"Best! Athy suka sangat! Semua comel comel" Jawab Athanasia penuh semangat.

Khayra hanya tersenyum manis.

"Sayang naik bilik dulu tau bang" kata Khayra lembut sebelum kaki mula mengambil langkah.

"Naiklah dulu..."

"Daddy, daddy. Daddy nak tahu tak tadi Athy jumpa manusia yang macam daddy kata haritu..."

"Jadi Athy bunuh dia tak? Ke Athy buat apa yang daddy pesan?"

"Athy buat! Hehehee"

Khayra yang baru sahaja hendak masuk kedalam lift tersentak mendengar perbualan dua beranak tu. Kakinya terkaku buat beberapa saat. Perlahan lahan kepalanya digeleng. Hancur family aku....

        "Emi masuk bilik dulu " kata Emiel kepada Alicia dan Rachel sebelum dia menghilang dibalik pintu biliknya.

Dua kembar itu berpandangan sesama sendiri.

"Jom kita jumpa papa dengan mama kejap" ajak Rachel mendatar.

Alicia hanya mengangguk.

Mereka terus melangkah kearah bilik tidur Bella dan juga Luiz.

Tok! Tok!

Tombol pintu ditekan sebelum ditolak kedalam.

"Ermm? Mama dengan papa busy ke?" Tanya Alicia kearah kedua ibubapa angkatnya itu.

Luiz sedang baring atas katil. Manakala Bella pula sedang menghempap badan suaminya itu dengan pistol yang tepat diacu ke kepala.

Eh ni dah kenapa pulak ni?

"Rasanya nak buat anak tak pakai pistol" selamba Rachel komen di muka pintu.

"Hehe mama korang gurau gurau je ni" kata Luiz sambil mulut yang sudah tersengih lebar. Hujung muncung pistol Bella dipegang sebelum ditarik ke arah dadanya.

"Shut up Luiz!" Marah Bella.

Pantas Luiz menarik kepala Bella rapat ke wajahnya sebelum bibir Bella dicium rakus.

Seminit. Sebelum bibir itu dilepas kasar.

"Woah, free..." kata Rachel.

"Don't talk shit in front of them" tegur Luiz mendatar namun cukup tgeas.

Luiz bangun daripada berbaring. Tangannya elok melingkar di pinggang Bella sebelum wajah anak angkat mereka dipandang semula.

"Ada apa korang nak jumpa papa?" Kata Luiz kembali.

"Mama okay?" Tanya Alicia prihatin. Wajah Bella dipandang.

"Okay je mama awak ni, biasalah dia. Badmood ..." jawab Luiz bagi pihak Bella.

"Badmood dia boleh tahan seram...." celah Rachel pula.

"Hahahahaha" Luiz ikut gelak sama.

Bella mendengus geram sebelum kepala Luiz ditolak ketepi. Dia kemudian duduk dibirai katil mereka.

"Kenapa? Korang ada nak bincang apa apa ke dengan papa dengan mama? Come here, sit" kata Bella lembut. Tangannya menghulur kearah Rachel dan Alicia.

Kembar itu terus mendekati Bella sebelum mengambil tempat dikiri dan kanannya.

"Rachel dengan Akak Alic ada benda nak minta tolong dekat mama dengan papa" Rachel memulakan bicara.

"Tolong apa tu?" Sampuk Luiz di sebelah Rachel.

"Mama dengan papa ada pergi Malaysia tak? Minggu ni ke? Atau minggu depan?" Tanya Alicia.

"Can i ask why?" Soal Bella kembali. Kepala Rachel dan Alicia diusap manja.

"Alic nak mama dengan papa checkkan something untuk kitaorang"

"Something tu apa?" Tanya Luiz.

"Data peribadi seseorang"

Luiz dan Bella serentak memandang antara satu sama lain.

           Rayyan yang baru sahaja melangkah keluar dari lift itu terus menuju kearah bilik tidurnya.

Lintas sahaja satu bilik, tiba tiba kakinya terberhenti.

Papan tanda bilik seseorang dibaca.

'Sweet but psycho'

Tak jadi Rayyan melangkah kearah biliknya. Pintu bilik Avery dibuka.

Tak banyak yang berubah dalam bilik itu. Masih kekal sama seperti 7 tahun yang lalu, sewaktu kali terakhir bilik itu digunakan.

Rayyan melangkah masuk dengan kedua tangan yang dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Bahagia? Huh. Satu perkataan yang takkan kekal lama dalam keluarga ni. Musuh dah datang balik" kata Rayyan sebelum dia berpatah semula kearah pintu.

"Sampai masa.... kita semua akan berkumpul semula" pintu bilik ditutup.

Kakinya melangkah kembali kearah bilik tidurnya.

Bam!

"Sayang I'm back!" Jerit Rayyan riang.

Lucia dan Emiel yang sedang duduk di hujung katil serentak menoleh kearah Rayyan.

"Hah kau hasut apa lagi dekat bini aku tu" Rayyan melangkah semakin dekat.

"Sayang! Bini awak ni mummy Emiel tahu tak!" Tegur Lucia.

"Dia yang tak mengaku aku bapak dia" jawab Rayyan mendatar.

"Daddy pun sama mummy, dekat sekolah tadi dia tak mengaku yang Emi ni anak dia"

Membulat mata Lucia. Dah kenapa dua beranak ni? Aku yang penat penat melahirkan. Habis tu yang aku duduk terkangkang depan doktor sejam tu apa!

Rayyan hanya mengabaikan sahaja. Tangan laju membuka kot bajunya sebelum baju itu di campak kedalam bakul.

"Mummy Emi nak tanya something" kata Emiel tiba tiba.

"Tanya apa tu?" Soal Lucia kembali.

"Pasal company Auntie Avery"

Automatik lidah Lucia terkelu. Riak wajahnya berubah. Rayyan yang sedang membuka butang baju kemeja juga turut menunjukkan reaksi yang sama. Laju kepala menoleh kearah Emiel.

"Kenapa dengan company dia?" Tanya Rayyan mendatar.

"Auntie Bella dengan uncle Luiz yang ambik alih kan?" Tanya Emiel kembali.

Serentak Rayyan dan Lucia menghela nafas lega.

Ingatkan nak tanya apa tadi.

Buat suspens je lah anak pungut ni.

"Aah" jawab Rayyan laju.

"Kenapa Emi tanya?" Sambung Lucia pula. Kepala anak lelakinya itu diusap perlahan.

"Hehehe takda. Saje tanya. Curious. Okaylah mummy Emiel masuk bilik dulu" Emiel bangun sebelum dia terus melangkah kearah pintu bilik.

Rayyan dan Lucia pula hanya menghantar melalui ekor mata.

Pintu bilik ditutup rapat.

"Dia tak tahu kan?

"Anak kau, mana aku tahu" jawab Rayyan selamba.

"Eh anak i tu anak you jugak tau!" Kata Lucia sedikit kuat.

"Yeke? Bukan ke kita pungut dia tepi longkang"

Pak!

Belakang badan Rayyan ditepuk kuat.

"Mulut tu jangan nak macam sampah sangat" nada suara Lucia bertukar kendur.

"Ala bucu bucu meja. Aku gurau jelah sayang" pujuk Rayyan yang kedengaran sangat ikhlas.

Emiel yang sedang bersandar pada pintu bilik itu tersengih sinis. Aku dah agak dah.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें