Alah, setakat tadah telinga sambil sambil perati displin budak apalah sangat. Bak kata orang, jadi pengawas kena relaks. Tunjuk baju, diam diam report. The next Pak Guard sekolah.

Mungkin tak banyak pun usaha tu, tapi dia percaya dengan kuasa takdir yang sentiasa memandang kesungguhannya. how to prove it?

Sigh...

"Now she's mine" tanpa sedar senyuman terlorek dibibir. Mata bergerak menilik gambar pernikahannya yang diletakkan kemas didalam bingkai dihujung meja.

"Fuh, sedih cerita kau ni Fan" tangan panjang itu naik menepuk kuat bahunya. Senyuman manis tadi bertukar mendung. Sedih? Betul. Terpalit kepiluan mengenangkan Ayra yang hilang kesemua ingatannya tentang kenangan diantara mereka. Majlis yang dirancang atas dasar cinta, bertukar rela. Apa asbab sebenar yang membuatkan Ayra menerima lamarannya masih menghadirkan persoalan. Bukan tak bersyukur, tapi dua minggu 'perkenalan' mereka memang agak tidak logik sekiranya gadis sematang Ayra dapat menerima sesuatu lamaran dengan begitu sahaja.

Lamaran lelaki yang 'baru' dikenali dalam jangka masa yang singkat. Women is hard. Kata kata itu dikaburi dengan sifat misteri seorang Ayra Hijanna.

"Apa yang sedihnya?" Mungkin sedih yang dimaksudkan Theo adalah sedih yang lain dari sudutnya?

"Setahun crush, dua tahun couple. Empat tahun terpisah!" Alahai, muka handsome tapi dalam hati ada taman. Benar lelaki boleh nangis, tapi macho lah sikit nangisnya. Bukan meraung!

"Kau nangis ke?" Farhan terkedu sekejap tatkala Theo menyembamkan wajahnya dilengan sendiri.

"Mana ada nangis. Sebak je" sebak? Pardon, punyalah kuat bunyi meraung dan bunyi sedut hingus tadi!

"Hesy, patutnya aku yang nangis. Aku yang kena adapt semua ni. Overlah kau" fail yang beradi ditangan diangkat lalu memukul bahu Theo Arfan yang dibaluti kemeja putih itu. Habis meeting, blazer hilang entah kemana.

"Aku menjiwai kisah hidup kau. Eloklah aku nangis dari gelakkan?" Hujung mata ditonyoh tonyoh dengan hujung hari telunjuk. Farhan merenung tajam sebelum menggeleng kepala.

Apa apa ajelah.

"Kenapa tak kasi tau the truth je-"

"Lepastu dia serang aku dengan soalan soalan kbat pasal accident sabotaj tu? No no, it's hurt seeing her with that 'clueless and hopeless' face"

"Kau kan raja dalam membina rangka cerita dan plot twist, kenapa tak adjust adjust je?" Theo masih tidak berganjak dari kerusinya. Selesa pula!

"Well, aku taubat. Aku dah tak menipu. Kot. Depends..." Farhan membalas, cuba mengajuk Theo dalam diam.

Tuk tuk tuk!

"Nugu?" (Siapa)

"Entah"

Klak!

"Ye Raisya?" Farhan bersuara menyapa pembantu peribadinya yang menjengah kepala dimuka pintu.

"Ada tetamu kehormat" gadis itu tersengih dimuka pintu. Berkerut dahinya mendengarkan itu.

"Assalamualaikum" satu suara garau menyapa atmosfera tiga manusia itu. Kerutan didahi hilang, lalu diganti dengan senyuman keterujaan dibibir.

"Pak Ngah!"

"Dato, waalaikumsalam" kekok Theo jadinya, sepanjang berkawan kali pertama bertemu dengan ahli keluarga Farhan selain ibu bapa lelaki itu. Yang pasti, kesemua ahli keluarga lelaki itu bukan orang biasa biasa.

"Wah, terharulah. Ada orang teruja jumpa kita" Dato, Fazil tertawa. Tiga tahun menetap di negara orang. Sesampainya dia di tanah air minggu lepas, terus bergerak melawat satu ler satu ahli keluarga yang lain. Rindu.

"After three years? Mestilah exited!" Bangun dan bersalaman dengan abang kepada ayahnya itu.

"Ni, Theo? Theo Arfan anak Rozera Hazel tu kan?" Matanya singgah diwajah putih bersih itu. Anak muda itu mengangguk lalu bangun memberi ruang dia duduk dikerusi empuk itu.

