H : Express Hubby

213 14 0
                                    

125 days.

" Huh."

Peluh yang laju menuruni dahi aku kesa kasar dengan tuala kecil di leher. Aku tarik nafas dalam. Pergelangan tangan aku kerling.

7.57 p.m.

Aku labuhkan punggungku di atas bangku lusuh taman itu. Langit jinga yang semakin gelap aku tenung kosong. Nafas yang tadi laju beransur reda. Angin lembut menampar wajah membuat badan terasa sejuk dek peluh yang belum kering.

Biasa. Lali.

Itu yang aku boleh gambarkan tentang hidup aku. Semuanya biasa. Sama sahaja setiap hari seperti hari-hari yang lain. Sama mengikut jadual yang biasa.

Sebelum sinar matahari mula menyapa dunia, aku sudah kematu kan punggung di dalam kereta menghadap trafik. Sebelum langit berubah ke jingga, aku sudah berada di rumah dan sebelum Maghrib, aku keluarkan sedikit peluh dengan berlari di taman di sekitar rumah.

Same routine, no excitement nor remorse.

Tingg!

Telefon bimbit aku keluarkan. Notifikasi e-mel tidak begitu mengujakan. " Hud, put your report tomorrow morning on my desk. Yeah, yeah. Memang hidup aku ni untuk kerja je. Huh," rengus aku lembut. Bunyi azan ni pun petanda nak suruh aku balik cepat.

Rambut yang menutupi dahi aku raup kebelakang sebelum aku bangun. Kering pulak tekak aku ni. Singgah 7-E kejap lah.

Bingit hon kereta dari trafik di jalan raya aku hiraukan. Lumrah duduk di tengah bandar. Hidung aku tertarik dengan sesuatu. Kepala aku toleh. Hm, bakery. Lama jugak aku tak beli fresh-baked bread.

" Welcome sir!", aku disapa lembut oleh pekerja kedai. Kepala aku tunduk kecil bersama senyuman nipis. Tray dan penyepit aku ambil.

Lamanya tak makan croissant! Beli 3 lah boleh buat breakfast esok. Hidup bujang begini lah. " Your total is RM21.25 sir. Do you want plastic?"

Telefon aku bingit berdering. Aku angkat laju. " Hello? Ye, ma." Pekerja wanita itu memandang aku tanpa berkalih. Laju aku mengangguk.

" Kenapa mama call? Oh, nak Hud ambil mama balik ke? Papa busy ye? Boleh je. Tak adalah, tak busy pun. Ni dekat bakery beli roti sikit. Pukul berapa shift mama habis? Nanti Hud sampai ye ma. Okay, bye."

Plastik bertukar tangan. Saat tangan baru hendak mencapai pintu, pintu terbuka dari luar membuat wajah wanita terpampang di hadapan aku. Mata aku membulat sedikit saat dia bergegas masuk. " Sorry," katanya perlahan.

Aku senyum sahaja dan secara tiba-tiba, terasa lengan aku dipegang. Erat.

Aku paling. Wanita itu memandang aku dalam. Wajahnya kelihatan sedikit gusar dan tangannya yang berada di lengan aku terasa sejuk. Tubuh kecil itu mengigil kecil. Kening aku berkerut sedikit.

Okay tak dia ni?

" May I help yo-"

" Awak pergi mana? Lama saya tunggu awak dekat taman tu, sayang. Mujur saya terjumpa awak dekat sini," laju wanita itu memintas. Semakin bulat mata aku.

Sayang?

Lengan aku ditarik sedikit dan dipeluknya kemas. Wanita muda itu tersenyum manis. Kepala terus dilentok ke bahu aku.

Apa ni? Dia ni siapa? Kenapa tiba-tiba ni?

Belum sempat aku bersuara, wanita itu terus menarik aku ke kawasan roti. Aku yang masih terpinga hanya mengikut. " Cik, saya tak ke-"

125 days painting canvas.Where stories live. Discover now