H : Bantu Dhia

178 17 1
                                    

125 days.

Dahi aku urut perlahan. Mata terus melilau melihat koridor yang sentiasa sibuk.

Jururawat yang menegur aku tadi supaya duduk di kerusi menunggu aku pandang. Dia kelihatan begitu sibuk mengisi buku log di kaunter. Kepala aku sandarkan ke dinding. Membiarkan kesibukan koridor menelan aku dalam hening.

Koridor yang aku sudah biasa melihat kesibukannya. 

Selama ini aku hanya lalu untuk mengambil mama setelah dia habis shiftnya jika dia tidak on-call. Tak sangka kali ni aku akan duduk di kerusi menunggu koridor ini. 

Cakap fasal mama, 

" Hud? Cepatnya sampai? Mama punya shift belum habis lagi," suara lembut wanita menyapa telinga aku. Aku dongak saat bahu aku terasa dipegang.

Wajah mama sedikit berkerut namun lembut tangannya mengusap bahu aku. Aku sengih. " Hud bukan datang nak ambil mama. Isteri Hud dekat dalam tu."

"Isteri?!" 

Alamak.

Naik oktaf suara mama. Matanya terus tajam mencerlung aku. Mama terus duduk di sisi aku. " Adoi! Sakitlah, ma. Laju je tangan ketam mama ni." Cubitan mama ni jangan dibuat main. Silap hari bulan kau selak baju, berbekas birunya.

Senyuman mama tadi sudah hilang. Wajahnya serius. " Isteri mana Hud cakap ni? Bila masa Hud kahwin? Girlfriend pun tak pernah cerita dengan mama. Hud jangan main-main eh."

Ni nak marah ke nak perli aku single? Hm.

Sengih aku tayang walau wajah mama sudah menyinga. Tangannya sudah berpeluk tubuh. Jelas dia dalam serious mode.

" Okay, okay. Hud gurau je. Tadi dekat bakery tu ada perempuan kena kejar dengan lelaki pervert. Dia suruh Hud berlakon jadi suami dia sebab dia nak lari dari lelaki seram tu. Kebetulan Hud seorang je lelaki dalam bakery tu. Tiba-tiba dia collapse. Hud tolong hantar je. Tapi doktor tu suruh tunggu kejap. Hud tunggu jelah," aku membalas sambil tersengih. Wajah mama masih tegang walau sedikit tenang.

Laju sahaja lengan aku ditepuknya. Aku hanya mampu berdesir pedih. Laju betul tangan mama ni. Macam mana lah papa tahan kena cubit selalu?

Helaan nafas terkeluar kuat dari mama. " Mama ingat Hud kahwin lari. Mama dah ready nak ambil scalpel dalam OT tu kalau betul."

" Hehe, tak berani Hud. Naya je kena operate dengan mama," aku cuba berseloroh walau hakikatnya aku memang takkan berani buat semua tu.

Gila ke apa kahwin lari? Kau nak aku mati cepat? Mama ni garang gila kot.

Pintu ward dibuka. Lelaki berkot putih keluar dari bilik di hadapan aku. Spontan, aku terus bangun dari duduk dan berjalan mendekatinya. " Doc," aku menyapa lembut. Lelaki itu terus memandang aku. " Yes?"

" Macam mana keadaan patient tu?"

" Oh, awak family patient ke?"

" Saya suami di-"

" Aww! Mama!"

Perut yang dipulas aku usap menahan pedih. Mata mama terus menjeling tajam. Dia kembali memandang doktor itu. " Sorry, Megat. Anak saya kuat sikit bergurau." Oh, kawan mama. Patutlah garang tak bagi bergurau.

Doktor Megat itu hanya tertawa kecil. " Your son did a  great job, Ayra. Kalau lambat sikit sampai, she maybe won't make it."

Won't make it? Kiranya condition Dhia teruk lah kan?

" Doc, how's she?" Terus aku memintas membuat mama dan Doktor Megat tersentak sebentar. Doktr Megat hanya tersenyum nipis. Bahu aku ditepuknya lembut. " Her family is here. I should get going. Quick action, Hud. No wonder anak Ayra," kata Doktor Megat dan dia berlalu pergi.

