Adrian menutup fail yang diteliti olehnya dan kini fokusnya kembali kepada Anis yang terkulat menundukkan kepala.

"Apa jaminan yang I dapat kalau terima you kerja dekat sini? As you know, Quoré Holdings is by far the greatest companies that has ever existed and we don't take any new employees here."

"Saya teringin nak bekerja di sini." Ringkas jawapan yang diberi oleh Anis membuatkan kening Adrian naik bercantum lalu bibir dicebik.

"Okay." Bersinar mata Anis lalu dia terus mengangkat muka memandang seraut wajah kacak dihadapannya itu.

"Esok you dah boleh mula kerja." Mata Anis membulat teruja.

"Saya diterima ke? Terima kasih banyak-banyak abang Ad."  Gembira rasanya apabila dia diterima kerja semudah itu sahaja. Tidak sabar pula rasanya ingin mula bekerja di syarikat ini.

"Boss. This is my office. Be proffesional and don't mix your personal matters here. And—"

"Jangan berterima kasih dekat I. I hanya terima you disebabkan nenek sahaja." Wajah Anis yang teruja tadi terus berubah mengendur.

"Baik abang— maaf.. Maksud saya, baik bos."
Adrian menganggukkan kepalanya.

"Ah! one more thing—" Anis yang baru sahaja ingin bangun dari kerusi itu terus membantutkan niatnya.

"Jangan beritahu Inara yang you diterima kerja dekat sini. Dia tak perlu tahu. I tak nak dia fikir bukan-bukan." Ujar Adrian seakan-akan memberikan amaran.

Ya, dia tak mahu Inara tahu dan menimbulkan apa-apa salah faham. Dia tidak mahu bergaduh dengan Inara hanya disebabkan perkara-perkara kecil sebegini.

Anis mengangguk. Inara... Kenapa Abang Adrian tak pernah nampak Anis?

"Erm sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Bos tak nak pergi makan ke?" Takut-takut pula Anis ingin bertanya kepada Adrian.

"Tak apa. I ada banyak lagi kerja." Mendatar suara lelaki dihadapannya itu.

"Boleh tak awak teman saya makan? Saya tak tahu sangat selok-belok bandar ni.." Ujar Anis sambil matanya tidak berani diangkat membalas tatapan Adrian.

Adrian berdecit. Dia baru sahaja ingin makan tengah hari bersama Inara hari ini. Otak mula berfikir mahu temankan atau tidak.

"Sure." Entah apa yang merasuk fikiran Adrian, pelawaan wanita dihadapannya itu terus dipersetujui. Mata Anis yang dari tadi menunduk terus diangkat memandang majikannya.

Sampai sahaja di sebuah kafe, Adrian mula keluar dari perut kereta diikuti Anis disebelahnya.

"You order dulu. I nak pergi tandas." Ujar Adrian kepada Anis yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi kafe tersebut. Anis mengangguk.

Hilang sahaja kelibat Adrian, Anis mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi media sosial discroll. Entah apa yang merasuknya, akaun Inara dicari. Setiap gambar Inara diperhatikan.

Inara sangat cantik.

Bukan.

Inara terlalu cantik jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Memang patut Abang Adrian pilih Inara..

Sedang elok dia mengelamun, tiba-tiba deringan telefon menghentikan lamunannya. Mata dialihkan ke arah telefon disebelah. Telefon siapa?

Lihat sahaja wallpaper di telefon itu cukup membuktikan bahawa itu telefon Adrian. Background wallpaper telefon juga diletakkan gambar isteri..

Mata dikerling ke arah si nama pemanggil.

Love.

Pasti Inara..

His Eternal Love Where stories live. Discover now