Lay bersyukur tentang hal itu.Lay kemudiannya bangun untuk membersihkan dirinya.Dia membuka almari bagi mengambil tualanya namun tualanya tidak di situ.Lay menggeleng kecil apabila dia melihat tualanya masih tersangkut di kerusi ruang kerjanya.Lay seorang yang kemas,jarang dia membiarkan barangnya bersepah.Sewaktu di begitu sibuk dengan kerja pejabatnya pun,dia tidak prnah membiarkan dirinya lupa tentang kekemasan dirinya.Sebelum ini juga setidaknya,Iman sentiasa membantunya.

Lay tersenyum.

Dia masih mengingati bagaimana kekoknya keadaan mereka sewaktu baru sahaja tinggal bersama.Maklum sahaja,mereka tidak pernah mempunyai hubungan sebelum berkahwin.

Iman akan senyap-senyap geram akan sikapnya yang terlampau pembersih.Iman belajar mencuci pinggan menggunakan sarung tangan.Iman belajar menggunakan mesin pengering dan mengasingkan baju mengikut kualitinya.Iman juga terpaksa memasak mengikut selera Lay.Iman belajar bergaul dengan rakan-rakan Lay yang sangat jauh perbezaan gaya hidup mereka.

Perkara yang leceh pada pandangan mata orang lain ini berjaya diasimilasikan Iman dalam kehidupan seharian.

Kerana itu,mereka bertahan sehingga sekarang.Sehingga mereka memiliki Hud.

Hud.

Lay tersenyum.Dia tidak cekap dalam bidang agama,namun dia mengingati kisah nabi itu.Jadi,dia memilih nama itu.Dia berharap Iman akan menyukainya.

Mengingati itu,Lay melepaskan nafas.Berat.

3 minggu.

Termasuk hari ini,genap tiga minggu Iman masih tidak sedarkan diri.Dan semenjak itu juga Lay tidak pernah lagi tidur nyenyak.Dia berusaha untuk berada di samping Hud sepanjang masa.Buat masa sekarang,Lay masih tidak bekerja,dia ingin menumpukan perhatiannya terhadap Hud dan...Iman.

Rasa bersalah mengahantuinya.

Lay duduk semula di atas kerusi pejabatnya.Dia memegang lehernya sambil tunduk menekur meja kerjanya.Matanya dipejam.

2 tahun yang lalu...

"Look,there's a hottie there."Syad menyiku Ben di sebelahnya.Ben yang sedang menekur skrin telefon pintarnya mendongak ke arah yang dimaksudkan Syad.

"Where??"Soal Ben mengangkat keningnya.

Seorang gadis yang tinggi lampai dengan pakaian yang menjolok mata sedang berjalan melalui mereka bertiga.Melihat itu,air wajah Ben terus berubah.

"Aah,you punk.There's Lydia.Don't let her notice me."Ben menyepak kaki Syad di bawah meja.Dia menunduk,membetulkan topinya agar wajahnya terselindung daripada kelihatan.

Lay yang melihat reaksi Ben berdecit.
"Arguing again,I see."Ujar Lay separa mengejek kepada Ben.Ben hanya menaikkan bebola matanya ke atas,menyampah mendengar kenyataan Lay yang tepat mengenai situasinya.Jejaka Australia ini kemudiannya mengeluh seketika.

"You know,man?She brought up about having a baby together."Ben memandang ke arah Lay dan Syad bersilih ganti.Dia meraup lehernya.

Syad yang sedang menghirup air sodanya tersedak."Whaat??Baby?You meant baby?Huwaa huwaa?"Syad berdiri melakonkan gaya orang mengendong bayi sambil melihat ke arah Ben dengan pandangan tidak percaya.

Ben mengangguk lalu melepaskan keluh lagi.

"Oh,man.Just where on earth did her get the idea?I meant,we're graduating.No job.Yeah,I knew you still can afford it but honestly,it's absurd."Syad memandang Ben dengan mimik muka menyampah.

Ben mengangkat bahunya sambil memandang kosong ke arah Syad.

"Don't you think so,Lay?"Syad menyiku Lay.Lay yang sedang fokus kepada skrin laptopnya memandang ke arah mereka.

Can I love you,cousin?Où les histoires vivent. Découvrez maintenant