"Mummy rasa baru semalam mummy lahirkan Inara.. Hari ini, mummy dapat saksikan betapa gembiranya Nara disisi Adrian. Tiada apa yang lebih bermakna untuk mummy selain kegembiraan Inara dan Adrian. Semoga Allah limpahi perkahwinan kamu dengan kebahagiaan." Dapat dilihat Puan Sri Frida mula menitiskan air matanya. Dia menitiskan air mata kegembiraan. Gembira kerana Inara mampu menempuhi detik kepayahannya dengan baik sekali.

"Orang tua ni buat aku nak menangis lah.." Rungut Firdaus sambil tercebik-cebik menahan tangisnya lalu kepalanya disembam ke bahu Harris disebelah.

Tan Sri Irshad dan isteri melangkah menghampiri pelamin besar tersebut lalu tubuh anak dan menantunya itu dipeluk dan dicium.

"Jangan menangis.. Nanti rosak make up." Pesan Puan Sri Frida.

"Tapi mummy pun nangis.." Jawab Inara tersebik.. Dia ingin menangis! Huwaaaaa!

Sejurus itu, Dato' Khuzairi dan Datin Aaliyah mula naik ke atas pentas dan mula berucap. Habis sahaja berucap, tubuh dibawa ke arah pengantin lalu mereka berpelukan..

"Congratulations for your wedding, my precious Inara.. Now, you have a really protective husband who can take care of you more than I can do.. And to Adrian, do protect my little sister unless you want me to break your flawless face. Yes, this is a warning.." Ucap Irham berbaur ugutan kepada Adrian membuatkan semua menghamburkan gelak.

"To Inara, let's go shopping when we have time. Don't ever forget about Prada, Gucci, Comfy and Chanel. They're our number one, remember?" Gurau Sarra kepada Inara yang sedang tersengih. Sejak Sarra berkahwin, mereka jarang membeli belah. Nanti Firdaus pun dah tak ada kawan nak teman shopping...

Giliran Firdaus dan Shah pula berucap di atas pentas..

"Congratulation on your wedding day, bestfriend.. Wishing you guys all the best and a longlast happiness." Ucap Shah diakhiri dengan senyuman. Dari dulu dia patut sedar bahawa Inara hanya milik Adrian.

Only Adrian's.

Adrian membalas senyuman daripada Shah dengan anggukan. Dia tak patut ego dahulu dan salahkan Shah semata-mata. Dia sedar silapnya dahulu dan dia tak akan ulanginya lagi.

"Nok! Aku harap kau bahagia dengan suami yang terchenta.. Apa dulu kau panggil? Encik sayang? Eee geli pula aku.." Muka geli-geleman ditayangkan lalu ucapannya disambung kembali.

"Aku sentiasa doakan kawan diva aku yang sorang ni bahagia. Untuk Adrian pula, kalau kau nak aku jadi informer yang paling bermutu tinggi, naikkan gaji aku. Aku tak kira, aku nak kereta Bugatti La Voiture Noire." Sambung Firdaus sambil tersenyum penuh makna. Muahaha.. Aku mahu duit!

Ucapan paling sempoi dan geli hati setakat ini.

Adrian memandang Firdaus jengkel. Puih! Ada hati nak pakai bugatti!

"Informer?" Adrian berpaling memandang Inara yang bersuara disebelahnya. Kepalanya dianggukkan menjawab persoalan si isteri.

"Oh jadi.. Iphone 12 Pro Max tu you ke yang beli?"

"Unfortunately...yes!" Bisik Adrian rapat ke telinga Inara.

Bahu Adrian dicubit. Tak aci! Suka hati bagi Firdaus hadiah lepas jantan tu dah report semua benda pasal dia..

Majlis diteruskan dengan upacara penggambaran antara para tetamu dan pengantin.

Inara memandang tangan Adrian yang melekap di tepi pinggangnya. Sejak tadi lagi, pegangang Adrin pada pinggangnya itu langsung tidak dilepaskan. Takut sangat orang culik bini dia.

"Hey, Maya.." Tegur Inara kepada Maya lalu mereka mula berpelukan mesra. Entah mengapa, dia jadi rapat dengan Maya selepas semuanya sudah selesai.

"Selama pengantin baru, Nara.. Farhan kat luar tengah jawab call."

"Aku minta maaf tak dapat pergi majlis kahwin kau.."

"It's okay. Kitorang pun buat biasa-biasa je. Ajak family terdekat je." Jawab Maya.

Tidak lama kemudian muncul Farhan yang segak berpakaian kemeja putih dan rayban hitam.

"Selamat pengantin baru, Inara and Adrian.."

Adrian membalas huluran tangan lalu mereka berpelukan. Broherhood..

"Eh jom bergambar dulu.." Pelawa Inara dibalas dengan anggukan daripada Farhan dan Maya..

          "PENATNYA.." Keluhan lega dilepaskan oleh Inara apabila dia sudah selamat mendarat di atas katil empuk miliknya.

Inara mula mencuci segala jenis makeup yang ditempek ke mukanya. Nasib baik solekannya itu tidak tebal jadi tidaklah dia perlu bersusah payah menggunakan terlalu banyak kapas.

Beberapa minit berada dihadapan cermin membersihkan wajahnya dengan Micellar Water, bunyi pintu yang dibuka dari luar mengambil alih perhatiannya.

Adrian masuk ke dalam bilik masih dengan persalinan baju melayu cekak musang miliknya.

"Hai.." Tegur Inara kepada Adrian yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya.

"Hi, wife.." Jawab Adrian meleret. Muka Inara sudah membahang malu. Ah menyesal lah pula tegur dia!

Kenapa kau nak malu ni, Inara? Selama ni tak malu pun?

Langkah Adrian diatur ke arah isterinya yang berada dihadapan meja solek tersebut. Tangannya dilingkar ke pinggang ramping milik Inara lalu dagunya diletakkan ke atas bahu isterinya itu.

"Now I can touch without feeling guilty. I can touch you freely.."  Jujur dahulu dia ragu-ragu untuk menyentuh tangan Inara kerana mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah, namun sekarang itu sudah tidak menjadi kerisauan lagi.

Kerana Inara sudah menjadi miliknya.

"And I also can pinch your cheeks like this.." Inara memalingkan tubuh menghadap lelaki yang sudah menjadi suaminya. Pipi Adrian dicubitnya geram. Comel!

Adrian tersenyum gembira. Walaupun perkara lepas yang menimpa Inara amat memedihkan, namun Inara masih tetap tersenyum dan manja.

"Now pergi mandi!" Muka Inara tadi yang beraut manja berubah menjadi singa. Baru beberapa jam kahwin, dah naik daun!

"Okay, my love.." Dahi Inara dicium mesra lalu dia mula melangkah ke arah tandas.

"Tak nak mandi sekali?" Baru beberapa langkah, dia berpaling kembali. Sengaja mahu mengusik Inara yang sudah membahang malu.

"No!"

"Sure?" Sebelah keningnya diangkat sebagai tanda mengusik.

"Sangat-sangat pasti!"

"Rugi tau.."

"No! Mandi sekarang, husband..." Kata Inara tegas. Dia ni memang nak suruh orang mandi dengan dia ke, hah?

Sabar Inara, sabar...

Adrian tergelak kecil lalu dia mula melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Adrian.

Sebaris nama yang hanya akan membuatkan jantungnya berdegup tidak normal.

His Eternal Love Where stories live. Discover now