"MASAK lah weh! Memang masak!" Ucap Firdaus sambil dia bermundar-mandir di dalam kafe milik Shah.

Shah yang memandangnya hanya mampu mengerutkan keningnya tanda pelik.

"Eh kau ni daus! Terpusing-pusing, terpusing-pusing.. Cuba bertenang sikit, cerita dekat aku." Lengan Firdaus ditarik oleh Shah membuatkan lelaki tersebut duduk di atas kerusi.

"Memang masak lah member kita yang sorang tu, Shah.."

"Kenapa? Apa yang kau buat?" Soal Shah risau.

"Tadi Inara kena ragut. Lepastu dia ada pesan dekat aku jangan beritahu Adrian.." Shah menayangkan muka bosan kerana dia sudah dapat agak apa yang Firdaus risaukan sangat.

"Aku tak sengaja bagitahu Adrian.."

"Kau ni, mulut cabul betul! Yang kau sibuk sangat bercerita dengan Adrian tu kenapa? Apa yang kau dapat?!"

"Apa yang aku dapat kau tanya? Apa kau ingat Iphone 12 Pro Max tu aku beli sendiri ke? Aku ni jadi informer dia bukan sekejap tahu tak? Dah banyak benda dia bagi aku! So, aku yakin sangat suatu hari nanti dia boleh belikan aku motor kawasaki ninja sebab jadi informer berjaya dia!"

"Oh jadi semua barang tu Adrian lah yang bagi?" Firdaus mengangguk mengiyakan pertanyaan Shah.

Belakang kepala Firdaus ditepuk kuat.

"Kau tahu kan Adrian memang overprotective pasal Inara lepas dari kejadian tu. Yang kau sibuk bagitahu dia tu kenapa?"

"Sebab itu lah aku bagitahu! Adrian tu protector, tahu tak?! Dia pun bukannya orang luar, bakal suami Inara juga.." Firdaus masih cuba membela diri walaupun dia tahu bahawa Inara dan Adrian pasti sedang bergaduh sekarang.

Dah nak buat macam mana? Terlepas cakap...

"Dahtu Inara still dekat hospital ke?"

"Haah lah! Aku tinggalkan dia dengan Adrian tadi.." Shah menganggukan kepalanya tanda mengerti.

"By the way, berapa kau dapat??" Tanya Shah dengan mata yang bersinar-sinar...

Laju sahaja satu penampar melekap di pipi Shah. Bodoh punya member! Tadi bukan main marah, sekarang tanya bayaran pula..



INARA menundukkan kepalanya langsung tidak mahu melihat wajah Adrian yang seakan-akan marah kepadanya. Tak guna punya Daus..

"Kenapa tak bagitahu?"  Soal Adrian dingin. Demi tuhan, dia amat risaukan keadaan Inara apabila Firdaus memaklumkannya bahawa Inara diragut. Itu pun, beberapa jam selepas kejadian ragut baru Firdaus beritahu. Padahal dari awal dia sudah pesan, jika ada apa-apa perkara berlaku, hubungi dan maklumkan kepadanya terus.

"I tak nak you bimbang.." Ujar Inara sambil memandang Adrian yang merenungnya dingin. Akhirnya, dia dapat kekuatan untuk memandang mata lelaki itu. Langsung tiada secalit senyuman di wajah Adrian. Ya, dia tahu dan faham bahawa Adrian kecil hati dengan sikapnya.

"What?"

"I tak nak you susahkan diri bila dapat tahu pasal ni. I tak nak you bimbang.." Ulang Inara sekali lagi.

"So, lepasni kalau ada apa-apa hal kecemasan, you nak rahsiakan dari I?"  Tebak Adrian dengan riak kelat.

"Ad, I tak bermaksud macam tu.. I tahu you sibuk dan I tak nak you terlalu fikirkan hal I."

"You can call me! Text me! Kalau Firdaus tak bagitahu, agaknya sampai mati pun I tak tahu!"

"I tak nak ganggu you..." Kata Inara sambil menahan tangis. Dia rasa bersalah melihat raut wajah Adrian yang risau dan kesal dengannya. Dia tak mahu lelaki itu kecewa dengan dirinya.

"Celah mana yang you tak faham sangat bila I ulang kali cakap yang you adalah keutamaan I?!"

Nada suara Adrian mula meninggi. Bias kemarahan terpancar di garis mukanya manakala bening mata pula mempamerkan duka.

Inara tundukkan kepala dan perlahan-lahan air mata menitis di pipi. Adrian pasti sangat kecewa dengannya kerana dia beritahu Firdaus supaya jangan memaklumkan apa-apa kepada Adrian.

Esakkan perempuan di hadapan mula kedengaran membuatkan wajah Adrian mula mengendur. Dia tak patut tinggikan suara kepada Inara.

"I'm sorry, love.. I cuma tak nak perkara buruk berlaku kepada you lagi. I takut bila fikirkan yang I tak dapat jaga you dengan lebih baik.." Tangan Inara dipegang dan diusap perlahan.  Dia tiada niat mahu meninggikan suara kepada  Inara namun entah bagaimana amarahnya terletus. Dia kecewa dan takut perkara lepas berulang kembali.

Cukup lah peristiwa lepas tersebut mengajarnya. Dia tak mahu abaikan Inara lagi. Dia mahu menjaga Inara dengan lebih baik.

That's his promise...

"You marahkan I?" Tanya Inara.

"No, love.. I tak marahkan you. I marahkan diri sendiri sebab tak dapat jaga you dengan baik."  Adrian tersenyum memandang wajah cantik dihadapannya ini.

"I nak balik.." Inara menukar topik. Malu apabila Adrian cakap begitu.

"You boleh jalan tak? Nak I dukung?" Tanya Adrian sekali lagi membuatkan wajah Inara membahang.

Nak....

Tapi malu..

Gedik!!!

His Eternal Love Where stories live. Discover now