Bab 14

28.8K 163 27
                                    

2 minggu lagi, Afiq dan Alya bakal melangsungkan perkahwinan. Pelbagai persiapan yang telah dibuat. Atas persetujuan bersama, Alya ingin melangsungkan perkahwinan secara sederhana kerana tidak mahu membazir dan tidak mahu Afiq mengeluarkan wang terlalu banyak. Afiq yang mengetahui Alya sejenis yang berjimat-cermat memahami kehendak Alya. Sebahagian wanita mungkin mengimpikan perkahwinan yang grand dan mewah, tetapi tidak bagi Alya. Walau bagaimana pun, tanpa pengetahuan Alya, Afiq ingin membuat kejutan untuk Alya ketika majlis perkahwinan mereka nanti.

Pada waktu malam...

Alya menyiapkan kerja yang belum selesai di pejabat dibawa ke rumah. Memandangkan esok cuti, Alya kebiasaannya akan 'stay up' untuk menyiapkan tugasannya sekiranya ada. Sedang khusyuk menyiapkan kerja, tiba-tiba Alya mendengar loceng rumahnya berbunyi. Alya mengambil anak tudung lalu disarungkan di kepala kemudian mengambil tudung instant labuh juga disarungkan di kepalanya. Alya melihat di lubang pintu untuk melihat gerangan yang hadir. Alya teruja kerana yang hadir adalah Asma dan Ika, kawan karibnya.

Alya : Koranggg...kenapa tak bagitau nak datang malam ni...aku tak prepare apa2 pun utk korang...

Ika : Daripada semalam kami rancang nak datang rumah hang...ni ha...kami bawa burger king sebelum mai sini...lagipun hang jarangkan makan benda alah ni...aq tau first time aq bawa pi burger king hang minat kan...tu aq beli tu...jom kita makan...

Alya membancuh air untuk mereka minum manakala Asma dan Ika pula membantu Alya menghidangkan makanan yang dibeli tadi.

Sedang Alya membancuh air teh o panas, tiba-tiba deringan panggilan daripada telefon Alya berbunyi.

Asma : Alya....kekasih hang call ni...berhenti sat buat air tu...angkat call ni..

Alya : Hish...janganlah sebut camtu malu la...

Ika : Eleh...malu tapi mahu...hihihi

Alya mencubit manja Ika yang cuba menyakatnya lalu mengambil telefonnya yang dipegang oleh Asma.

Afiq : Assalammualaikum Alya...

Alya : Waalaikumussalam abang...

Afiq : Alya tengah buat apa tu?

Alya : Alya tengah supper dengan Ika...Asma pun ada sekali ni kat rumah...

Asma : Alya...ajaklah bakal suami hang tu makan sekali sini...ni pun ada lebih ni...

Ika : Betul2

Alya : Abang...diorang ajak abang datang sini makan sekali...marilah bang...

Afiq : Hahaha...segan pula la...tak pe kot...

Ika dan Asma menunjuk isyarat supaya memujuk Afiq datang sekali. Lagipun memang banyak makanan yang mereka beli.

Asma : Awat lama sangat borak tu...meh le makan sekali tuan...nanti dtg boleh borak lama2 dengan kekasih hati...

Asma bercakap kuat supaya pengurus di tempat kerjanya itu mendengar kata2 nya. Alya menjegil mata ke arah Asma dan Ika tanda geram.

Alya : Diorang beria ajak abang...meh la bang...makanan pun banyak ni...

Afiq : Hahaha...abang dengar...kesian sayang kena sakat...kejap lagi abang datang ye...

Alya terharu dan terkejut apabila mendengar Afiq memanggil dirinya sayang.

Alya : Erm...abang panggil Alya apa tadi?

Afiq : Hihihi...nanti kat sana abang ulang...

Alya : Janganlah...malu..

Beberapa minit selepas itu...kedengaran Afiq menekan loceng rumah Alya untuk menikmati makanan bersama-sama.

Mereka menikmati makanan sambil berbual. Unsur sakat menyakat memang akan wujud...nak2 si Ika dengan Asma ni...mana pernah sehari tak sakat Alya...sampai merah padam muka dibuatnya akibat malu. Afiq pula macam biasa...sentiasa tenang walaupun dalam hatinya berbunga bunga kerana sentiasa dikaitkan Alya dengan dirinya.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now