PART 4

747 54 0
                                    

Aku tak tahu duh nak rasa apa masa ni. Jiwa aku terus kacau bilau. Mana taknya. Pertama jumpa mawar dekat dapur. Lepas tu mawar tegur kitaorang. Dan sekarang nampak mawar tengah tidur mimpi indah. Mau jiwa aku tak kacau. Mau shira tak tergagap. Aku melangkah ke arah mawar dan capai bantal dan tidur ditempat lain. Shira pun ikut buat benda yang sama. Bukan apa lah, Seberani berani aku pun bila dah jadi macam gini, ketar jugak lutut. Jangan duh. Tapi alhamdulillah lah. Selepas tu aku dengan shira tidur lena dan tak ada gangguan. Siang tu masa aku dengan shira tengah kupas buah mangga, kebetulan mawar ada sekali. Jadi aku pun bertanya dekat dia.

"Hmm mawar, aku nak tanya sikit boleh tak?"

"Tanya lah"

Aku memandang shira. Shira pandang kat tempat lain. Biadap punya member. Mawar memandang ke arah aku.

"Apa dia j?"

Aku menggarukan kepala yang tak gatal. Tak tahu nak mula macam mana.

"Macam ni. Aku ada benda lah nak tanya. Pagi tadi kau ada pergi dapur dan tegur kitaorang tak?"

Muka mawar pelik bila aku tanya soalan macam tu.

"Tak ada pulak. Kenapa?"

Shira yang duduk agak jauh sedikit, terus datang dan duduk dekat sebelah aku dengan mawar.

"Semalam kitaorang nampak kau kat dapur. Lepas tu tiba-tiba kau dekat ruang tamu. So masa kitaorang naik atas, kitaorang nampak kau tengah tidur. Pelik tu. Betul ke kau tak bangun semalam?" Ucap shira.

Muka mawar terus berubah bila shira cakap macam tu.

"Betul! Sumpah. Semalam sebelum nak tidur aku pergi kencing dulu."

"Habis tu??......"

Belum sempat aku nak tanya, telinga aku menangkap bunyi suara perempuan tengah ketawa. Nak kata kuat tak jugak. Nak kata perlahan pun tak jugak. Kira sedang-sedang. Bunyi tu datang dari bilik maksu. Nak cakap maksu, maksu bukan ada dekat rumah pun. Dia keluar pergi pasar. Aku terus bangun dan tekapkan telinga dekat dinding papan. Nak kepastian. Tiba-tiba.

Bukk!!!

Aku terus jarakkan muka aku dari dinding papan tersebut. Aku terus raba pipi aku. Memang rasa. Ada sesuatu macam menumbuk dekat dinding tu. Shira dan mawar terus bangun dan berdiri di depan aku.

"Ada apa?"

"Tak tahu."

"Jap." Ucap shira

Belum sempat shira nak menekap telinga dia dekat dinding, aku terus tarik dia sebab maksu dah balik. Kitaorang buat-buat macam tengah makan mangga dan berbual kosong. Tak nak maksu syak apa-apa. Lepas je maksu masuk ke dalam rumah. Shira terus pergi kat dinding tersebut.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now