Quarer's Boutique memang terkenal dengan ketelitian, setiap pakaian melalui saringan ketat dari segi pemilihan kain hingga kekemasan jahitan. Penjahit-penjahit di sini menjalani kursus khas, bukan sebarangan orang boleh masuk bekerja dalam butik ini kalau tiada minat dan kemahiran.
"Okey, meeting dismissed," Elrah menamatkan mesyuarar hari ini. Para pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat, mula beransur keluar sehingga tinggal Elrah sahaja yang berada di situ.
Elrah mencapai telefon yang terletak di atas meja, dia mahu membuat panggilan penting.
"Kenapa lah kau ni, nak beli hadiah untuk mama sendiri pun nak ajak aku?" keluh Natasha sambil mengerling ke arah Elrah. Nasib baik dia tak sibuk di kedai hari ini, kalau tidak, memang dia tak layan permintaan Elrah.
"Aku buntu nak beli apa. Sebelum-sebelum ni asyik bagi benda biasa, macam handbag, purse, baju. Kau takkan tak ada idea?" Elrah menggaru kepala, wajahnya jelas kebingungan.
Natasha tiba-tiba bersuara lantang, "Ha! Aku tahu!" Hampir melompat Elrah mendengar suaranya yang kuat, dan dia menoleh sekeliling, bimbang kalau-kalau ada orang memandang.
"Apa dia, apa dia?" Elrah teruja, tak sia-sia dia ajak Natasha menemaninya ke sini.
"Senang je, kau bagi mama menantu. Lagipun, dia kan dah bising bila kau nak kahwin. Dari hari tu kau mengadu dekat aku," Natasha ketawa geli hati, tetapi ketawanya berhenti tiba-tiba apabila Elrah meluku kepalanya.
"Sakitlah! Kepala ni abah aku bayar zakat, tahu tak?" Natasha menggosok kepalanya sambil merenung Elrah tajam.
Boleh tahan juga skill Elrah.
"Kalau kau sebut lagi pasal calon menantu, silap hari bulan, kasut tumit tinggi aku ni pula yang bakal kena sumbat dalam mulut kau," gerutu Elrah, pudar semangat nak membeli belah apabila Natasha bangkitkan soal calon suami.
"Okey, okey, sorry lah, babe! Aku main-main je," Natasha tersengih. "Sebagai tanda minta maaf, jom aku bawa kau pergi satu butik ni. Kita cari hadiah mama."
Elrah mendengus kecil tapi akhirnya mengikuti langkah Natasha yang sudah mula berjalan ke arah sebuah butik.
Sebaik tamat majlis hari lahir Puan Farida, telefon Elrah berdering. Dia menjawab panggilan dari salah satu cawangan butik di Subang yang melaporkan masalah dengan pembekal kain. Meskipun keletihan, Elrah tiada pilihan, dia terus memandu ke sana untuk menyelesaikannya.
Menjelang malam, barulah masalah itu diselesaikan, dan langit sudah dihiasi bulan. Beberapa pekerja di butik menasihatinya untuk bermalam di Subang sahaja, malah menawarkan hotel berdekatan, tetapi Elrah degil. Dia tetap mahu pulang malam itu juga.
Jarum jam menunjukkan hampir pukul 11 malam ketika dia memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Lebih sejam memandu, tiba-tiba dia mula rasa tidak sedap hati. Dari cermin sisi, dia perasan sebuah kereta mengekorinya rapat. Dia memperlahankan kenderaan, berharap kereta itu akan memotong, namun kereta itu tetap berada di belakangnya. Jantungnya berdetak kencang.
Tindakan pantas di lakukan dengan menelefon satu-satunya pelindung setianya.
"Helo, ayah," suaranya bergetar.
"Helo, El. Kenapa tak balik lagi ni? El dekat mana?" suara ayahnya, Superintenden Aminuddin, jelas penuh kebimbangan.
"Ayah, tolong El... El rasa ada orang ikut kereta El," hampir menitis air matanya kerana terlalu takut.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Action📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
• A S L A N • 1️⃣
Mula dari awal
