Bab 4

39.1K 179 5
                                    

Pada jam 4 pagi...seperti biasa jam loceng Alya akan berbunyi pada waktu tersebut. Alya yang menyedari hari ini hari pertama dia mula bekerja memulakan harinya dengan menunaikan solat sunat dan solat subuh selepas mandi.

Selepas solat Subuh, Alya mencari pakaian yang baru dibelinya semalam. Pada pagi ini, Alya telah memilih untuk memakai bra dan panties berwarna hitam, dipadankan dengan kemeja wanita berwarna putih lengan panjang dan kain kembang hitam. Tudung bawal labuh menutupi dadanya berwarna hitam dililit dibahagian kepalanya. Alya mengenakan haruman strawberi pada tubuh badannya. Setelah memastikan pakaiannya kemas, Alya keluar dari biliknya untuk sarapan. Pada pagi ini, Nurin menawarkan diri untuk menghantar Alya kerja untuk hari pertama.

Hari pertama Alya bekerja berjalan dengan lancar. Hari pertama lebih kepada sesi pembelajaran dan mengenali bagaimana gerak kerja pengurusan hotel tersebut. Alya juga telah diberitahu tugas-tugas yang perlu dilakukan sepanjang berkerja di situ. Mengikut kefahaman Alya, tugas Alya banyak bersama dengan pengurusnya. Alya juga telah menerima ramai rakan baru di hotel tersebut. Semua pekerja di situ peramah tidak kira jawatan dan pangkat semuanya dilayan sama sahaja. Insan pertama yang cuba rapat dan ingin menjadi kawan Alya ialah Asma. Asma lah yang banyak menunjukkan selok belok dan memperkenalkan Alya kepada pekerja-pekerja di hotel tersebut. Memandangkan Alya lebih banyak bekerja dengan pengurus dan menjadi pembantu peribadi pengurus hotel tersebut, Alya ditempatkan di bilik bersebelahan dengan pengurus. Alya sedikit segan dan sedikit kekok kerana biliknya ada dinding kaca yang membahagikan bilik pengurus, yakni Afiq dan Alya. Akan tetapi, mudahnya situasi tersebut ialah Alya mudah melihat Afiq sekiranya Afiq ingin memerlukan pertolongan dan melakukan sebarang tugasan yang ditetapkan oleh Afiq. Asma pula tempatnya menjaga kaunter. Bagi sesiapa ingin berurusan dengan pengurus, perlu memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Erti kata lain PA ke 2 tapi lebih kepada tugas pengantara.

Pada waktu petang, Alya dan Asma pulang bersama-sama kerana Asma juga tidak mempunyai kenderaan untuk pulang atau balik berkerja. Cuma, bezanya Alya mempunyai lesen, namun Asma belum mengambil kelas memandu lagi.

Sedang Alya dan Asma menunggu bas, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic berhenti di hadapan mereka.

Asma : Eh, itu bukan ke kereta tuan

Alya : Maksud awak tuan Afiq ke?

Afiq : Korang...dah lewat ni...jomlah saya hantarkan korang balik.

Asma : Eh...x pela tuan...segan la tuan...

Afiq : Tak de2...ini satu arahan...Alya, Asma...masuk kereta saya..

Alya dan Asma takut dimarahi lalu segera masuk ke dalam kereta.

Asma : Terima kasih tuan sebab sudi hantarkan kami.

Afiq : Tak de hal la...menjadi tugas saya untuk menjaga kebajikan pekerja saya...lagi satu...saya harap Alya dengan Asma tidak perlu panggil saya tuan bila hanya kita bertiga atau tidak formal...time formal je panggil tuan...sebab saya umur lebih kurang kamu je...saya x suka sangat gelaran ni...hahaha

Asma : Em..arahan juga ke ni tuan?

Afiq : Ya, arahan...Asma sepatutnya dah faham lebih sebab Asma dah 2 bulan kerja kan...hahahaha..

Asma : Bukan apa tuan...erk...Afiq...saya tak biasa...mcm bunyi kurang ajar pun ada...

Afiq : Tak dela...bg saya itu menimbulkan suasana 'friendly'. Ha..Alya diam je...dengan saya jangan malu2 ye...anggap je saya sebagai kawan kamu...tapi ingat jaga batas ok..boleh Alya, Asma?

"Boleh Afiq" sebut serentak Asma dan Alya.

Asma rumahnya tidak jauh daripada kondominium Afiq dan Alya, hanya jarak 1km sahaja. Ketika tiba di parking kondominium, Alya pelik dan hairan kerana Afiq tidak menghantarnya di bahagian depan walaupun sudah dimaklumkan. Namun, dia ikut sahaja Afiq yang memakirkan keretanya di tempat parking.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now