"Baby made in Paris.."  Sambung Adrian rapat di telinga Inara. Lengan kekar milik suaminya itu ditepuk geram.

Ha ye tahu made in Paris takkan made in Italy pula.




ZAYN yang sedang menunggu dihadapan kereta hitam berkilat itu disapa oleh Inara dengan teruja. Zayn memberikan satu senyuman manis buat Inara dan Adrian yang baru sahaja keluar dari pintu besar lapangan terbang tersebut.

"Welcome home."

"Poyo lah, Zayn. Kita orang pergi 5 hari je pun." Kata Inara membuatkan Zayn ketawa kecil.

"Shall we?" Pintu bahagian penumpang dibuka untuk Inara sambil badan dibongkokkan sedikit.

Inara mencebik tidak suka. Dia memang tidak suka bila Zayn layan dia tak ubah seperti seorang pekerja melayan majikan. Tanpa banyak soal, terus dia memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta tersebut.

"Home sweet home.." Lebar senyuman Inara apabila dia dan Adrian sudah selamat sampai di perkarangan rumah mereka. Adrian mengusap lembut rambut Inara.

Bagasi yang dibawa oleh mereka ke Paris itu ditolak masuk ke dalam rumah. "Rindunya rumah.."

"Tinggal beberapa hari je pun dah rindu." Kata Adrian dibalas cebikkan oleh Inara. Dia suka melihat cebikkan yang sentiasa dibuat oleh isterinya. Comel! Cium kang!

Usai membersihkan diri, Adrian melangkah ke arah almari pakaiannya dan sebuah baju t-shirt nipis dikenakan olehnya.

"Sayang, macam mana kalau I tak ada nanti?" Tanya Inara membuatkan Adrian yang sedang mengelap rambut basahnya itu menghentikan perbuatannya. Berkerut dahinya memandang Inara yang sedang mengemas pakaian mereka yang berada di dalam luggage.

"Kenapa tanya macam tu?" Dia duduk disebelah Inara yang sedang bersimpuh di atas katil.

"Saja.. I tertanya-tanya siapa yang akan pergi dulu." Jawab Inara selamba. Wajah tidak puas hati Adrian itu dikerling. Nampak dengan jelas bahawa lelaki itu tidak suka dengan soalan yang ditanya olehnya itu..

"Kita baru kahwin belum masuk tiga bulan tau? You dah cakap pasal ni.." Tegas suara itu menuturkan kata tanda dia tidak suka.

"Alah I tanya je.. Tapi, kalau boleh biarlah I yang pergi dulu. I tak sanggup nak rasa kehilangan you.." Tangan yang tadi sibuk mengeluarkan semua pakaian yang berada di dalam luggage berhenti lalu matanya mula membalas renungan mata dingin milik Adrian.

"Lepastu, you nak pergi dan tinggalkan I hidup sorang-sorang tanpa you? You pentingkan diri." Mata Adrian dialihkan dari membalas renungan mata Inara yang sedang tersenyum tipis.

"Jangan cakap pasal ni.. I tak suka." Adrian bangun dari duduknya dan tuala yang digunakan olehnya tadi disangkut di penyidai.

Inara bangun dan tubuh Adrian yang membelakanginya itu dipeluk erat. "Promise tak cakap macam tu dah.."

Adrian mengangguk. Demi tuhan, dia tidak suka apabila Inara membangkitkan perihal tersebut.



         

INARA bernyanyi kecil sambil menyusun mengemas pakaian-pakaian yang tergantung di dalam almari besar butik tersebut. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di butik milik keluarganya itu. Terima kasih kepada suami dia yang kacak itu sebab berjaya memujuk daddy.

His Eternal Love Where stories live. Discover now