PART 14

658 54 0
                                    

Belum sempat aku nak habiskan ayat tiga, pintu tiba-tiba berkuak dari dalam. Aku dan sharil melangkah setapak dekat belakang. Menunggu apakah siapakah yang keluar dari bilik tersebut. 15minit selepas itu, kelibat shira muncul dalam keadaan lembik. Tengah shira berjalan tu, tiba-tiba shira ditolak dari belakang yang membuatkan shira didorong ke depan. Nasib baik sharil sempat sambut shira. Tak lama tu pintu tu tertutup sendiri. Aku tersentak sebab hentakan pintu tu terlampau kuat. Tengah aku nak pulihkan shira tiba-tiba..

"Arghhh!! Arghhhh!! Arghhh!!!! Tolongg!! Hantu!" Jerit orang di bawah.

Aku memandang kat arah tangga. Tak lama tu maksu berlari-lari anak dan turun ke bawah. Aku pun turut turun ke bawah. Alangkah terkejutnya aku bila melihat sesuatu yang tak terjangka dek akal fikiran.

"Allah!" Ucap aku perlahan. Itu je yang mampu keluar dari mulut aku ketika itu.

Aku memandang maksu. Maksu dah menangis disebelah aku. Tersedu sedan dibuatnya.

"Itu bukan paksu." Ucap sharil.

Aku melangkah kebelakang dan berdiri disebelah sharil.

"Bukan semalam dah buang ke?" Tanya aku berbisik.

"Mata kail tu memang ada kat dalam anak sungai tu. Tapi aku tak rasa yang semalam tu"

Aku terdiam.

"Kau azan sharil" Ucap aku.

Sharil terus azan. Tak lama tu paksu terus rebah.

"Kita kebumikan paksu sekarang jugak" Ucap maksu lemah. Aku papah kan maksu dekat sofa. Air mata maksu masih lagi mengalir. Maksu memandang keluarga mentuanya yang baru sampai. Mata mak timah sembab. Aku terus bangun dan duduk dekat atas tangga. Yelah itu urusan anak beranak diaorang. Aku malas nak masuk campur. Selepas selesai urus pengebumian paksu, mak timah mintak aku dengan yang lain-lain balik dekat rumah dia termasuk dengan maksu dan anak-anaknya. Maksu hanya akur saja. Kenduri tahlil di buat dekat rumah mak timah. Alhamdulillah walaupun berbagai rintangan, semuanya diselesai dengan sebaik mungkin.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now