"I love me too." Usik Inara sambil tersenyum nakal memandang si suami.

"Oh, really?" Adrian mengangkat kening membalas usikkan Inara. Inara tersenyum geli hati namun itu hanya sementara sebelum dia sempat melihat renungan anak mata Adrian.

Kepala ditoleh ke arah belakang lalu dia mendengus geram. Terus tubuh dipalingkan dan dia berpeluk tubuh dengan muka cemberut.

Pemandangan tu dah tak mampu nak sejukkan hati dia yang membengkak sekarang!

Adrian tergelak besar melihat wajah mencuka Inara.

"I gurau je lah, love.. No one can distract me just like how you did." Pujuk Adrian. Inara berdecit geram.

"Tak apa lah. Kalau you nak tenung dia tu sampai pagi esok pun I okay je!" Mata masih tidak memandang wajah Adrian. Geram!

Adrian memegang dagu milik Inara, "I love you."

"Fine! Love you too.." Mata digulingkan menyampah. Sumpah dia tak nak cakap 'I love me too' dah! Dia tak suka Adrian tengok perempuan lain.

"That's my girl." Adrian tergelak. Inara menarik nafas lalu senyuman lebar kembali dikoyak dibibir.

"Sayang, ambil gambar pemandangan tu cepat.." Adrian mengangguk lalu telefon dikeluarkan.

Klik!

"Mana nak tengok?" Terus telefon Adrian diambil lembut olehnya. Inara mencebikkan bibir lalu rungutan mula keluar dari bibirnya.

"Apa you ni?!" Bibir dicebik.

"Apa? You cakap ambil gambar pemandangan, kan?" Adrian membela dirinya. Apalah salah aku asyik kena marah sahaja..

"Ye lah tapi you ambil gambar I kenapa?"

"You're my scenery, a beautiful creature.." Jawab Adrian romantik. Inara menolak dada bidang Adrian yang mendekat dengannya.

"Dia ni main-main tau!" Senyumannya tidak mampu disorokkan lagi. Adrian memang pandai bermain kata dengannya. Ada-ada sahaja pickupline lelaki itu.

Sudahlah jantung Inara sudah hampir terkeluar, boleh pula dia tersenyum menggoda macam tu. Cium kang!




TERMASUK hari ini, telah tiga hari mereka berada di bumi Perancis ini. Inara tersenyum manis melihat wajah Adrian yang masih diulit mimpi itu. Jari runcingnya dimainkan ke setiap inci wajah kacak tersebut.

"Morning, sayang.." Inara menyapa lelaki kacak yang baru sahaja membuka mata. Mungkin Adrian terjaga kerana dia asyik bermain di mukanya.

"Morning, baby girl.." Suara husky milik Adrian kedengaran. Inara rasa seperti ingin menggelupur sahaja sekarang. His voice.

"Wake up, baby daddy.. Hari ni you cakap nak bawa I pergi Montmartre." Inara mencium sekilas pipi Adrian yang masih mamai tersebut.

Montmartre. Sebuah tempat yang sesuai untuk menikmati pemandangan. Kata Adrian, dia selalu singgah di Montmartre untuk melepaskan stress dan segala tekanan. Satu persamaan dia dan Adrian ialah mereka berdua suka melihat pemandangan. Sangat menenangkan dan menyenangkan hati.

His Eternal Love Where stories live. Discover now