"Ye. Mak saya, Rozera Hazel"

"My wife adore her so much. Mind if I invite you and your family on her birthday celebration next month?" Rozera Hazel, Pereka Fesyen terkanal berasal dari perancis dan berkahwin dengan lelaki Jerman. Dracula Women gelaran diberi. Rupa yang tak pernah ada cacat celanya sejak muda. Menjadi perhatian semula sejak comeback nya yang berinspirasikan Fesyen Muslimah. Walau hakikat dirinya sahaja bukan seorang muslim.

Ibu bapa yang berlainan agama. Sedih setiap kali diberitahu bahawa dia tidak akan bertemu kedua ibu bapanya di syurga kelak. Rasa hiba yang tersimpan kemas di lubuk hati.

"Yeah, sure" Theo memberi isyarat mata kepada Farhan tanda dia mahu pulang ke pejabatnya. Salam di hulur pada lelaki separuh abad itu. Usai, lekas dia melangkah keluar dari pejabat mewah milik Farhan.

"Kenapa uncle datang tiba tiba ni?" Farhan mula mengajukan soalan setelah bapa saudaranya itu melabuhkan duduk pada kerusi hitam dihadapan mejanya.

"Saja melawat. Uncle balik Malaysia memang tak ada siapa yang tahu. Takkan nak duduk rumah goyang kaki tunggu kami semua datang melawat uncle kot" Farhan melepaskan tawa kecil. Suasana diantara mereka senyap dan hening buat seketika.

"Ha, Farhan. Ni, buah tangan dari Itali. Yang kecil ni kamu punya, yang besar ni...untuk isteri kamu" serba salah dia jadinya apabila tidak pulang lebih awak bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya yang seorang itu. Terlalu banyak urusan kerja yang menghalang niatnya yang satu itu.

"Amboi, Farhan punya kecil. Ayra punya besar....pilih kasih ni" sempat mengusik bapa saudaranya. Beg kertas berlogokan jenama tempatan itali itu dibuka dengan keterujaan yang gagal membendung diri. Macam budak budak!

Farhan mengoyak sengihan sebaik mata menangkap isi kandungan di dalam beg kertas itu.

"Dengan adanya uncle, Farhan rasa Farhan dah boleh buat museum perfume. Uncle, Farhan punya perfume yang uncle bagi tahun lepas pun tak habis lagi sampai sekarang" lelaki itu benar benar memahaminya.

"Kamukan suka kumpul barang. Ambil ajelah, uncle pun tak tau nak bagi apa sebenarnya" kedua dua beg kertas itu diletakkan dibawah meja. Senyuman tak lekang dibibir. Farhan memang peminat perfume, fact.

"Farhan"

"Emm?"

"Kamu rapat dengan Dato' Mahmud kan?" Soalan yang diutarakan itu mengundang kehairanan dihatinya.

"Haah, he's an easy going person, senang nak berurusan. Kenapa?" Wajah bapa saudaranya itu dipandang lama. Wajah yang sudah dimamah usia. Kedutan yang makin jelas walaupun sedikit terhalang dengan adanya seri dimuka. Hidup lelaki itu kosong setelah isterinya meninggal dunia. Si anak pula, sudah berkahwin dan sekarang menetap bersama suaminya di Pahang. Sengaja menyibukkan diri dengan kerja agar tidak terusik dengan rasa rindu yang hadir menyelit dalam hati.

"Ouh, uncle...just nak pesan ajelah. Kalau boleh kamu berhati hatilah kerja dengan dia, bukan apa kamu taukan dia ada sejarah dulu?" Lembut sahaja suara itu berbicara dengannya.

"Well, you said 'people change' kenapa nak kena berhati hati pula? Uncle jangan cakap, uncle masih berdendam dengan dia" Farhan kaget. Mana mungkin lelaki sebaik bapa saudaranya ini bakal berdendam? Jika benar, maka harus ditegah.

"No astaghfirullah, tak. Hahahah, uncle pesan aje. 'people change' sekadar ayat. Hati manusia kita tak tahu" senyuman lembut menghiasi bibir tua itu.

"Dalam dunia, semuanya nampak indah tanpa kita ketahui sebahagiannya sekadar menutup penipuan"

Farhan terdiam seribu bahasa. Jika ada maksud tersirat disebalik kata kata itu, perlukan dia panik? Risau dan gusar? Tidak selesai masalah dengan Ayra, bakal ditambah masalah lain? Hati lelakinya kian terusik dengan satu satu kejutan di dalam hidupnya. Kalau dia perlu pilih antara sayang dan nyawa untuk dikorbankan...

'Aku pilih nyawa...'

TBC







𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now