__ CHAPTER 1 __

2K 110 6
                                        

BANDARAYA PULAU RINTIS

WIU WIU WIU WIU!!!!!!!!!

NI NO NI NO NI NO!!!!!!!!!

WIU WIU WIU WIU!!!!!!!!!

SPLASH!!!!!!

BOOMMMMM!!!!!!!!

CHINGG!!!!!!!!

CHINGG!!!!!!!!

BZZTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!

BOOMMMMMM!!!!!!!!!!!

BRAK!!! PAGHHH!!!!!!!!

"Aa... Argh....! T-Tangan aku"

Ucap Halilintar sambil terbaring di atas jalan raya sambil memegang lengan kanannya yang sudah terluka parah. Pedang halilintar miliknya sudah patah berkecai dan tidak dapat digunakan untuk bertarung lagi. Halilintar dengan nafas yang termengah-mengah cuba bangkit dari baringnya, tetapi rasa sakit yang menyerang seluruh bahagian tubuhnya membuatkan dia terbaring semula.

"Tch! Tak guna! "

Gumamnya penuh amarah. Matanya meliar memandang ke arah sekitar, menyaksikan perlawanan yang masih berlangsung diantara saudara elementalnya yang lain. Dimana Ice sedang bertarung dengan Blaze, Gempa dengan Taufan dan Solar dengan Thorn. Lagi-lagi Halilintar mengetap bibirnya kuat, dia berasa sangat marah kepada dirinya kerana kelihatan lemah dan sekarang tidak bisa untuk bertarung lagi

"Tch! Ayolah Hali! Kau harus hentikan semua ni sekarang!!!"

Ucap Halilintar menyemangati dirinya sendiri. Halilintar bangkit dan berdiri dengan tubuh yang menahan rasa sakit, dia berjalan sambil tertatih-tatih, menahan rasa perit dikakinya. Baru saja melangkah beberapa tapak, tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Halilintar mendongak, dan kemudian raut wajahnya berubah menjadi bengis

"Kau!!!!! Hentikan semua ni dan kembalikan ketiga saudara aku semula!!!!!"

"Hahahaha.... Tsk. Tsk. Tsk. .Hali Hali Hali.... Kau masih ada tenaga untuk menjerit pada aku walaupun kau dah cedera parah macam ni? Kkk... Kau nampak nya belum serik untuk dibelasah habis-habisan oleh ketiga saudara kau tu "

"DIAM!!!!! JANGAN PERNAH SEBUT TENTANG AKU DAN SAUDARA AKU DENGAN MULUT KOTOR KAU TU!!!! BAIK KAU KEMBALIKAN DIORANG KEPADA ASAL ATAU AKU BUNUH KAU!!!"

"Wow Wow Wow... Chill man~ Jangan marah-marah~"

Shadow tersenyum sinis ke arah Halilintar yang menatapnya dengan tatapan tajam dan pandangan membunuh. Shadow yang memang berniat memancing kemarahan Halilintar hanya terus tersenyum lalu dengan tangan yang disilangkan di dada. Dia menoleh ke arah belakang, dimana terdapat perlawanan diantara BBB Bersaudara lainnya yang saling memberikan serangan balas antara satu sama lain.

Shadow tersenyum semakin lebar dan memandang ke arah Halilintar semula. Dia merentangkan kedua tangannya lebar dengan senyuman wajah menakutkan

"Lihatlah Halilintar! Semua rancangan aku sudah berjalan dengan jayanya! Tiada sesiapa lagi yang dapat menghalang aku untuk menawan Bumi dan menjadikan Planet ini sebagai kerajaan Baru aku!! Korang semua akan menjadi hamba aku dan akan menurut semua perintah aku!!!! HAHAHAHAHAHAHAAAA!!!!!!!!"

"Bangsat!!!!! Kau ingat kami akan biarkan kau buat macam tu?! Tch! Langkah mayat aku dulu!!!!"

Shadow terus saja ketawa membuatkan Halilintar semakin berasa kesal. Lalu,

"Langkah mayat kau dulu? Apa kau pasti? "

"Aku akan bunuh kau Shadow. Kau akan menyesal dengan apa yang kau dah buat pada aku dan kesemua saudara dan kawan-kawan aku. Kau akan bayar kesemua kekacauan yang dah kau buat di sini!!Aku takkan biarkan kau terlepas selagi kau tak bayar semuanya!!!"

Aliran kilat bewarna merah dan hitam kelihatan terus mengalir ditubuh Halilintar. Matanya sudah memancarkan cahaya merah tenang, bermaksud Halilintar sedang dalam mood terkuat. Shadow yang melihat itu bukannya takut sebaliknya terus terang diposisi sambil tersenyum ke arahnya

"Hali, tiada gunanya jika kau mahu melawan aku lagi. Kerana penentuan kemenangan sudah terlihat jelas di mata kita berdua. Kau pasti tak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku kepada ketiga saudara kesayangan kau kan? Lagi-lagi Taufan~"

Tubuh Halilintar seakan-akan membeku saat mendengar nama kembarnya disebut, aliran petir yang mengalir di tubuhnya terus hilang begitu saja dan matanya yang bersinar terang tadi terus berubah menjadi asal semula. Halilintar mengepal kedua tangannya erat sehingga menampakkan urat dilengannya.

"Jangan kau berani apa-apakan mereka lagi-lagi kembar aku Shadow, aku beri kau amaran"

"Oho~Takutnya aku~ Kau nak buat apa kat aku jika aku buat sesuatu kat saudara kembar kau tu? Bunuh aku? Hahaha, Hali.. Hali.. Hali... Sebab nilah aku arahkan mereka serang kau terlebih dahulu supaya kau tak boleh berlawan lagi. Tapi andaian aku untuk buat kau cedera saja tak cukup untuk buatkan kau berhenti daripada bergerak. Seharusnya aku arahkan mereka bertiga untuk patahkan kesemua tulang kau tu."

Ucap Shadow sambil memandang Halilintar dengan tatapan datar tetapi terkesan dingin. Halilintar yang dapat merasakan aura kegelapan yang keluar dari tubuh Shadow menelan ludahnya pelan. Entah mengapa, indra tubuhnya memberikan amaran bahaya terhadap dirinya saat ini.

Shadow menatap ke arah belakang semula, dan memerhatikan BBB Bersaudara lainnya yang masih sedang bertarung. Di lain sisi, Halilintar hanya berdiri di posisinya sambil memandang sekeliling. Memerhatikan keadaan Bandaraya yang kacau bilau dengan  beberapa bangunan sudah musnah akibat pertempuran mereka tadi, harta benda yang rosak dan bergelimpangan di sana sini. Orang awam yang terus saja berlari ke sana sini sambil menjerit kerana panik. Dan kawan-kawan mereka dan ahli-ahli TAPOPS lainnya yang terbaring di tanah dalam keadaan cedera dan ada yang pengsan. Halilintar mengetap bibirnya lagi

"Ini sudah semakin diluar kawalan. Shadow benar-benar dah rancang semua ni.Tch! Aku harus lakukan sesuatu"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

__ DONE CHAPTER 1 __

~~ SEE YOU AT NEXT CHAPTER ~~

(・∀・) <(♥)

3 TRIO REVERSEWhere stories live. Discover now