Riak wajah Najmina berubah panik. Biar betul? Patutlah sakit semacam.

"Ada cengkerang yang termasuk dalam kaki saya ke?," tanya Najmina dengan nada sebak jika didengari dengan teliti. Dia nak menangis. Kakinya masih berdenyut.

Danish mengangguk serius. Menipu.

"Macam mana ni?," tanya Najmina dengan nada mendayu.

Kesian pula Danish dengar. Danish berdehem kuat. "Nampaknya terpaksalah saya gendong awak sampai kereta," ujar Danish sambil mengeluh. Dalam hati, tersenyum.

Najmina mendepakan tangannya. Danish tahan gelak. 'Comel betul lah dia ni,' detik hati Danish lucu.

"Come hug me, darling,"

Danish tiru gaya Najmina. Najmina yang menjinjit sebelah kakinya itu mencebik. "Danish Lee!,"

Danish tergelak kuat. Dia menggeleng sambil mendukung Najmina. "Jom balik?,"

"Jom...," nada sedih Najmina membalas. Dia belum puas bermain sebenarnya. Bukan selalu dia rasa seronok macam tadi...

Kaki dia pula buat hal. Eh tak. Selipar. No. Kulit kerang tak guna tu! Mood Najmina tak begitu baik sepanjang di dalam kereta. Danish mula rasa bersalah.

"Saya minta maaf, awak," pinta Danish tiba-tiba.

Najmina menoleh pada Danish yang sedang memandu itu.

"Saya tipu. Kaki awak okay je. Cuma berdarah sikit. Tak ada tertusuk kulit cengkerang pun," jujur Danish perlahan.

Najmina buat tak dengar. Dia tak marah ada rasa marah pun terhadap Danish. Eh jap.

"Aik kenapa awak ti--,"

Danish tersenyum senget. "Sebab nak dukung awak lah. Apa lagi?,"

Najmina menaikkan mata hitam ke atas. Najmina tahu Danish suka bagi ayat macam tu untuk buat pipi dia khianati tuan badan.

"Nak tahu kenapa awak jatuh tadi?," tanya Danish serius.

Najmina mengangkat kening namun dia merenung ke luar tingkap kereta.

"Because it's a warning before you fall in love with me," jawab Danish bersahaja.

Cia cia--

"Hish," gumam Najmina. Dia tak nak menoleh ke sebelah kali ini. Warna pipinya harus disorok!

Kenapa jantungnya berdegup kencang sekarang? Dia berdebar ke? Kenapa rasa macam ada rama-rama dalam perutnya yang terbang mengelupur hingga ke peparu?

Danish lah punya pasal ni!





~~~

"Balik dah anak-anak mak?," tanya Puan Kalsom dengan senyuman lebar.

Apabila melihat Najmina yang memeluk lengan Danish, Puan Kalsom cuba menyorok rasa terujanya. Senang betul hati tua nya bila pasangan ini nampak mesra macam ni.

"Kaki Mina luka, mak," adu Najmina. Manja.

Danish hanya menggeleng kecil. Najmina pandai bermanja juga rupanya. Tapi bukan dengan dia. Dengan Puan Kalsom saja.

"Lah... Kesian anak kesayangan mak ni,"

Danish berdehem kecil. "Mak kata Danish anak kesa--,"

"Danish anak lelaki kesayangan mak," potong Puan Kalsom terus. Nada malas melayan. Biasa sangat dengan Danish yang suka mengada ni. Dah beristeri pun manja lagi dengannya.

Najmina tersenyum lucu.

Danish pula hanya menunduk redha bila tak dilayan. Dalam hati, dia tersenyum kecil. Entah kenapa tak ada rasa cemburu. Mungkin sebab dia dah kenal Najmina macam mana. Memang layak dapat kasih sayang lebih dari orang sekeliling.

"Mak letak mana eh minyak gamat? Danish nak sapu kat kaki Mina," tanya Danish.

Puan Kalsom tersenyum suka. "Jap mak ambilkan,"

Puan Kalsom kembali dengan sebotol minyak gamat dan memberikannya kepada Danish.

"Danish masuk bilik dulu ya," Danish pinta diri.

Puan Kalsom mengangguk-angguk. Ingin mereka berdua berdua-duaan secepat mungkin. Danish memimpin Najmina berjalan dengan memeluk bahunya. Mereka masuk ke dalam bilik mereka.

Ya. Memang mereka kena sebilik bila di sini. Memang taklah mereka nak bocorkan rahsia yang mereka tidur berasingan. Mahu Puan Kalsom kejar mereka dengan parang keliling kampung. Kemudian membebel kata mereka buang tabiat. Atau buat kerja yang tak pernah dibuat orang.

Danish dudukkan Najmina di atas katil. Dia melutut di situ dan menyelak sedikit kain Najmina yang basah. Najmina menahan kekok dan rasa tak selesanya. Betisnya tertayang begitu sahaja namun dia tidak mampu berkata apa-apa.

Jari Danish menyentuh tumitnya. Najmina mengaduh kecil. Kemudian Danish menyapukan minyak gamat di kawasan itu.

"Dah siap," kata Danish. Dia bangun berdiri. Senyuman dihadiahkan seperti biasa.

"Saya nak keluar mandi jap," maklum Danish.

Beg pakaian yang tersandar di tepi dinding di tuju. Boxer, t-shirt putih dan seluar track dikeluarkan. Tuala di penyangkut baju dicapai. Kemudian dia keluar dari bilik.

Najmina menghembus nafas lega bila kelibat Danish menghilang. Najmina meletakkan tangan di dada. Jantungnya berdegup kencang. Dia menunduk sedikit untuk melihat kakinya. Serta merta perbuatan Danish yang lembut tadi terbayang. Najmina menggeleng laju. 'Syuhh... Syuhh!,' bayangan itu cuba dihalau.

Danish makin kerap buat jantung dia berdegup kencang. Najmina mula panik. "Nahh," gumamnya cuba menyedapkan hati sendiri.

Playboy memang ada knack untuk buat perempuan rasa macam ni. Najmina harap ni perkara biasa. Mungkin aura Danish yang menaikkan kadar denyutan jantungnya. Aura playboy. Bukan Danish. Ya.






The Fall TheoryWhere stories live. Discover now