Seonghwa's Investigation-27

Comenzar desde el principio
                                    

Seonghwa memutuskan untuk mencari klu di bilik tidur Hwari.

Dengan langkah yang berat dia menaiki tangga sekali lagi dan menuju ke bilik Hwari.


******

Masa berlalu, tiada apa yang Seonghwa berjaya jumpa. Dirinya pula disaluti dengan debu debu yang tebal.

Seonghwa terbatuk. Dia menggunakan lengannya untuk menutup mulut dan hidung.

Matanya melilau, cuba untuk memikirkan sesuatu, sesuatu yang boleh bantu dia.

Tak mungkin tiada satu klu tentang hidup Hwari di sini, di dalam rumah yang mereka berdua tinggal bersama pada suatu ketika dahulu.

Seonghwa mengesat hidungnya yang gatal dengan habuk, mukanya mempunyai satu dua garisan hitam dek debu tebal itu.

Kemudian, memori tentang Hwari yang samar samar muncul di kotak mindanya.

Memori di mana dia melihat Hwari yang tengah duduk dihadapan meja sambil menulis sesuatu.

Senyuman Hwari membuatkan hati Seonghwa kembali hangat.

"Kalau aku ialah Hwari, di mana aku akan letak sesuatu yang berharga seperti diari?"

Hanya bunyi tarikan dan hembusan nafas dapat didengari dalam keheningan yang sementara itu.

Dengan segera Seonghwa memalingkan kepalanya ke arah almari buku yang tinggi.

Seonghwa memandang ke bawah dan nampak satu ruang di antara lantai dan almari kerana kaki almari tersebut 3 inci tinggi. Ruang itu ditutup dengan satu panel kayu yang nampak longgar.

Seonghwa terlepas pandang compartment tersebut. Sangat sempurna untuk menyorokkan sesuatu yang berharga.

Seonghwa membuka panel tersebut dengan harapan yang menggunung.

Apabila panel kayu tersebut dibuka, Seonghwa melemparkan ke belakang.

Seonghwa meletakkan tangannya di bawah almari itu, meraba-raba lantai.

Sehingga sesuatu menyentuh jarinya.

Seonghwa menarik keluar sesuatu yang keras kulitnya.

Di tangan Seonghwa, sebuah buku berwarna biru gelap dengan ukiran gugusan bintang, bersinar dibawah cahaya malap yamg memasuki bilik dari celah tingkap.

Mata Seonghwa bersinar.

Dia membelek buku tersebut, mencari klu.

Setiap muka surat yang Seonghwa belek, terdapat informasi tentang diri Hwari yang dia tak pernah tahu.

Perasaan sebenar Hwari bagi setiap kejadian yang pernah menimpa dirinya dan perspektif.

Gambar dirinya bersama rakan-rakan dan nama yang dia percayai dicatat.

Bae Dayoon

Shin Ji Yeon

Kang Yeonseo

Seonghwa dengan segera mencatat nama-nama tersebut. Dia ingat salah seorang dari mereka, Kang Yeon Seo. Teman Hwari yang sudi melepak dan meluangkan masa.

[C] Stockholm + San ATEEZDonde viven las historias. Descúbrelo ahora