"Kembar mana?"

"Jogging"

"Kenapa tak ikut?"

"Nanti rindu"

"Euw!" Bahu Farhan di pukul dengan sudu ditangannya sebelum meletakkan pinggan yang sudah terisi nasi goreng di hadapan lelaki itu.

"Betul betul lah"

"Betul lah ni"

"Hesy!"

"What?" Muka tak bersalah ditayang Farhan lalu ditatap penuh geram.

"Apa apa je lah. Umi mana?" Mata meliar mencari kelibat ibunya. Tiada.

"Tadi kat kat luar tengah siram pokok, lepas tu...tak masuk lagi"

"Pukul berapa umi keluar rumah?"

"8.30 pagi. Dah dekat satu jam lah umi kat luar" Farhan membalas selamba. Nasi goreng buatan sendiri di sua ke mulut.

"Lamanya" sudu mengaut nasi dan di hampirkan ke mulut.

"Aaaaa!"

Suapan terhenti. Begitu juga dengan kunyahan Farhan. Pandangan mereka bersabung.

"Apa tu?"

"Umi!" Ayra pantas bangkit dari kerusinya. Tuala di kepala dicampak ke lantai lalu tudung ibunya yang tersedia di kerusi dapur disarung ke kepala. Melihat Ayra yang berlari ke dia turut bergerak bangun dari kerusi.

"Ayra-"

Berderau darahnya melihat mentuanya yang hampir di kasari seorang lelaki separuh abad . Ayra di tolak ke belakangnya dan berlari laju menyepak tubuh lelaki berkulit gelap yang menindih Puan Mariana.

"Ergh! Kau siapa ha?"

Kolar baju lelaki itu ditarik merapati wajahnya. Setelah di selidik latar belakang keluarga Ayra, rasanya inilah Ahmat yang dikatakan oleh Haji Anuar. Lelaki dayus yang berkali kali cuba memperkosa adik tiri sendiri.

"Berapa hutang dia? Aku bayar" macam orang kaya ya! Heh, dia memang kaya pun...

"Wah, senangnya jadi kaya. Macam tu je bayar? Heh. Berlagak! Berambuslah ini urusan aku dengan perempuan tak sedar diri tu" Tangannya ditepis lelaki itu. Satu tumbukan dilepaskan ke rahangnya. Farhan mengetap sendiri rahang yang ditumbuk lelaki itu.

"Kalau berlagak, then blah! Jangan dekat keluarga ni"

"Dia hutang dengan aku-"

"Berapa? Cakap, aku bayar! Duit aku, duit diorang juga" menumbuk di angkat, hampir mengena pipi lelaki itu namun, di tahan.

"Farhan jangan..." Puan Mariana yang berada dalam pelukan Ayra dipandang sekilas sebelum mengalihkan pandangannya pada lelaki di hadapannya.

"Dia, yang tak nak. Tapi, aku nak. Jauhkan diri kau dari keluarga ni. Urusan kau dengan aku sahaja"

"Or else what?"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now