"Abang Fatah pergi pasar beli ikan." Adrian menganggukkan kepala dan kembali fokus dalam pemanduannya.

"Sayang, boleh tak kita singgah kedai bunga sekejap?" Setelah lama berdiam akhirnya Inara bersuara.

Sebelah tangan Adrian dicapai dan digenggam kemas. Adrian tersenyum lebar suka apabila Inara menggenggam tangannya.

"I nak beli bunga untuk mummy.."

Adrian menganggukkan kepala lalu jari-jemari runcing Inara dikucup banyak kali.

"Sayang.."

"Hmm?" Jawab Adrian sambil tangannya fokus memegang stereng manakala sebelah lagi menggenggam jemari Inara.

"Kedai bunga dah terlepas." Kata Inara diakhiri dengan ketawa besar. Adrian membulatkan mata lalu cermin disisinya dikerling dengan ekor mata. Ini semua salah Inara! Kan dia sudah terleka.

"Sayang punya pasal lah ni.." Pusingan U dibuat oleh Adrian lalu kereta dihentikan betul-betul dihadapan kedai bunga tersebut.

"Tunggu kat sini, tau?" Adrian mengangguk lalu dia menghantar pemergian Inara dengan ekor mata. Dadanya dipegang.. Fuh! Damagenya gak ada obat!

Muka beku, tapi dalam hati ada taman dan dalam taman tu pula ada Inara..

Beberapa minit kemudian, Inara muncul dengan sejambak bunga mawar yang berwarna merah. Semerbak bau yang memenuhi ruang kereta.

"Cantik tak?" Tanya Inara kepada Adrian yang sedang tersenyum memandangnya.

"Cantik.." Mata Adrian masih melekap di wajahnya. Inara mencebikkan bibir.

"Tengok bunga yang mana satu? Ni ke.." Telunjuknya dituju ke arah sejambak bunga mawar ditangannya.

"'Ni?" Jari telunjuknya dituju ke wajahnya.

"Isn't it obvious? You're my flower.."

"Eee romeo sangat!"




MASUK sahaja ke dalam wad yang menempatkan Puan Sri Frida, terus Inara mencium tangan kedua orang tuanya. Mata dikerling ke arah sofa. Haih! Mana-mana pun Firdaus ada..

Boleh pula dia tidur terbongkang atas sofa hospital tu?

Sejambak bunga mawar yang berada di pegangan Adrian kini sudah bertukar tangan.

"Nara bawak flowers untuk mummy.." Kata Inara teruja sambil menghulurkan bunga tersebut kepada mummynya. Dia tahu Puan Sri Frida amat menyukai bunga. Buktinya, halaman rumah mereka dipenuhi dengan bermacam-macam jenis bunga.

"Aww red roses. Thanks, honey.." Teruja pula bila dapat bunga, terus dia menghidu bau bunga mawar tersebut.

"Macam mana boleh jatuh ni, mummy?" Adrian bertanya risau.

"Tak ada apa pun. Mummy pening sikit je tak cukup rehat.."

"Itulah orang dah kata. Kalau rasa pening, berehat.. Ini tak, dah tahu pening masih nak bergerak lepastu kaki mula lah tersadung semua benda.." Bebel Tan Sri Irshad kepada isterinya. Bila bini dia dah sakit, sekarang dia pula yang ambil alih tugas membebel.

"Mana saya tahu saya nak jatuh masa tu. Kalau saya tahu, dah lama saya berehat.." Jawab Puan Sri Frida.

"Takkan nak tunggu jatuh baru nak berehat. Kita ni bukannya muda lagi pun, berjalan tu hati-hati sikit tengok depan.." Sambung Tan Sri Irshad masih tidak puas hati dengan karenah bininya.

Terkebil-kebil pula Inara dan Adrian apabila berada di tengah-tengah pergaduhan itu.

"Abang memang macamtu! Kalau zaman muda dulu waktu saya tersepak batu, abang salahkan batu. Dah tua sekarang ni dah berubah, asyik salahkan saya je." Bibir dicebik merajuk dengan perangai suami yang asyik mahu salahkan dia.

Mana dia tahu dia nak jatuh masa tu!

"HAHAHAHAHA!" Terbahak-bahak Firdaus gelak apabila dengar rungutan ibu kepada kawan baiknya itu. Dia yang mamai terus segar matanya apabila mendengar rungutan Puan Sri Frida.

Mengada betul orang tua ni!

"Ish, kamu tu bila nak balik? Menyampah lah aunty tengok muka kamu. Dekat butik pun hadap muka sama je.." Firdaus menjeling Puan Sri Frida. Dia menggeliat membetulkan segala urat badan.

"Haa nak balik lah ni!" Kata Firdaus sebal. Main halau-halau pula orang tua ni!

Tan Sri Irshad menggelengkan kepala melihat perangai isterinya dan Firdaus. Ada-ada sahaja lah yang nak digaduhkan oleh dua orang tersebut.

"Jaga diri elok-elok, aunty.." Tangan Puan Sri Frida dicapai lalu dikucup. Kemudian, tangan Tan Sri Irshad pula dikucup.

Bahu Adrian ditepuk oleh Firdaus dibalas dengan senyuman oleh Adrian.

"Adrian, bila nak bagi mummy cucu?" Tanya Puan Sri Frida tiba-tiba.

"Mummy ni kenapa?" Inara terus menekup muka malu. Adrian dan Tan Sri Irshad menghamburkan gelak.

"Abang Irham tu tak nak tanya pula? Suami Nara pula yang mummy tanya.." Rungut Inara. Rasanya, dia tak pernah dengar lagi mummynya bertanya perihal cucu kepada Irham..

"Eh kamu apa tahu? Sarra dah mengandung tau?" Terbuntang mata Inara apabila dikejutkan dengan berita gembira itu.

"Jadi sekarang giliran Adrian dengan Inara lah pula.."

"InshaAllah, mummy. Kami usahakan.." Makin merah muka Inara bila dengar jawapan tersebut daripada mulut Adrian.

Double meaning betul! Matanya naik menjeling Adrian tajam membuatkan lelaki itu menghamburkan tawa.

His Eternal Love Where stories live. Discover now