Pertarungan sengit berlaku antara Yaya dan lelaki hoodie merah itu. Setiap tumbukan dibalas tumbukan. Tendangan dan serangan dihantar dan dipatahkan secara bergilir gilir.

Dushh!

Dishhhh

Dushh!!

Buk!!

Sementara Yaya bertarung dengan lelaki berhoodie merah itu,  Boboiboy segera melompat mendapatkan jaring berisi Ochobot sebelum jaring itu menghentam dinding. Akibatnya,  tubuhnya sendiri yang menghentam dinding konrit tersebut.

"Urghh... Ochobot. Kau tak apa-apa? " tanya Boboiboy perlahan membuka jaring magnet tersebut.  Namun  isi kandungan jaring tersebut mengejutkannya sehingga membuatkan tangannya menggeletar.

Lelaki itu menghantar satu tumbukan ke arah Yaya.  Yaya bijak membawa tumbukan itu ke tepi,  bahagian depan lelaki berhoodie itu yang terbuka luas didaratkan dua das pukulan kuat tepat menghentam dadanya.  Pada pukulan kedua, sekali lagi sarung tangan itu membebaskan gelombang biru menghentam dadanya sehingga dia terpelanting ke belakang.

Lelaki itu tidak buang masa,  badan Yaya ditarik menggunakan magnetnya,  memberikan satu pukulan lalu menghempas Yaya kuat ke dinding.

Bam!!

Bunyi kuat terhasil daripada pelanggaran tubuh Yaya dan dinding keras tersebut. Yaya terbatuk keras.

"Yaya!! " Ying menjerit cemas melihat Yaya yang sedang terbatuk keras.

Ying cuba membantu Yaya namun satu tendangan membejatkan niatnya. Dan orang yang menghantar tendangan itu ialah Fang!

"Ishh... Kenapa lu ni Fang! " Ying menjerit cuba memanggil Fang namun pandangan lelaki itu hanya kosong.  Dia terus menerus menyerang Ying dengan senjata 'elektro whip'. Entah apa yang dibuat lelaki misteri itu sewaktu berdepan dengan Fang.  Alih alih,  dia pulak kena serang.

"Menyerah sahajalah ejen muda semua!! " lelaki berhoodie itu menjerkah bengis membingitkan telinga sesiapa di dalam bilik tersebut.

"Ahh. Bingit ah orang tua ni!! "

Ying dengan lincah mengelak setiap libasan Fang melompat tinggi menangkap kedua dua tali 'elektro whip'Fang  menyebabkan dia terenjat eletrik yang mengalir pada tali tersebut namun Ying hanya tahankan sahaja. Dengan sekuat hati dia menarik kuat tali tersebut

"Hiarrrrghh!!! XING LAI CIWEIIII!!!! "

Akibat daya itu,  Fang tertarik laju ke arah Ying.  Ying mengangkat tangannya tinggi sebelum menampar kuat pipi Fang sampai jatuh terguling guling.

Buk! 

"Aduuuuhh... Asal kau pukul aku??! " tanyanya geram sambil mendesis sakit.  Dia menggosok pipinya yang mula membengkak biru. Berbisa gila tamparan keramat Ying ni!  Ni nasib baik je gigi tak tanggal semua!

"Lu tu yang asal?!!  Dasar landak!! " Ying membalas geram.

"JANGAN HARAP KORANG BOLEH MENANG EJEN EJEN LEMAH-Urrghhh! " lelaki berhoodie itu baru nak mengangkuh megah atas kemenangan mereka,  tiba tiba terpereset jauh sehingga berguling guling.

"Aik?  Tumbang dah?? " Fang menyoal pelik.

Tiba tiba satu aura dingin yang kuat menyerang segenap deria setiap manusia di bilik tersebut.

"Hei, Fang.  Aura ni.... " Gopal yang muncul entah dari mana berbisik perlahan kepada Fang.

"OuhMamiAkuPopular! Eish.. Kau dari mana ni? " latah Fang terkejut dengan kemunculan tiba tiba Gopal disebelahnya. Gopal mengabaikan soalan itu, mengisyaratkan matanya supaya melihat ke satu arah. Fang memandang arah yang ditunjuk Gopal lalu tergamam sendiri. Dia membalas pandangan Gopal dengan serius.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now