Meninggalkan aku dengan persoalan yang tidak berjawab.

Aku tahu kondisi pesakit adalah sulit dan hanya boleh diberitahu kepada keluarga, tetapi hati aku seakan menolak kuat. Seolah memberontak.

Memberontak kerana dia ingin tahu tentang Dhia.

Kepala aku toleh perlahan. Memandangnya disebalik kaca. Jururawat yang selesai mengatur alat di sisi katilnya berlalu meninggalkan Dhia seorang. Aku berjalan mendekat. Mendekati kaca yang menjadi pemisah.

Damai.

Wajah putih pucatnya itu kelihatan begitu tenang. Terlalu banyak wayar yang berselirat semakin membuatkan hati aku tidak tenang. Seberapa buruk keadaan Dhia?

" Hud." 

Aku tersentak dari lamunan. Mama memegang lembut bahu aku bersama senyum nipis. " Hud dah buat bahagian Hud. Selebihnya biar doktor yang usahakan. Don't worry, she's a fighter." Lengan aku ditarik perlahan, membawa aku semakin menjauh dari bilik Dhia.

Mata aku tidak lepas memandangnya. Walau tubuh kecil itu masih tidak sedarkan diri, jiwa aku meronta mahu setia di situ.

Meronta seakan Dhia sesuatu yang begitu penting buat aku.

Kaki terus melangkah mahupun berat. Leteran mama bagai angin yang berlalu. Fikiran aku tetap di bilik itu.

" Encik Hud?" 

Langkah aku dan mama terhenti saat dua susuk tubuh berdiri tegak dihadapan kami. Memanggil nama aku. Aku mengangguk kecil. " Ye, saya." Lelaki yang kelihatan seusia dengan mama menghulur tangan kearah aku. " Terima kasih banyak bantu Dhia. Kami tak tahu macam mana nak membalas. Risau kami bila pihak hospital kata Dhia warded."

Oh, ayah Dhia. Aku senyum seraya tangannya aku tepuk lembut. " Tak ada apa lah, uncle. Saya tolong call ambulance je."

Lelaki itu jelas riak risau di wajahnya namun mata aku tidak mampu mengabaikan wajah wanita di sisinya. Tubit matanya galak mengalirkan air mata. Ibu mana yang tidak risau.

Wanita itu mendekati aku. Saat dia berdiri di hadapan aku, esakannya semakin kuat. Suami di sisi pantas memegang tubuh itu agar terus berdiri. Hati aku mulai sakit.

Terasa bagai dicengkam kuat.

Mama di sisi aku hanya mampu memandang kosong. Suaminya menepuk mengusap lembut bahunya. " Sabar, Izzah. She's going to be okay."  Esakannya tidak reda bahkan semakin kuat. Tangannya kuat memegang t-shirt aku. Membuatkan aku tersentak sedikit.

" Terima kasih bawak Dhia aunty balik, Hud. Aunty risau Dhia tiba tiba hilang. Mujur Dhia jumpa lelaki baik macam Hud," ujarnya dalam esakan.

Hilang? 

Aku bantu memapah wanita itu untuk duduk di kerusi berdekatan. Mama terus duduk di sisi dan memeluk tubuh itu. Lelaki yang merupakan ayah Dhia pantas membawa aku sedikit menjauh.

Walau aku sedikit bingung namun aku terus mengikut. Kelihatan kegusaran di wajahnya semakin bertambah. Dia raup wajahnya seketika seraya menarik nafas dalam. Bahu aku dipegangnya. " Hud, bantu uncle." 

Mata aku terkebil. " Bantu? Bantuan macam mana yang uncle nak dari saya?"

Dia menarik nafas lagi. Mata lelaki itu yang jelas serabut mula berkaca. Semakin membuat dada aku sakit.

Kenapa dengan kau, Dhia? Apa yang kau sedang lalui sampai begini sekali?

" Bantu Dhia."

125 days painting canvas.Where stories live. Discover now