden semalam yang telah membuatkan mamanya risau.
"Ma, Meen ada tanggungjawab sendiri. Dia dah berkeluarga, ada suami dan anak. Takkan kita nak paksa dia kerja lebih masa," Elrah mempertahankan hak pekerjanya, dia bukan jenis majikan yang tak bertimbang rasa.
"Kalau Meen tak boleh, pergi dengan Neeta," balas Puan Farida tanpa kompromi.
Elrah menggeleng laju. "No, ma. Neeta kena ada di butik kalau El keluar. Kalau tak, siapa yang nak layan pelanggan?" mendengar alasan itu, Puan Farida merengus geram.
"Tengok anak dara abang ni," Puan Farida merungut kepada suaminya. "Apa yang saya cakap semua dia bantah. Kita ni risaukan keselamatan dia," suaranya penuh keluhan, dan wajahnya mencerminkan kerisauan.
Superintenden Aminuddin yang mendengar perbualan mereka, menoleh ke arah Elrah. Dalam pandangan matanya, Elrah seolah-olah memberi isyarat. 'Please, ayah, let me go.'
Akhirnya, Superintenden Aminuddin tersenyum kecil dan berkata lembut, "InshaAllah, El takkan apa-apa. Kita kena percaya dengan El, lagipun dia dah besar dan tahu jaga diri."
Elrah tersenyum lega, tapi wajah Puan Farida jelas berubah. Mukanya sedikit monyok, tanda tidak puas hati, namun dia terpaksa akur.
"Okey, mama lepaskan El kali ni," kata Puan Farida, lalu bangun dari meja makan dengan hati yang sarat kerisauan. Dia membawa pinggannya ke sinki.
"Thanks, ayah," ucap Elrah.
"Only this time, El. Make sure you take care of yourself," pesan Superintenden Aminuddin.
"I will, don't worry, ayah," jawabnya penuh keyakinan.
YOU ARE READING
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Action📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
• A S L A N • 1️⃣
Start from the beginning
