Cyberraya, Here We Come!

Start from the beginning
                                    

"Alah kau!  Dey! Kalau dah suka tu mengaku jelah.  Tak adalah susah susah nak sorok bagai" Gopal yang sedikit pun tidak terkesan dengan aura membunuh Boboiboy mencantasnya kembali.

"Memanglah aku akan bagitau.  Tapi ni bukan masanya. "

"Bukan masanya.. Bukan masanya... Naik muak aku dengar alasan kau tu!  Cuba jujur je dengan perasaan sendiri.  Aku yakin dia takkan tolak punya.."

"Gopal... Kau... " Baru Boboiboy nak acah acah feeling terharu bestfriend sapot mamber tiba tiba dia mencantas segalanya.

"..tapi kalau dia reject kau.  Aku dah sediakan lagu khas untuk menyambut parti peng'reject'kan kau yang pertama!" Gopal end up dengan tumbs up nya.

Deng!  Boboiboy buat muka.

"Inilah mamber"

"Well.  Yinilah mamberr~"

"Dahlah member. Aku tak dengar nasihat orang single"

Deng!  Satu anak panah kebenaran menusuk tepat di jantung si anak Kumaran.

Me typing.... Aku un single haih..

Penerbangan dari Pulau Rintis ke Cyberaya mengambil masa 5 jam 20 minit dengan menaiki kapal terbang.  Sebaik sahaja tiba mereka semua menaiki kereta sewa yang sudah ditempah oleh Yaya secara online.

"Yo!  Kita nak tinggal mana dekat sini??" suara Gopal memecah keheningan di dalam kereta itu. Cuba melihat lihat telefon Boboiboy yang sedang memaparkan aplikasi WAZE.

Kedudukan mereka dalam kereta.

Fang sedang memandu yelah sebab dia je reti nak bawak kereta.  Pandai bawak kapal angkasa takkan kereta tak reti bawak kan??

Boboiboy pula duduk di sebelah Fang, manakala Gopal berada di belakang bersama Ying dan Yaya dengan Ying berada di tengah tengah.

Faham?  Tak faham?  Paham pahamkan jelah...

"Disebabkan kita akan bercuti kat sini agak lama,  so aku dah tempahkan sebuah rumah sewa dua tingkat. Sorilah aku tak tempah hotel sebab hotel lebih mahal. " kata Yaya.

"Ya lor!  Lagipun rumah tu milik kenalan aku.  Jadi kita dapat harga murah sikit kalau nak dibandingkan dengan hotel.  Lepas tu kelengkapan semua lengkap!  Ada dapur,mesin basuh,  tv dan sebagainya.  Jimat kos nak survive! " sambung Ying pula.  Makhluk tiga ekor tu dok terangguk angguk je mendengar.

"Haihh.. Kenapalah Tok Aba dengan yang lain pergi lama sangat?  Kalau nak diikutkan, aku nak spend time dengan Tok Aba je bila dapat cuti macam ni" tiba tiba Boboiboy bersuara.

"Yalah kan?  Bukan senang kita nak dapat cuti lama macam ni daripada TAPOPS. Maksud aku,  2 BULAN!  Geezz!  Siapa je tak suka??? " Ying menyokong dengan semangat.

"Itulah tu!  Sepanjang aku hidup dekat TAPOPS,  tak pernah tau... TAK PERNAH... laksamana nak bagi cuti macam ni.  Nak cuti sehari pun bukan main susah kena buat ujian bagai! " kata Fang yang sedang memandu.

Kau bayangkanlah eh?  Nak dapatkan keizinan untuk cuti satu hari je,  kena buat macam macam ujian untuk lepas.  Tak termasuk ujian main tepuk amai main demgam gorila tu lagi.

" Memanglah senang dapat cuti... Guna taktik kotor bolehlah" Ochobot yang duduk di pangkuan Boboiboy bersuara dengan nada jelek.

Flashback...

Al kisahnya,  mereka menggunakan kuasa emotibot untuk menukarkan mood laksamana daripada segarang garang komander perang kepada mood sebaik baik suci bidadari.  Jadi dengan mudah mereka mendapatkan keizinan cuti daripada pihak atasan.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now