"Sah!" Potong Firdaus lalu bangun dari duduknya dan jarinya dituding ke arah Inara.

"Eh belum lagi!!!" Kata Tok kadi membuatkan seisi dewan ketawa melihat telatah Tok Kadi dan Firdaus tersebut.

"Oh belum lagi, ye? Maaf, tok.. Tak sabar ni!" Kata Firdaus lalu dadanya diusap-usap. Fuh! Sabar Fiffy, sabar!

"Sabar, Daus.." Usik Shah kepada Firdaus.

"Nama aku Fiffy, anjing.." Bisik Firdaus sambil mengetap gigi dan tersenyum palsu membuatkan Shah ketawa geli hati..

"Kita mula balik ye?" Tanya Tok Kadi dijawab dengan anggukan daripada semua yang berada disekeliling meja tersebut.

"Adrian Khalaf bin Ahmad Khuzairi?"

"Ya."

"Aku nikahkan dikau dengan Inara Mikaeyla bt Irshad dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai.."

"Aku terima nikahnya Inara Mikaeyla bt Irshad dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai.."

"Sah!"

"Sah?" Tanya Tok Kadi ke arah dua orang wali kepada pengantin perempuan.

"Sah!" Tan Sri Irshad dan Irham Mikael menganggukkan kepala mereka

"Sah!" Kata Tok kadi lalu tangan Adrian digoncangkan.

"Alhamdulillah!" Tangan ditadahkan lalu majlis diteruskan dengan bacaan doa-doa selamat.

Inara tersenyum lega. Tangan Datin Aaliyah dan Puan Sri Frida disebelahnya dicium dan mereka mula berlaga pipi.

"Anak mummy dah jadi isteri orang. Nanti dah tak boleh bermanja dah..."

"Don't say that, mum.. Mummy nak Nara nangis ke?" Rasa seperti hendak menangis sahaja mendengar kata-kata mummynya itu.

"Apa majlis gembira macam ni nak nangis-nangis pula.." Kata Puan Sri Frida cuba untuk menenangkan hatinya yang berat. Rasa seperti baru semalam sahaja dia lahirkan anaknya itu..

"Terima kasih sudi jadi menantu ibu, Inara.." Kata Datin Aaliyah sambil mengusap lembut tangan Inara..

"Nara pun nak berterima kasih dekat ibu sebab masih boleh terima Inara.."

"Adrian, tolong jaga Inara dengan baik sama macam daddy jaga anak daddy selama ini. Sayang dan kasih dia lebih daripada apa yang daddy beri." Pesan Tan Sri Irshad kepada Adrian.

Tipulah kalau dia tidak sedih ingin melepaskan satu-satunya anak perempuannya. Amat sedih dan berat hati untuk dia lepaskan Inara. Tetapi, dia percaya Adrian mampu jaga Inara dengan baik.

"InshaAllah, daddy.. Ad akan jaga Inara lebih dari Ad jaga nyawa Ad sendiri." Tangan lelaki yang baru sahaja bergelar ayah mertuanya itu dikucup hormat.

Tubuh Irham disebelah pula di peluk.

"Selamat pengantin baru, adik ipar." Kata Irham lalu belakang tubuh Adrian ditepuk.
Jujur dia katakan, dia sangat yakin bahawa Adrian mampu menjaga adiknya dengan baik.

Walaupun dia dua tahun lebih tua dari Adrian, namun itu tidak membataskan hubungan mereka. Dia juga mengaku bahawa Adrian sangat matang berbanding dia.

His Eternal Love Where stories live. Discover now