Bab 21

1K 123 9
                                    

BILIK yang gelap. samar samar wajahnya dibiasi cahaya komputer. Jemari panjang kurusnya lincah bermain pada papan kekunci. Bilik itu sekadar diterangi dengan tingkap yang memaparkan cahaya malam dibandar dan siling rendah yang hanya terdapat sebiji mentol.

Video hasil tangkapannya dilihat sepintas lalu. Bibirnya mula mengukir jungkit dihujung. Hati mula berasa puas setelah berjaya menggodam sistem CCTV yang dia ingini. Lepasni, boleh apply kerja jadi hacker.

From unknown: Video

Add to pendrive.

Loading buat seketika

dan

complete!

Jam didinding ditilik seketika sebelum kembali meneliti skrin komputer canggih yang memeparkan beberapa kod akses ke satu laman godaman. Setelah lama meniskus diskrin komputer, telefonnya berdering. Mata mengerling pada nama yang tertera.

Dia mengeluh. Mahu tak mahu, ikon hijau diseret dan telefon dilekap ke telinga. Tidak sampai beberapa saat, suara si pemanggil menyapanya.

"How?"

"What?" Buat kesekian kalinya, dia rasa putus asa dengan orang ini. Sudah berapa kali dia menolak tawaran yang dihulur orang ini. Namun, jangan disangka kata 'tidak' itu bakal diterima dengan mudah.

"Process?"

"Non of your business. Told you, aku tak nak ada kena mengena dengan kau. Boleh pergi mampus dengan idea haram kau tu" perlahan dan keras suaranya. Tidak mahu mengejutkan ahli keluarganya yang sedang lena.

"Heh, haram? Tak payah cakap pasal haram. Kau pun, menggodam sistem terkuat negara. Tak nak cakap pasal kesalahan kau pula?"

"Kau tak tau apa apa. Aku sanggup masuk penjara dan diikat jamin dari biar diorang mati" kerusi dipusingkan menghadap tingkap lutsinar besar.

"Wow. Nak jadi hero lah ni?" Penumbuk dikepal sebaik mendengar sinisan tawa si pemanggil.

"Sudahlah"

Belum sempat ikon merah ditekan, suara itu menyeru lagi.

"Aku tak banyak masa. Batalkan semua projek persendirian kau. Aku tak suka nak bunuh orang, tapi kalau kau nak rasa...aku okay je"

Api kemarahan memuncak tinggi. Biarkan apa yang jadi, dia tak boleh mati selagi 'perkara' belum selesai.

"Aku dengar kau dah kahwin?" Serta merta jiwa terasa direntap. Lama merahsiakan hal itu, bagaimana pula boleh terbongkar? Siapa yang berani menconteng arang dimukanya?

"Sial! Jangan dekat dengan famili aku. Selangkah kau kedepan, berlari aku kerjakan kau!" Punggung diangkat berdiri. Meja dihentak kuat, bahang naik ke muka. Merah tangannya hingga terasa kuku yang mencengkam kulit. Dengusan kasar dilepaskan.

"Hentikan projek tu! Ini antara aku dengan perempuan tu. Duduk diam diam, dekat tempat kau" talian dimatikan. Nafas mula tidak teratur. Rambut dikuak kebelakang. Bahang dimuka mulai jelas akibat merah menahan amarah.

"Abang?"

•••

Tit! Tit! Tit!

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now